[FIRST WISHLIST] IRIS SALON & SPA KHAS UNTUK MUSLIMAH !

Sunday, May 12, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

sejak dah degree ni pandai pula nak ber'wishlist'. hehe. bukan wishlist NS je , tapi wishlist bersama. wishlist bersama roomate. hebat tak ? selalunya wishlist ni lebih kepada individu kan ? tapi since NS ada roomate dari Terengganu yang tak berapa familiar dengan kawasan Selangor ni, NS decide la nak buat something sama sama perkara yang kami tak pernah buat. sweet kan ?

wishlist yang tertunai buat masa ni adalah pergi ke salon muslimah! ni pertama kali NS menjejakkan kaki ke salon muslimah. apa yang NS boleh bagi tau , interior design dia sangat superb. tenang je masuk ! hehe. masa NS pergi masa dah nak maghrib. kebetulan salon tu sediakan ruang solat. see, nampak tak betapa bagusnya salon tu :D

roomate NS nak berurut sebenarnya, tapi masa call tu, akak tu cakap kena bagi tau seminggu awal. sedikit kecewa. maklumlah,tak pernah pergi spa kan ? hehe . then decide nak trim rambut dan cuci rambut. masa NS pergi tu ade promosi. RM30 untuk cuci dan gunting rambut. 

akak yang gunting rambut kitorang tu pun sangat friendly okay ! heheh kire tak la awkward sangat. Iris Salon & Spa ni sediakan macam-macam servis. antaranya,hair services,skin care services,massage services dan pelbagai lagi.

selain dari tu , korang boleh jadi member kat salon ni. banyak sangat benefit yang korang boleh dapat. boleh dapat 10% discount weyh ! tak rugi !! Iris Salon N Spa ni dekat jugaklah dengan UiTM Shah Alam. more specific dekat Seksyen 7, Jalan Kristal. 

well , if nak tau lebih lanjut, boleh singgah dorang punya facebook . Iris Salon & Spa . goodluck korang ! 

p/s : dah lama nak post , tapi tak berkesempatan.