HARAM MENG'KATEGORI'KAN TETAMU !

Friday, June 29, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum


hari tu NS ada dengar ceramah kat ofis NS sempena Israk Mikraj. kira tu first time la NS pegi ceramah dekat ofis sepanjang 3 minggu NS kat sini. XD


penceramah dia best ; Ustaz Dzulkarnain Hamzah merangkap abang kepada boss NS. hewhew ~ NS terkejut gak dengar statement tu. macam tak percaya pun ada. ~


masa tengah ceramah,ustah Dzulkarnain tu dok selit la sikit pasal bab2 haram nih. NS rasa ramai kot tak tau pasal benda ni. lagi pun bab2 hukum kadang-kadang kita ambil mudah je kan ?


ustaz ada bagi tau , HARAM kita meng'kategori'kan tetamu. which is masa perkahwinan dijalankan . tak faham ? 


meyh sini NS terangkan.


masa kita pergi rumah orang kahwin,kita akan dapat goodies kan ? korang perasan tak , goodies tetamu biasa lain , untuk kawan pengantin lain , untuk VIP lain , dan macam-macam lagi la. ada kan ?


itu lah yang dimaksudkan dengan meng'kategori'kan tetamu. HARAM ye kawan-kawan. please take note !


so,kepada bakal-bakal pengantin , make sure majlis kita tak bercampur dengan perkara-perkara haram. NS dah sampaikan ni , sila la sampaikan pada yang lain . share ye ? :) hewhew~~


p/s : konfem guwa mengantok sebab makan nasi lemak --'

ANAK BONGSU TU MANJA ?

Thursday, June 28, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.


hey hey ! siapa kat sini anak bongsu? angkat kaki ! ~.~ . okayh , hari ni tak berapa nak betul sangat sebab tak breakfast lagi. ouh, perut dah nyanyi lagu LED Apple - Saddness ni ! 


siapa kat sini macam terasa + nak tersentap bila orang cakap 'ala , kau anak last, mesti la manja ! ' eh ? NS sangat sensitif okay bila orang cakap NS anak manja . seluruh jiwa dan raga tak dapat terima statement tu ! XD


korang pernah tau ke personaliti anak bongsu ? so , jom kita check !


- paling manja dengan ibu . [NS tak manja dengan sesiapa, manja dengan kucing je XD]
- pendiam dan memendam rasa.
- paling ceria dalam adik beradik ~ betul ke ?
- menurut perintah abang dan kakak ~ tak berapa nak ikut perintah sangat la.
- bijak tapi terkebelakang sikit dari abang dan kakak ~ macam mana tu?
- sangat hidup berdikari ! sebab nak tunjukkan pada semua orang yang dia pun boleh berdikari.
- paling cepat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar


hmm hmm , bila baca entri pasal anak bongsu ni , tak pasti kesahihannya. mungkin betul , mungkin tidak.


tapi NS nak highlight kat sini. family NS tak pernah beza-bezakan anak-anak. kira fair n square la. apa abang NS dapat , NS pun dapat jugak :)


p/s : morning Mr.Anonymous :)

#4 WORDLESS WEDNESDAY

Wednesday, June 27, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

masa kecik kecik NS panggil lori ni 'lori siput babi' XD

AKU TAK MATANG ?

Tuesday, June 26, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

huwaa ! dah berapa NS tak update entri baru . banyak idea mencurah curah ke ladang otak XD

kepada yang komen terima kasih , kepada yang singgah pun terima kasih. nanti NS balas kunjungan korang ye ? :)

emm , ahad aritu NS borak-borak dengan kawan sekolah NS dekat facebook. masa borak-borak tu tiba tiba naik notify yang kawan NS ni komen gambar NS. nampak sangat kau stalk aku kan kawan :P

komen punya komen , dia kata muka NS macam budak belasan tahun . apakah ?

berhentam jugak la menegakkan benang yang basah . mati mati la bagi tau yang NS ni bukan budak budak lagi . 

NS dah 20an la , abah NS cakap dah boleh kawen . so , nak isi borang jadi calon , boleh la . hewhew ~~ 

*mungkin kadang2 style NS tak berapa nak matang.

p/s : penat cari tutorial jquery --'

KUCING AKU SPEAKING ?

Sunday, June 24, 2012

hello bloggie ! Assalamualaikum.


kejap betul hari ahad. esok dah kena keja . hewhew ~~


lately NS tak reti la nak update entri yang best best sebab otak dah serabut dengan kerja kat ofis . huwaaa ~ 
idea ! please come to me XD


eh , hari tu masa tengah breakfast, kucing NS dok atas meja . faham faham je la kucing kan ? kita tak faham bahasa dia , tapi dia faham bahasa kite .


NS suruh dia duduk , dia still mengiau jugak . then , bile NS cakap 'Sit ! ' terus dia duduk . masa tu NS dah pelik kot. sebab sepanjang kat rumah , jarang la nak speaking nih . then , acano kucing NS boleh faham English nih? --' 


lepas ni nak 'borak' dengan kucing pun , kena speaking XD


p/s : update entry ni cepat-cepat !

PEREMPUAN MENGORAT LELAKI ?

Saturday, June 23, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum. 


hari ni first time balik dari ofis kena ujan. sejuk wooo ! nasib baik NS tak demam. :) 


eh , siapa kat sini dah ada boyfriend ? macam mana bf korang ngorat korang eh ? teringin nak tau . NS dah lupe cerita cerita lama NS dengan ex. 


tapi selalunya lelaki akan mengorat melalui laman sosial , melalui kawan , dan sebagainya . 


then , macam mana pulak dengan perempuan nak mengorat lelaki eh ? tertanya2 acano nak ngorat lelaki . manalah tau NS boleh guna tips korang untuk ngorat lelaki. but bukan suami orang la xD 


act , tak logik la perempuan mengorat lelaki , tapi kalau perempuan ingin meminang lelaki relevan ; sebab isteri Nabi Muhammad S.A.W , Siti Khadijah meminang nabi menggunakan orang tengah :)


p/s : sekiranya dia untukku , Kau dekatkanlah dia dengan ku :) 

#FLOWER BOY

Friday, June 22, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

very familiar, but i dont think i can find the answer. ^_^

at first , his face like Ren NU'EST . second time like Aron NU'EST, when i stare = his totally L

Ren[NU'EST] + Aron[NU'EST] = L ?

RINDUUUU ZAMAN SEKOLAH !~

Thursday, June 21, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

sekarang pergi sekolah pukul berapa eh ? pagi tadi [semalam] masa NS nak gerak pergi ofis, nampak budak-budak pergi sekolah. rasa macam awal la pulak dorang ni pergi sekolah.

actually , rindu nak pakai baju sekolah. ^_^ pastu boleh pulak terbuka topik dengan mak NS, pergi sekolah awal sebab bertugas. hahah. masa buat jadual tu bertungkus lumus nak buat yang paling cantik  XD

ada yang kena susun meja,lap tingkap , buang sampah dan paling tak best kena sapu sampah XP tapi konfem konfem la sapu sampah tu perempuan punya kerja kan ?

tapi masa NS darjah 6, NS 'mendajalkan' orang dengan buat budak laki sapu sampah. alamatnya bersawang la kelas tu. kekeke ~~

pastu ketua darjah yang super kerek datang, marah siapa yang tak buat tugasan. XD

p/s : meeting CAB 3.30 pm

#2 WORDLESS WEDNESDAY

Wednesday, June 20, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.


p/s : project management timeline :\

MALAYSIA TAK JAMMED SEBENARNYA !

Tuesday, June 19, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

wahh ! nampak tak tajuk tu ? macam reporter kan ? hahah. mesti korang pelik nape NS cakap Malaysia tak jammed. tak payah pelik la . sebab apa yang NS update ni adalah kenyataan mengikut pemerhatian NS. idea ni dapat masa NS on the way nak balik umah semalam. XD

setelah di 'round off' , punca utama Malaysia jammed adalah SIKAP manusia ! kenapa NS cakap camni ? meh kita tengok.

1. busy 'texting'.
korang pernah buat ? NS pernah , tapi masa NS dok belakang , bukan NS drive XD masa tengah busy dok balas text , mata korang kat mne ? for sure la kat handphone. then kereta konpem la slow, so jammed la !

2. waktu sepatutnya speed , korang tak speed.
ni salah satu punca. kat depan kosong , tak nak speed . drive slow. siput pun lagi laju tau. pastu start jammed , baru nak start speed. tak faham NS ;\

rasanye tu je kot pasal sikap manusia. punca lain tu cam jalan kecil,traffik light dan tol bukan alasan ye. kalau kita ikut rule , sure tak jammed :)

p/s : nak start keje da weyh !

HARI-HARI JUMPA LELAKI ENCEM !

Monday, June 18, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

rindu tak ngan NS ? muahahah. mesti la tak kan ? memandangkan NS sampai awal kat ofis so NS update la entri baru XD *bosan gila sampai awal!

minggu ni minggu kedua NS praktikal. so far takde projek lagi yang kena buat. tapi dah kena analyze sikit sikit pasal portal.

kat sini team mate yang NS rapat Kak Ika. pergi lunch ngan dia,pergi solat dengan dia, lunch ,pergi toilet pun ngan dia ! XD *sebab NS tak dpt pass keluar masuk lagi

tak tau la pulak seronok rasa bekerja , tapi belajar lagi best. takde nak fikir apa sangat.

eh , melalut dah. sepanjang minggu lepas , masa NS lunch selalu jumpa lelaki lelaki encem ! huahah. rasa dunia ini ana yang punya ~~ macam kat syurga weyh !

maklumlah ofis NS ni tengah tengah bandar, so kelilingnya banyak la ofis dan banyak la pakwe pakwe yang ganteng !

tapi setakat ni NS suka tengok dorang sebab dorang pakai kemeja. tu yang smart XD . usha je . tak la sampai mengorat. tunggu dorang ngorat NS ! okay , berangan .

p/s : dorang tu mcam pangkat abang abang je :)

TAK PERNAH TENGOK ORANG KE BRO ?

Thursday, June 14, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.


hari ni dah nak masuk seminggu NS praktikal . suasana kat sini seronok. staff kat sini semua baik-baik. dorang tak kedekut la bagi ilmu, especially team NS . 


lepas ni korang akan boring la baca entri NS , sebab semua entri ni akan ada kena mengena dengan praktikal XD


semalam NS lunch ngan teammate NS ; Kak Ika. masa tengah makan , ada la satu group yang tengah makan jugak. dalam group tu ade sorang perempuan , then NS assume dorang tu satu tempat kerja la . 


apa yang buat NS tak selesa ialah , salah seorang dari hamba Allah tu dok pandang NS. NS dah segan la , tapi makan tak cover , NS lapaq ! ape kesah kan ?


pandang macam nak makan orang pulak tu. pastu dok ajak group dia pandang NS . NS dah malu , risau pakai baju koyak ke ape kan .


rasa cam nak gi kat mamat tu , the cakap kat dia 'tak pernah tengok orang ke bro?'. 


hari ni kena update CML & belajar SharePoint ^_^


p/s : ofis ni tak pernah tak sejuk --'

WANITA BEKERJAYA HEBAT !

Tuesday, June 12, 2012

hello bloggie :) Assalamaulaikum.

terdetik pula NS nak buat entri pasal wanita bekerjaya. terutama ibu ibu sekarang ramai yang bekerjaya. NS terfikir nak buat entri ni pun masa dalam train pagi tadi.

maklumlah, NS dah mula praktikal semalam. emm , NS sangat bangga dengan ibu-ibu yang bekerjaya ni sebab dorang mampu membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga,

NS ambil satu situasi okay ?

makcik Kiah bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur. mak cik Kiah ni terpaksa berulang-alik dari Sg.Buloh ke Kuala Lumpur dengan menaiki KTM. [korang faham faham je la kalau KTM ; waktu puncak confirm la kena bertolak-tolak , berhimpit-himpit n etc] malam pulak mak cik Kiah ni kena entertain family pulak which mean kena kemas rumah , masak , basuh baju dan segala kerja rumah. Even penat dengan kerja, mak cik kiah ni  tetap layan family dengan penuh kasih sayang. 

korang nampak tak apa yg NS nak sampaikan ? dan korang rasa tak betapa penatnya jadi ibu ni ? thats why la Islam menyuruh kita untuk mentaati perintah ibu.

totally NS salute dengan mak cik Kiah ni , SEBAB NS rasa pengalaman tu . baru sehari practical , NS dah melepet. kalau nak suruh NS masak , basuh baju dan kerja2 rumah memang NS mengamuk la der ! hehehhe

dan kepada para suami dan bakal suami , sila rajin rajinkan tangan anda untuk membantu isteri dan bakal isteri ye ! :)

p/s : curi curi update entri kat pejabat ^-^

KAKAOTALK (?)

Sunday, June 10, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum


entri kali ni nak cerita pasal aplikasi lagi. hikhik . biar korang muntah baca pasal aplikasi ni. XD



hari tu NS dah citer pasal WhatsApp & Viber kan ? so hari ni NS nak cerita pasal Kakaotalk.


mesti korang tak pernah dengar kan aplikasi ni. sebab Kakaotalk ni popular dekat Seoul,Korea. Kakaotalk ni serupa je macam Viber. cuma kelebihannya pada KPOP freak macam NS.  muahahhahahah ! 


NS malas nak citer lebih lebih . kang boring . if korang berminat nak tau, boleh klik sini ---->> Kakaotalk


PERHATIAN !


*yang pasal WhatsApp tu , lepas setahun trial . WhatsApp tu akan dikenakan bayaran. NS lupa nak mention pasal benda ni. hikhik. maaf ye. btw , thanks ye Anonymous ^^


eh , kalau anda anda kakaotalk , let me know ! [desperate]


p/s : nak gi cari kodak!

VIBRATION ? EH VIBER?

Friday, June 8, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum :)


alhamdulillah ! Allah beri kita peluang untuk bernafas :) cik abang-abang sekalian dah solat jumaat kan ? ^_^


entri yang lepas NS cerita pasal WhatsApp kan ? so , hari ni NS nak kongsi satu lagi applikasi yang tak kurang hebat.


VIBER ! pernah dengar kan ? pengguna pengguna telefon pintar mesti tau aplikasi ni. NS pernah download aplikasi ni TAPI tak pernah guna . sebab ? sebab masa NS ada aplikasi ni , tak ramai kawan kawan NS ada Viber , then NS decide untuk DELETE apliaksi nih :P


1. Viber ni aplikasi apa ?
-aplikasi yang fungsinya sama macam WhatsApp TAPI boleh buat call :)
-mesej & call adalah free IF orang yang kita contact tu ada aplikasi Viber.


2. Tak kena cas ke kalau buat call ?
- kalau anda menggunakan Viber pada rangkaian 3G/data plan akan dikenakan cas. tapi kalau wifi , FREE ! :D
[akses internet yang menggunakan 3G akan dikenakan bayaran!]


3. Semua handphone boleh guna ke ?
- boleh kalau handphone korang adalah iPhone , Blackberry , Android dan iPod Touch ^_^


*download benda ni free je ^_^


cukuplah ye briefing yang NS bagi ni . nak tau lagi lanjut , boleh klik sini ------>>> Viber


p/s :  Saengil Chukae my dear JR ^^

WHATSAPP JOM !

Thursday, June 7, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.


korang sihat ? heheh . maaf ye NS dah lama tak update. korang pun tak kisah kan NS update ke tak XD. 


hari ni NS nak kongsi satu application yang NS guna. WhatsApp ! korang mesti penah dengar kan application ni ? dan NS rasa mesti ramai yang guna WhatsApp ni :) kira korang ni tau jugak la function WhatsApp ni. 


korang dah tau ke , tak tau ke , NS tetap nak update pasal WhatsApp ! HAHAHHA.


1.WhatsApp tu apa ?
- platform yang menggantikan mesej dan memerlukan internet/data pelan. applikasi yang boleh digunakan oleh iPhone,Android,Windows,Blackberry dan Nokia Symbian. tak kisah la korang guna OS apa , still boleh mesej . but make sure you have download the application :)


2. Kena bayar ke guna aplikasi ni ?
- tak perlu . free of charge ye ! tapi pastikan ade internet atau data pelan ye adik adik :DD3 [donwload dia free je]


3. Kalau nak 'call' boleh tak ?
- tak boleh ! kalau nak guna Viber [later NS terangkan :)]


cukup lah tu tiga soalan ni . if korang nak tau lebih lanjut , klik sini ----->> WhatsApp


p/s : lupa lah nak update pasal darah dan personaliti tu . --'