10 BANGUNAN TERPELIK DI DUNIA

Tuesday, August 20, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

pandang kiri, bangunan. pandang kanan pun bangunan. tapi pernah tak bila pandang je bangunan , korang rasa bangunan tu pelik ? setahu NS , dekat Malaysia takde lagi bangunan yang pelik . Unik mungkin ada. cuma tahu dengan tak tahu je.

So,hari ni NS nak kongsi dengan korang 10 bangunan paling pelik di dunia. jom kita tengok

10. The Bank of Asia aka Robot Building (Bangkok,Thailand)


9. Ripley's Building (Niagara Falls,Ontario,Canada)

8. UCSD Giesel Library (San Diego, California,United States)

7. Fuji Television Building ( Tokyo, Japan)

6. Druzhba Holiday Center Hall (Yalta,Ukraine)
 
5.The Basket Building (Ohio,United States) 


4. Ferdinand Cheval Palace aka Ideal Palace (France)

3. The Torre Galatea Figueras (Spain)

2. Forest Spiral (Darmstadt,Germany)

1. The Crooked House ( Sopot,Poland)



baru teringat , kat Pavilion ada bangunan nama Sephora kalau tak silap. tu pun boleh dikategorikan sebagai pelik :P

p/s : berapa lama la dorang nak siapkan bangunan bangunan ni

source :villageofjoy

APA YANG BERLAKU DI MESIR SEBENARNYA ?

Sunday, August 18, 2013

Hello  bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni NS takde nak post apa apa entry. cuma NS nak kongsi satu yang blog yang menceritakan tentang konflik yang berlaku di Mesir. secara rendah hati, NS jemput korang-korang singgah blog ni. banyak info yang korang dapat bila baca blog yang NS kongsi ni.

sebagai Muslim, NS terpanggil untuk berkongsi. sekurang-kurangnya NS menyampaikan apa yang patut NS sampaikan. Nabi sendiri pernah bersabda

sampaikan sesuatu yang baik walau satu ayat

dengan perkongsian ilmu ni , sedikit sebanyak dapat membantu kita sedar hakikat sebenar. InsyaAllah



 
 
p/s : sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa mengingatiNya. Allahu Akbar!!

RAYA KAMPUNG ATAU RAYA BANDAR ?

Thursday, August 15, 2013

Hello bloggie :) Assalamualaikum

well well well , sekarang ni still lagi dalam mood raya kan ? NS je tak rasa macam raya. dok rumah terperap buat kerja rumah. sumpah bosan. 

hmm , just curious pasal perbezaan raya kat kampung atau kat bandar. kat mana yang lebih meriah, kampung ke bandar? 

if ikut logik , of course la kampung. sebab kampung la tempat kita berkumpul dengan saudara mara , pak cik mak cik , sepupu sepapat dan sewaktu dengannya.

tapi kalau dah memang kampung tu kat bandar nak buat camne kan ?

RAYA KAMPUNG 


- terasa kemeriahannye sebab ada orang lagi tua yang menanti anak cucu kan ? macam nenek atuk menunggu kepulangan anak dan cucu.

- selain tu , kat kampung terasa kemeriahan raya sebab malam raya tu la dah sibuk sibuk nak bakar lemang la , masak rendang ketupat bagai.

- masa kat kampung la semua pun nak tunjuk siapa lagi hebat main mercun kan ? :D 

suasana raya tu ada sebab semua balik berkumpul. dengan persekitaran yang ada reban ayam , itik , angsa dan segala binatang peliharaan kat kampung. lagipun kawasan kampung kawasan yang terbuka. takde pagar -pagar ni lagi la buat kita nak pergi beraya jiran-jiran sebelah rumah

RAYA BANDAR

ada juga kampung kat bandar , but still suasana kampung. 

tapi raya bandar ni ape la yang seronoknye , setakat tengok bangunan2 tinggi. alahai bosannye. pandang kanan bangunan pencakar langit , pandang kiri pun bangunan pencakar langit. 

yang tinggal pun hanya keluarga uncle Muthu dan keluarga uncle Ah Tong. hmm , bosan bosan.

tapi kat mana pun kita beraya, jangan lupa orang yang lebih tua which is mak ayah kita ^_^


p/s : tahun ni dan tahun sebelumnya tak rasa meriah sebab nenek n atuk dah takde. balik kampung just buat syarat :( 

cr : google image

TAK LAMBAT LAGI NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA !!

Wednesday, August 14, 2013

Hai bloggie :) Assalamualaikum

hari ni dah masuk raya yang ke-7 kan ? macam mana raya korang ? best tak ? hmm , kali ni raya NS kurang best sebab tak banyak beraya kat kampung. sob sob sob :( 

rasanya tak lambat NS nak ucapkan Selamat Hari Raya !! Maaf Zahir Batin ye pada blogger-blogger sekalian. kosong-kosong tau ;) 

if ada kesempatan , buat lah puasa sunat enam ye ? :) semoga berjaya ! 

p/s : sedang merajinkan diri update blog :P

BLOG SEMAKIN DIABAIKAN

Sunday, August 4, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hey i'm back ! kihkih. dah lama rasanya tak mengupdate apa apa entri. well said sangat malas nak update sebab takde cerita yang menarik nak dikongsi. dan tetiba rasa nak delete je blog ni. tapi dalam masa yang sama rasa semangat nak berkongsi cerita dengan blogger lain tentang hidup NS, pengalaman dan sebagainya. hati dibolak-balik. then kekeringan idea bila mengadap papan keyboard. 

puas diperah tak juga jumpa. dan akhirnya mengalah dan diakhiri dengan titik noktah.

p/s: mungkin lain kali je NS update ^_^