[KDRAMA] HEARTSRINGS DAEBAK !

Tuesday, December 20, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum.


lately,Segamat asyik hujan. hopefully nothing bad happened sebab paras air dah sampai tahap bahaya . doa2 sangat tak jadi pape , rindu kat family . sabtu ni dah cuti sampai awal januari. 


hari ni wani nak kongsi dengan korang KDrama yang wani baru habis tengok semalam. actually cerita ni dah ditayangkan masa bulan Jun dan tamat pertengahan bulan Ogos 2011. 


baru sekarang wani berkesempatan nak tengok cerita ni. maklumlah , banyak sangat KDrama yang beratur n PERLU ditonton :P 


cerita ni dari kesinambungan You're Beautiful. dalam cerita You're Beautiful ,Yong Hwa (Shin Woo) suka dengan Park Shin Hye (Go Mi Nam) tapi bertepuk sebelah tangan. kesian kan ? 


cerita Heartstrings ni lebih fokus pada Yong Hwa dan Park Shin Hye . lakonan mereka sangat mantap ! wani bagi 5 bintang . siapa yang tak tengok lagi , silalah tonton :) korang boleh tengok cerita ni secara online . banyak link2 yang provide cerita korea online :)


aha , OST dalam cerita ni sangat menyentuh perasaan tau ! lagi2 bila Yong Hwa nyanyi lagu berentak slow ! cair weyh ! 


lagu yang memang best dalam cerita ni :- (link korang cari sendiri ye , since wani pakai broadband)


1. Because I Miss You OST - Jung Yong Hwa
2. The day we fall in love OSt - Par Shin Hye
3. Thought we're only friends - Oh Won Bin 
4. Star -Kang Min Hyuk
5. Even if its necessary - FT Island

selamat menonton :)



p/s : since tengok Heartstring , makin suka tengok lakonan Park Shin Hye. + suka dengan suara Yong Hwa.

SAYA BERSYUKUR WALAUPUN BELIAU PROTECTIVE

Saturday, December 17, 2011

hello bloggie :) Asslamaulaikum.


siapakah beliau yang wani maksudkan ni ? beliau yang dimaksudkan ialah ayah wani :) semua orang tau kan umur wani dah menginjak ke angka 20 . dan masa umur ni la korang nak plan hidup korang macam nak ade bf ke , nak keje ape , nak buat apa lepas habis belajar dan sewaktu dengannya la .


tapi kat sini wani nak highlight pasal bf . selalunya umur macam wani ni , konfem2 la dah ade bf kan ? tapi frankly speaking, ayah wani tak suka wani ada bf . dulu masa ade bf pun senyap2 je , abang wani yang cover . tapi last2 tak kekal n sampai la sekarang i'm single n available. **promote diri sikit.


maklumlah , anak perempuan sorang , mungkin tu salah satu reason kenapa ayah wani sangat protective. orang tua2 pun ade cakap , nak jage kambing sekandang lagi senang dari jage anak perempuan seorang. 


emm , mungkin ade certain orang fikir life wani sangat tension sebab takde bf n sebab ayah wani macam mengongkong sebab tak boleh ade bf . tak boleh ade bf tak bermakna wani tak boleh berkawan dengan lelaki.


asal wani pandai jaga batas dah cukup memadai. perempuan ni pergi mana2 pun bawa nama keluarga . berdoa sangat wani takkan sekali-kali conteng arang kat muka family. insyaAllah.


ayah wani selalu pesan : berhati-hati bila berkawan dengan mane-mane lelaki . jangan main2kan perasaan dorang , kiter tak tau ape yg dorang buat kalau dorang marah .wani selalu ingat pesan ni mane pun wani pergi .


nothing to worried even they(family) far away from us . thanks Abah :)


p/s : Happy 21st Birthday Jaejin Oppa . hopefully your life full of happiness :)










KAHWIN AWAL , RELEVAN KE ?

Thursday, December 15, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum.


maaf ye dah lama tak singgah blog korang. broadband ni bila lambat bayar , dia mula lah macam siput kan . hopefully korang faham .


emm , hari tu masa lucnh wani dengan kawan wani sorang ni tetiba borak pasal kahwin. kalau tak silap masa tu , kat tempat makan ramai sangat couple . wani la yang start pasal bende ni sume .


W : ehh , ramai pulak couple sem ni kan.
J: emm , maybe junior2 kita kot.
W : bila tengok couple2 ni , berapa lama la hubungan dorang ek ? sampai kahwin tak ? *soalan macam tak pernah couple kan
J : tah la . 
W : emm , kadang2 kan bila tengok lelaki muda kawen , aku tepikir ,camne la dorang boleh pikul tanggungjawab. 
J : mak aku umur macam kita ni dah kawen .
W : awalnye !! aku tak ready lagi , masak pun aku tak reti . huu. teruknya.
J : mak aku risau sebab sekarang ni aku takde bf . mak aku cakap kalau umur 23 aku takde bf , mak aku nak carikan untuk aku .


honestly wani ternganga bila kawan wani cakap macam tu . tapi masing2 ada pendapat sendiri kan ? memang seronok kahwin awal , tapi bersedia ke kita nak pikul tanggungjawab ? tepuk dada tanya iman ;)


p/s : happy belated birthday Onew oppa :D have a blast one .

[TIPS] LENTIKKAN BULU MATA

Saturday, December 10, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum


how's your holidays guys ? seronok tak ? siapa kat sini perasan yang wani macam chipsmore, kejap update , lama pastu , baru update balik . siapa ? siapa ? hikhik


okayh , hari ni wani nak kongsi satu tips untuk gegurl kat luar sane tu yg suka nampak mata korang boolat . selain korang apply eyeliner , bulu mata jugak boleh buatkan korang nampak dramatik. 


tips ni wani dapat dari majalah . macam wani , bulu mata wani panjang , + degil . susah gila nak lentikkan even dah guna maskara n curl eyelashes. satu cara dengan guna fake eyelashes. tapi banyak risiko guna bulu mata palsu ni .


tips ni mudah dan takyah keluarkan duit. setiap kali sebelum tidur , korang letakkkan lidah buaya dekat bulu mata korang. kena amalkan selalu . insyaAllah berhasil. :)


wani dah cuba , berhasil . thats why wani kongsi. selamat mencuba.


p/s : lidah buaya dengan aloe vera sama kan ?