MOVE !

Friday, November 22, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum.


just now I've change my URL. from nsyzwni.blogspot.com to syazwanitaha.blogsppot.com

okay , nak bagi tau tu je . pasni kalau rajin ada la post lain :D





10 BANGUNAN TERPELIK DI DUNIA

Tuesday, August 20, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

pandang kiri, bangunan. pandang kanan pun bangunan. tapi pernah tak bila pandang je bangunan , korang rasa bangunan tu pelik ? setahu NS , dekat Malaysia takde lagi bangunan yang pelik . Unik mungkin ada. cuma tahu dengan tak tahu je.

So,hari ni NS nak kongsi dengan korang 10 bangunan paling pelik di dunia. jom kita tengok

10. The Bank of Asia aka Robot Building (Bangkok,Thailand)


9. Ripley's Building (Niagara Falls,Ontario,Canada)

8. UCSD Giesel Library (San Diego, California,United States)

7. Fuji Television Building ( Tokyo, Japan)

6. Druzhba Holiday Center Hall (Yalta,Ukraine)
 
5.The Basket Building (Ohio,United States) 


4. Ferdinand Cheval Palace aka Ideal Palace (France)

3. The Torre Galatea Figueras (Spain)

2. Forest Spiral (Darmstadt,Germany)

1. The Crooked House ( Sopot,Poland)



baru teringat , kat Pavilion ada bangunan nama Sephora kalau tak silap. tu pun boleh dikategorikan sebagai pelik :P

p/s : berapa lama la dorang nak siapkan bangunan bangunan ni

source :villageofjoy

APA YANG BERLAKU DI MESIR SEBENARNYA ?

Sunday, August 18, 2013

Hello  bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni NS takde nak post apa apa entry. cuma NS nak kongsi satu yang blog yang menceritakan tentang konflik yang berlaku di Mesir. secara rendah hati, NS jemput korang-korang singgah blog ni. banyak info yang korang dapat bila baca blog yang NS kongsi ni.

sebagai Muslim, NS terpanggil untuk berkongsi. sekurang-kurangnya NS menyampaikan apa yang patut NS sampaikan. Nabi sendiri pernah bersabda

sampaikan sesuatu yang baik walau satu ayat

dengan perkongsian ilmu ni , sedikit sebanyak dapat membantu kita sedar hakikat sebenar. InsyaAllah



 
 
p/s : sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa mengingatiNya. Allahu Akbar!!

RAYA KAMPUNG ATAU RAYA BANDAR ?

Thursday, August 15, 2013

Hello bloggie :) Assalamualaikum

well well well , sekarang ni still lagi dalam mood raya kan ? NS je tak rasa macam raya. dok rumah terperap buat kerja rumah. sumpah bosan. 

hmm , just curious pasal perbezaan raya kat kampung atau kat bandar. kat mana yang lebih meriah, kampung ke bandar? 

if ikut logik , of course la kampung. sebab kampung la tempat kita berkumpul dengan saudara mara , pak cik mak cik , sepupu sepapat dan sewaktu dengannya.

tapi kalau dah memang kampung tu kat bandar nak buat camne kan ?

RAYA KAMPUNG 


- terasa kemeriahannye sebab ada orang lagi tua yang menanti anak cucu kan ? macam nenek atuk menunggu kepulangan anak dan cucu.

- selain tu , kat kampung terasa kemeriahan raya sebab malam raya tu la dah sibuk sibuk nak bakar lemang la , masak rendang ketupat bagai.

- masa kat kampung la semua pun nak tunjuk siapa lagi hebat main mercun kan ? :D 

suasana raya tu ada sebab semua balik berkumpul. dengan persekitaran yang ada reban ayam , itik , angsa dan segala binatang peliharaan kat kampung. lagipun kawasan kampung kawasan yang terbuka. takde pagar -pagar ni lagi la buat kita nak pergi beraya jiran-jiran sebelah rumah

RAYA BANDAR

ada juga kampung kat bandar , but still suasana kampung. 

tapi raya bandar ni ape la yang seronoknye , setakat tengok bangunan2 tinggi. alahai bosannye. pandang kanan bangunan pencakar langit , pandang kiri pun bangunan pencakar langit. 

yang tinggal pun hanya keluarga uncle Muthu dan keluarga uncle Ah Tong. hmm , bosan bosan.

tapi kat mana pun kita beraya, jangan lupa orang yang lebih tua which is mak ayah kita ^_^


p/s : tahun ni dan tahun sebelumnya tak rasa meriah sebab nenek n atuk dah takde. balik kampung just buat syarat :( 

cr : google image

TAK LAMBAT LAGI NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA !!

Wednesday, August 14, 2013

Hai bloggie :) Assalamualaikum

hari ni dah masuk raya yang ke-7 kan ? macam mana raya korang ? best tak ? hmm , kali ni raya NS kurang best sebab tak banyak beraya kat kampung. sob sob sob :( 

rasanya tak lambat NS nak ucapkan Selamat Hari Raya !! Maaf Zahir Batin ye pada blogger-blogger sekalian. kosong-kosong tau ;) 

if ada kesempatan , buat lah puasa sunat enam ye ? :) semoga berjaya ! 

p/s : sedang merajinkan diri update blog :P

BLOG SEMAKIN DIABAIKAN

Sunday, August 4, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hey i'm back ! kihkih. dah lama rasanya tak mengupdate apa apa entri. well said sangat malas nak update sebab takde cerita yang menarik nak dikongsi. dan tetiba rasa nak delete je blog ni. tapi dalam masa yang sama rasa semangat nak berkongsi cerita dengan blogger lain tentang hidup NS, pengalaman dan sebagainya. hati dibolak-balik. then kekeringan idea bila mengadap papan keyboard. 

puas diperah tak juga jumpa. dan akhirnya mengalah dan diakhiri dengan titik noktah.

p/s: mungkin lain kali je NS update ^_^

SOLAT SUNAT PENGUBAT RINDU

Saturday, June 22, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

cakk ! heww ~ dah lama NS tinggalkan blog ni. well well well, lumrah orang tengah belajar kan , memang la sibuk memanjang. 

ouh hah , start 26 Jun ni NS ada paper final. huu ~ cuak ni. sebab rasa cam tak cukup masa nak belajar , nak revise , nak buat past sem dan macam-macam lagi la. masa tu suntuk sangat rasanya. btw, doakan NS boleh jawab dalam final exam nanti tau !

okayy ! masa tengah stress ni la NS rasa rindu kat orang. biasalah kan , masa tengah tension ni kita perlukan orang bagi semangat. tak ke mengada namanya? heheh. never mind. then mencari la how to mengubat rindu kat google. jumpa la satu blog cerita pasal 'solat sunat pengubat rindu'. mesti korang pelik kan nak kena solat sunat bagai, kenapa tak cakap je kat orang tu kita rindu dia. kan kan ?

meyh sini NS bagi tau. bila kita rindu kat ibu bapa , adik beradik , kawan-kawan rapat kita boleh telefon , whatsapp , viber, wechat , text dan sebagainya. but kat sini NS nak fokus rindu pada orang yang tak halal untuk kita. maksudnya, pada berlainan jantina yang takde ikatan yang sah. faham kan ? ;)

melalui pembacaan NS , bila kita rindukan si dia, hendaklah berwuduk lalu menunaikan solat. contohnya , antara isyak dan solat subuh . let say korang rindu kan seseorang masa tengah malam (waktu ni selalunye terlebih feeling). tapi korang dah solat isyak, nak tunggu solat yang wajib tu lama lagi kan ? hehe so , solat sunat adalah terbaik. tak kisah la solat sunat apa , asal sesuai dengan waktunya. :) 

perasaan rindu itu datang dari Allah. sebaik-baiknya kita menjadikan Allah sebagai perantara kita dengan dia. InsyaAllah diberkati :)

kat sini NS sertakan sekali doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha
Ya Allah , sampaikan salam rinduku kepada......(nama penuh orang tersebut),sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin
NS sertakan sekali doa pendekat jodoh :)


p/s : Perasaan itu datang dari Allah. Berdoalah selagi mampu :)

Semoga perasaan rindu ini mendekatkan kita dengan Allah. 

[FIRST WISHLIST] IRIS SALON & SPA KHAS UNTUK MUSLIMAH !

Sunday, May 12, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

sejak dah degree ni pandai pula nak ber'wishlist'. hehe. bukan wishlist NS je , tapi wishlist bersama. wishlist bersama roomate. hebat tak ? selalunya wishlist ni lebih kepada individu kan ? tapi since NS ada roomate dari Terengganu yang tak berapa familiar dengan kawasan Selangor ni, NS decide la nak buat something sama sama perkara yang kami tak pernah buat. sweet kan ?

wishlist yang tertunai buat masa ni adalah pergi ke salon muslimah! ni pertama kali NS menjejakkan kaki ke salon muslimah. apa yang NS boleh bagi tau , interior design dia sangat superb. tenang je masuk ! hehe. masa NS pergi masa dah nak maghrib. kebetulan salon tu sediakan ruang solat. see, nampak tak betapa bagusnya salon tu :D

roomate NS nak berurut sebenarnya, tapi masa call tu, akak tu cakap kena bagi tau seminggu awal. sedikit kecewa. maklumlah,tak pernah pergi spa kan ? hehe . then decide nak trim rambut dan cuci rambut. masa NS pergi tu ade promosi. RM30 untuk cuci dan gunting rambut. 

akak yang gunting rambut kitorang tu pun sangat friendly okay ! heheh kire tak la awkward sangat. Iris Salon & Spa ni sediakan macam-macam servis. antaranya,hair services,skin care services,massage services dan pelbagai lagi.

selain dari tu , korang boleh jadi member kat salon ni. banyak sangat benefit yang korang boleh dapat. boleh dapat 10% discount weyh ! tak rugi !! Iris Salon N Spa ni dekat jugaklah dengan UiTM Shah Alam. more specific dekat Seksyen 7, Jalan Kristal. 

well , if nak tau lebih lanjut, boleh singgah dorang punya facebook . Iris Salon & Spa . goodluck korang ! 

p/s : dah lama nak post , tapi tak berkesempatan.

SABUN SUSU BERAS K.BROTHERS,WAJIB ADA !!!

Saturday, April 27, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum 

weehu ~~ okay okay ! rasanya semua dah maklum tentang sabun susu beras K.Brothers ni. selepas digembar-gemburkan di laman sesawang , NS ambil keputusan untuk mencuba. ye la kan , siapa tak tertarik bila ramai yang cakap sabun ni bagus. macam iklan kat tv jugak. siapa la yang tertarikkan ? padahal ia hanya market semata-mata. belum tentu bagus.

kebetulan , kat area NS ada satu kedai yang jual sabun beras ni. harga not bad la. RM3.90 sebuku. round off jadi RM 4 la. masa tu NS agak tergamam sebab bese orang jual RM6 dan ke atas. so , sekilat pantas NS capai dan terus bayar. kihkih

untuk pengetahuan anda, sabun susu beras ni wangi tau. best ! masa NS pakai sabun ni untuk pertama kali, NS dapat rasa la kulit NS tegang dan lembap. tak tipu tauu ! ni memang pengalaman sendiri. bukan rekaan. 


sekarang ni NS dah guna sabun tu almost 2 bulan. kesan dia sangat ketara.nak tau apa dia ? meyh NS cerita

1. NO JERAWAT !

jerawat ! ni memang masalah gegurl yang bergelar remaja. orang kata perkara ni biasa sebab hormon tak stabil. NS tak nafikan. NS pun ada masalah jerawat ni. tapi lepas guna sabun susu beras ni Alhamdulillah kulit NS dah takde jerawat. (jerawat disebabkan datang bulan tu normal tau ! )

2. MUKA TAK BERMINYAK

kulit NS dikategorikan sebagai kulit berminyak. actually orang kulit berminyak ni , if pakai makeup , asyik kena touch up je kan ? so , agak leceh disitu. lepas guna sabun ni , kurang la sikit kulit berminyak tu. suka suka ! kalau amik gambar tu takde la muka berminyak :P

3. MENCERAHKAN KULIT WAJAH & BADAN

hah , satu lagi NS lupa nak bagi tau. sabun susu beras ni boleh jugak digunakan sebagai sabun badan. kalau bahagian pelipat kita ada kawasan hitam,eloklah guna untuk cerahkan di bahagian pelipat. sekali lagi NS bagi tau menCERAHkan tau , bukan meMUTIHkan :)

4. MENGHALUSKAN KULIT

nak kulit sehalus bayi ? gunalah sabun susu beras. hehe. selain menghaluskan kulit, sabun ni mampu melembapkan kulit secara semulajadi 

5. MENEGANGKAN KULIT

part ni yang paling NS suka. menegangkan kulit ! hahah. bajet awet muda la kan ? tak percaya ? well , ramai cakap NS tak macam 20++ . tak riak, tapi nak berkongsi je dengan korang pengalaman NS guna sabun susu beras ni. cuba la ye ! :)

perkara yang NS suka tentang sabun susu beras ni ialah sabun ni tak mengandungi bahan kimia. 100% bahan semulajadi. untuk arjuna-arjuna kat luar sana pun boleh cuba. sekarang ni dah ramai sang arjuna yang berlumba-lumba menjaga kecantikan. hehe. GOODLUCK ye !



PERKARA ASAS UNTUK CANTIK & HENSEM

Wednesday, April 24, 2013

hello bloggies :) Assalamualaikum

hoyeahh ! ada masa nak update blog :D sebelum ni bukan takde masa , tapi tak ade sambungan internet ye adik adik . so , sekarang ni NS nak kongsi perkara-perkara yang sangat asas untuk cantik dan hensem . hah , ada macam ciri-ciri consultant untuk kecantikan tak ? hhihi. NS akan cerita berdasarkan apa yang NS tahu la ye :) 


mungkin akan ada sesetengah pembaca yang datang singgah dah tau perkara asas ni, tapi masih ramai lagi yang tak tau. kat sini NS nak tekankan betapa pentingnya menjaga kulit wajah.


1. CUCI MUKA


ye ! cuci muka anda dengan air dan pencuci yang bersesuaian dengan jenis kulit. samada berminyak , kering , sensitif , normal dan kombinasi kulit. jangan main hentam je ye. sebab muka kita akan bertindak balas dengan kandungan di dalam pencuci. dan kulit muka adalah kawasan yang sangat sensitif dengan sebarang bahan kimia . fungsi dia untuk membersihkan wajah dari segala kotoran dan pencemaran yang ada kat muka kita. :)


2. PENYEGAR
toning ! tau kan ? atau biasa kita guna TONER. pernah kan ? function toner ni untuk mengembalikan pH pada muka dan mengurangkan minyak serta mencegah pertumbuhan jerawat. TAPI if jerawat timbul jugak ia berkaitan dengan faktor lain. samada pemakanan atau hormon anda. so , jangan nak salahkan toner okay ? selain itu , toner atau penyegar ni juga mampu untuk mengecilkan pori-pori.


3. PELEMBAP


in english we called it Moisturizer. lepas dah pakai toner/penyegar. haruslah diikuti dengan pelembap. tujuan pelembap ni mengelakkan kulit kita dari kering. selain itu , pelembap juga mampu melindungi kulit dari sinaran UV. ada lagi beberapa function pelembap ni based on kandungan dalam pelembap.


4. PENGELUPASAN

step yang keempat ni jarang orang buat. sebab tak didedahkan atau kita amik mudah. if korang nak tau , skrub adalah salah satu kaedah pengelupasan. fungsi pengelupasan atau skrub ni adalah untuk membuang segala sel-sel mati di wajah anda. kandungan skrub/pengelupasan yang elok adalah yang mempunya AHA & BHA. kandungan ini mampu membersih secara mendalam dan menghapuskan blackhead.

if korang ikut semua step ni , insyaAllah kulit korang akan flawless. NS tak jamin boleh licin macam artis korea. tapi at least nampak la kulit kita bersih ^_^. sebenarnya banyak lagi option-option yang korang boleh buat. macam masker muka ke , steam muka dan pelbagai. 

tapi untuk mereka yang kurang rajin macam NS , 4 step kat atas tu dah cukup memadai. selamat mencuba kawan-kawan :)

p/s : benda ni bukan untuk kaum perempuan je. tapi untuk kaum lelaki juga :D

KOMPLEKS PKNS > SACC MALL > PLAZA ALAM SENTRAL

Sunday, March 24, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum.

wahh dah lama rasanya NS tak berblogging. assignment dan projek dah melangit macam bangunan KLCC, kelab & persatuan menanti dengan pelbagai aktiviti , kolej pun tak kurang hebat dengan macam macam event. sukan kolej la, kelab under kolej lagi. phew phew ~ rasa sesak nafas bila kenangkan banyak sangat aktiviti sampai tak sempat nak buat revision ! ~~

nampak tak banyak alasan tak nak revision ? kihkih. tapi memang betul pun belum berkesempatan nak ke buat revision mana mana subjek :\

stress stress pun still ada masa nak berjalan. dah jadi orang bandar ni kena lah melihat tempat orang. so,Jumaat hari tu berkesempatan la ke bandar Shah Alam dengan sahabat NS. kebetulan dia nak betulkan henpon Blackberry. katanya nak upgrade OS. something macam tu.

bermula dari kul 10.30 lepas habis kelas Fundamental Of Information System terus tunggu kat perhentian bas depan fakulti. first time keluar ke bandar naik bas ni , main redah je ! :P bajet bajet nak g seksyen 14. tapi macam jauh sangat. so , NS cakap kat member kita pergi kompleks PKNS je. mana tau kat situ ada maxis center.

pusing pusing kat PKNS tu tak jumpa pape, then keluar dari PKNS nampak la SACC Mall. tak pernah tau pun SACC dekat situ je. masa nak seberang jalan pergi SACC nampak pulak Plaza Alam Sentral. dekat dekat je rupanya. XD

NS tak ingat ape nama noodle ni . tapi sangat sedap ! :)
masa sampai tu kitorang dah lapar sebab masing masing tak sempat nak breakfast kat bilik. maklumlah kelas awal pagi. decide makan kat Noodle Station. masa masuk tu tak berapa ramai. mungkin belum waktu lunch. not bad la makanan dia . highly recommend ! :) try la !

ni member NS punya makanan ;  Kuew Teaw Goreng :)


sepanjang ke tiga tempat tu takde apa yang menarik pada pandagan NS ye ! banyak je baju baju yang dijual. tapi NS tak tertarik. mungkin itu bukan tujuan NS. so, nafsu nak berbelanja kat sana takde :D 

btw , sesiapa yang tak pernah pergi bolehlah pergi. baju kurung & pakaian wanita sangat banyak dan cantik ! :)

p/s : rasa canggung bila dah lama tak berblog ! :(


UJIAN BELAJAR

Monday, March 11, 2013

hello bloggie ;) Assalamualaikum

weehuu~~hari ni dah masuk minggu kedua NS kat sini. sekejap je rasa.  bila dh masuk minggu kedua ni kelas pun dah start belajar. kira dah busy la dengan assingment untuk setiap subjek,projek yang menimbun dan sebagainya.

waktu minggu pertama NS dah rasa berat sangt nak study kat Shah Alam ni. Almaklumlah kawasan yng sangat luas,kelas yang jauh,matahari terik dan macam macam dugaan lagi la kalau nak dibandingkan masa belajar kat cawangan Segamat dulu.

tapi berbekalkan semangat nak dapatkan ijazah kelas pertaman NS tutup mata je.  kawan kawan dari Segamat pun ramai. bila tengok dorang berlumba lumba study,naiklah semangat tu.

orang ada cakap jugak,bila nak lakukan sesuatu tu ingat family. kan? hmm,even NS punya tempat belajar ni dekat dengan rumah,NS rasa asing bila belajar kat tengah tengah bandar.  suasana yang sangat berbeza !

waktu belajar ni mana ada yang senang kan? so nak tak nak kena la berkorban jiwa dan raga.  orait guys,entri ni mcam meluahkan kesedihan plak kan? yup yup. NS tengah sedih gak ni sebab still tak dapat adapt suasana kat sini. doakan yang terbaik untuk NS yea?

p/s: tidak ada manusia boleh lari dari ujian Allah ^^

HAI SHAH ALAM ! ;)

Monday, March 4, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

hewww ~ finally dapat jugak sambung degree :) Alhamdulillah. well, minggu pertama degree agak kelam kabut dengan pendaftaran kolej , pendaftaran kursus, program itu, program ini and so on. untuk intake kali ni tak berapa ramai. around 700 je rasanya. lebih kurang tu la. memandangkan batch kali ni tak ramai untuk kursus NS, konfemlah kena ingat sorang-sorang kan ? kate satu kelas je. XD


sepanjang sehari ni agak penat sebab menunggu giliran untuk daftar pelajar baru . ehhem ehhem , i pelajar baru okay ! :D ye ! even yang nak mendaftar tu dah besar tapi still macam budak tadika. berebut , bertolak-tolakan =.=

untuk entri kali ni NS tak rasa boleh taip panjang panjang. takde idea la + banyak lagi benda nak buat . but for next entry , NS akan update lagi ye . okay daa ~~

p/s : semoga penduduk di Lahad Datu selamat sejahtera. Ameen ~

OHH LELAKI IDAMAN ?

Thursday, February 28, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

phew phew ~ dah lama tak update entri ! well , quite busy masa kerja part-time hari tu. but now , already bertukar status from part time worker to student !~~ wee ~ finally , NS dapat sambung degree Alhamdulillah ^_^


before NS berhenti kerja hari tu, ada la chat dengan member sekolah dekat facebook. masa tengah sembang pasal sekolah,tetiba kawan NS tanya pasal lelaki idaman.

apa ciri ciri lelaki idaman kau?
member yang tanya ni lelaki. tak tau la motif dia tetiba tanya pasal lelaki idaman. but once NS terfikir . apa ciri-ciri lelaki idaman NS. automatik teringat kawan NS perli 

kalau nak yang hensem,alim,baik,kaya. memang tak dapat la  


well , most perempuan kalau boleh nak yang terbaik untuk diri dia, nak yang paling perfect. but semua tau mana ada manusia yang perfect. but we still set our mind nak yang macam ni , macam ni , macam tu & macam tu. tak salah kalau meletakkan harapan untuk mencari yang terbaik untuk hidup kita, tapi biarlah sesuai dengan diri kita. dalam agama pun ada meletakkan untuk kita mencari yang sekufu. (sama taraf). sama  taraf kat sini takde kene mengena dengan harta atau pangkat ye ! :)


kalau NS listkan ciri-ciri lelaki idaman kat sini takut takde orang nak dekat. :P so , better  menerima seseorang seadanya. lelaki dan perempuan itu saling melengkapi. kenapa kita nak cari seseorang yang sempurna sedangkan kita sendiri kurang sempurna. Allah sendiri memberi hambaNya panduan dalam memilih calon atau pasangan

harta,rupa paras,keturunan,dan agama. Utamakan agamanya kerana itu lebih menguntungkan
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya 

kawan NS ada pesan , untuk mendapatkan pasangan yang terbaik,kita dulu perlu menjadi yang terbaik. ^_^

p/s : apa pun make sure pasangan kita lelaki sejati =P
p/sss : gambar credit : google

TAK PAYAH NAK BER 'ABANG-ABANG' SANGATLAH

Friday, January 11, 2013

hello bloggie ;) Assalamualaikum ~

dilema seorang adik bila ada abang macam abang aku.~tak payah nak berkerut muka ye. masa NS sekolah menengah dulu, NS satu sekolah dengan abang NS. well,mindset NS dulu bukan nak sama sekolah, tapi NS dah dapat tawaran pergi sekolah tu,pergi je la. bukan senang nak dapat tawaran kan? rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.kuikui


then,masa hari pendaftaran masuk tingkatan 1 tu takde sape sape yang NS kenal. melainkan abang NS yang masa tu tingkatan 3. kat sekolah menengah ni biasanya budak budak lelaki ada nama samaran which NS pun rasa kelakar jugak dengar nama samaran aka nickname dorang. bila budak perempuan yang fikiran dia suci macam NS dengar nama pelik pelik tu automatik akan buat macam ni 0_o dan terdetik kat hati 


"mak bapak aku bagi nama sedap2,kau slumber bagi nama tu"

 hah,nampak tak betapa mulia hati guwe . dah lama lama tu biasalah. siap panggil dorang dengan nama samaran tu. benda tu nampak macam tah pape, tapi actually merapatkan ukhwah diantara budak budak laki. memandangkan abang NS ni senior, so, NS kena panggil abang la kan ? TAPI abang NS tak bagi weyhh. kecewa hati ~

peliklah kan. takkan la NS nak panggil senior tu dengan nama je. tak rasa kurang ajar ke bila junior panggil nama macam ni

"Ali,pass kan barang ni kat abang saya"

bagi NS pelik sikit sebab anggap senior tu macam kawan sebaya pulak. bila dah lama lama baru la NS tau kenapa abang NS tak bagi  panggil dengan panggilan 'abang'


NS : nape tak boleh panggil dorang abang pulak ? 0_o
A : nampak kau ni macam gedik je 
NS : =.=' mana ade gedik
A : even kau tak gedik , dorang yang akan gedik dengan kau nak minta no tepon la ,bla bla bla...
NS : ohhhhhhhhhhh >.< 




so , sebagai adik yang baik tak boleh la nak melawan cakap abang. ye dok ? kang kena pelangkung baru hang tau ! tapi kami tetap adik beradik yang saling menyayangi. huuu statement retiss. 

p/s : maaf kalau gambar takde kene mengena. cr kat google la ye ;)

PENGAWAS TU KEREK ?

Thursday, January 10, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

dah lama entri ni kat dalam draft. perah idea macam mana nak taip cerita ni.btw,selamat bersekolah ye adik adik. cerita bab sekolah,rasa rindu nak bawak beg, bawak buku ,perhimpunan~heww quite seronok zaman sekolah.



then teringat jugak bila dapat title pengawas kerek masa sekolah menengah. huu,kelakar bila pikir balik. ni kes budak laki bengang ngan NS. ala , bese la kan? zaman sekolah la nak tunjukkan bakat kepimpinan. gaggagga. masa NS sekolah rendah lagi dah jadi pengawas. tak ingat pulak macam mana cikgu boleh calonkan jadi pengawas. pengganas boleh la minah ni.




tapi kalau tak silap NS, sekolah rendah dulu dicalonkan jadi pengawas atas dasar displin dan kepandaian (?) . kira masa kat sekolah rendah dulu NS kategori budak pandai jugak la. sekarang ni saya budak kurang pandai.kesian gila kat diri sendiri. bila dah jadi pengawas ni, faham faham je la. populariti tu takyah cakap la. semua orang kenal, cikgu, junior,senior semua kenal NS. gila perasan hot stuff.kihkih.lama jugak la jadi pengawas dari darjah 3 sampai la ke darjah 6.




bila dah masuk sekolah menengah, bajet taknak jadi pengawas dah. almaklumlah sekolah berasrama,konfem la takde orang kenal. alih-alih dicalon sebab masa form 1 tu jadi penolong kelas. kena interview. tu yang ambo tak suka. interview bagai. at last tak jadi pun. masa form 2 NS mengekalkan takhta sebagai penolong ketua kelas. pergh ! tak boleh nak kalah kau.dok tau kenapa masih dicalonkan even tak minat dah nak jadi penolong ketua kelas.



masa form 2 ada la gak apply nak jadi pengawas pusat sumber. masa tu la berjinak-jinak merajinkan diri ke pusat sumber. nak nampak ada ability jadi pengawas pusat sumber. rasa hipokrit je,sebab NS bukan la dikalangan mereka yang rajin nak menjengok pusat sumber. nak pinjam ape tah lagi.pemalas gila aku ni.


tup tup masa form 3 ambo kena jadi pengawas jugak. even setahun je memori jadi pengawas takkan dilupakan. batch NS masa tu gila teruk! teruk sesangat. biasalah generasi Y,ada saja benda yang dia nak cuba, dia nak buat dan dia nak explore. bergaduh takyah cakap la. ade saje kes nye.





masa NS form 3 tu la kegarangan terserlah. huwahuwahuwa. dok tau la garang ke tak. tapi siap dapat title kerek dari budak-budak laki. kau ada ? kihkihkih.actually NS tegas,taklah garang. buat salah mestilah kena denda. takkan nak bagi muka. sekali dua boleh la nak bagi can. tapi kerek-kerek NS pun , dianugerahkan calon pengawas terbaik. huuu~walaupun berkhidmat setahun je, dapat jugak penghargaan ;)

eh,tetiba teringat kat sekolah rendah dulu ada pengawas klinik :P

p.s : ambo tak dapat nak pegi GDA ! T___T

ALAMAK ! BARANG SEKOLAH TAK BELI LAGI !

Tuesday, January 1, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

wahh ! berkobar-kobar menghupdate entri baru untuk tahun 2013. pheww ~~ oh btw selamat menyambut tahun baru 2013. semoga kedatangan tahun 2013 mampu meningkatkan lagi keimanan dan kebergantungan kita pada Allah.insyaAllah.
takyah nak pinky sangat der
ihsan:google

okay guys yang nak sekolah esok dah settle ke barang barangnya ? baju? kasut? beg?buku ? alat tulis? check check ! ohmaiii ! i punya barang sekolah banyak lagi tak settle ~ so bajet hari ni cuti nak pergi beli barang sekolah sume la kan tapi sampai je kat pasaraya Mydin ~ tergamam i . full okay ! kat kaunter beratur panjang, barang - barang sekolah mostly out of stock, tempat sempit, dan banyak lagi la. 

then , i terfikir. why must we buy all the stuff last minute ? alasan-alasan yang i rasa boleh pakai ;

"mak bapak busy la , tak sempat nak beli"
"tak feel la beli awal2"   

hmm, alright then. for parents yang memang jenis busy tu , i faham. tapi i rasa generasi-Y sekarang ni semua dah boleh berdikari.macam korang yang dah sekolah menengah, boleh je kan siapkan sendiri. 

"mana ada duit nak beli barang barang sekolah" -
'eh, kalau nak hangout dengan gf/bf pandai pulak minta duit, takkan nak beli barang sekolah segan nak minta 0_o'

korang yang tak feel beli awal tu tak tau la. bukan tak feel nak beli awal2 tapi tak feel nak masuk sekolah esok kan kan? sebab mindset dah cakap awal awal sekolah bukan buat ape pun. why not kita buat anjakan paradigma~hamik kau aku guna bahasa bombastik. which mean awal-awal sekolah kita plan untuk buat bincang pasal study group semua. masa awal awal sekolah tu kan memang free gila sampai korang tak tau nak buat apa. eleyh, takyah nak tipu. i pun dulu sekolah jugak.i tau la.

for those yang tak settle barang sekolah, next time please please please beli awal awal ye. yang senangnye korang jugak.takde kelam kabut bila sekolah nak mula. untuk parents jugak, please spend your time with family. duit tu boleh dicari, anak tu hadiah Allah. so hargai mereka ! :))

p.s : NS dah habis sekolah :P