DARI ALLAH KITA DATANG , DAN KEPADANYA KITA KEMBALI

Sunday, May 22, 2011

hey Bloggie :) Assalamualaikum.

semua sudah maklum musibah yang menimpa anak-anak yatim Madrasah At-Taqwa. pada hari Sabtu , 21 Mei 2011 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1432H berlakunya tanah runtuh di kawasan dewan makan madrasah tersebut.


berita hari ni menyatakan 16/25 penghuni madrasah menjadi mangsa tanah runtuh. sebak bila kita dengar nyawa anak-anak yatim ni melayang disebabkan kelalaian manusia sendiri.

banyak teori mengatakan tanah di belakang dewan makan madrasah tidak dipotong mengikut kecerunan yang betul . wani sangat kesal apa yang berlaku pada negara sendiri. mungkin sudah menjadi lumrah pada rakyat kita , apabila sesuatu kejadian berlaku , baru lah semua orang nak sibuk menuding jari pada orang lain.


wani rasa tragedi ni bukan tragedi pertama berlaku di Malaysia, tapi entah berapa kali perkara ni berulang. wani tidak menyalahkan mana-mana pihak tapi cuba kita fikir sejenak ?

MENGAPA pembinaan rumah dilereng-lereng bukit masih diteruskan ? bukankah sebelum ni ada yang melontarkan pandangan supaya memberhentikan serta-merta projek-projek yang melibatkan pembinaan rumah di kawasan bukit ?


wani tak tau dimana silapnya . projek-projek seperti ini menjadi persaingan diantara pemaju-pemaju. berapa ramai lagi anda mahu rakyat Malaysia terbunuh hanya disebabkan kelalaian manusia sendiri ? tepuk dada , tanya iman .

wani harap sangat kerajaan mengambil berat tentang perkara ni.

pada keluarga mangsa , takziah wani ucapkan. ingatlah ! setiap yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmah . lapangkanlah dada. jadikan musibah ini untuk kita mengingatkan diri pada Allah .


teringat pesan ustaz dulu , Allah menarik nyawa hambaNya supaya hambaNya tidak membuat kerosakan di atas dunia. dan mungkin juga Allah tidak mahu hambaNya yang suci dari melakukan dosa. Wallahua'lam.

Al-Fatihah !

*sumber gambar dari google

NUR KASIH THE MOVIE DAN AIR MATA

Friday, May 20, 2011



hey bloggie :) Assalamualaikum.

sekarang ni semua orang tengah demam cerita Nur Kasih The Movie(NKTM). wani sempat la nak menonton cerita tu semalam. semangat sangat nak tengok sampai seminggu dari tu dah plan .

nak tau hebat ke tak hebat cerita ni? u'ollss nilai la sendiri. honestly , first time wani tengok wayang kena duduk seat depan dekat dengan screen.=.=' hebat kan penangan NKTM ? budak-budak sekolah pun ada la . sangat hebat ! tahniah pada pengarah NKTM Kabir Bhatia !


wani tengok wayang ni dengan sepupu wani . berdua okay ! kitorang memang nak tengok NKTM. sampai berapa kali tah tengok drama Nur Kasih. maknanya memang hebat la kan arahan Kabir Bhatia ? ^_^

sepanjang wani tengok NKTM tu meleh air mata wani. -.-' memang sedih . sangat tersentuh dengan dialog pelakon-pelakon NKTM. dorang sangat pandai menjiwai watak dan mampu buat penonton menangis.

pengorbanan , kasih sayang , cinta , dan segala nilai-nilai cukup dalam cerita ni. apa yang wani boleh cakap , TAK RUGI kalau u'ollss tengok cerita ni . :)

dialog wani ingat ; dialog adik mia sara dengan Aidil
Aidil : Nanti pak su nak buat la rambut macam maryam.
maryam : mana boleh , pak su lelaki , lelaki mana boleh cantik. kalau cantik macam mak su.
tok wan : abeh , tok wan tak cantik?
maryam : cantik jugaklah . nak gula !




p/s : sokonglah filem Malaysia :D






MEMANG LAH SEDAP , TAPI BERSIH KE ??

Sunday, May 8, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

cakk ! maaf ye dah lama tak update blog ni . sibuk dengan blogshop wani :)

alhamdulillah sekarang follower dah bertambah. terima kasih ye sudi follow blog wani yang tak seberapa ni . hopefully u'ollss akan terus menyokong blog wani.

hah , u'ollss pernah dengar pasal Twist Potato tak ? betul kan namanya ? ala , yang orang jual kat pasar malam . macam-macam jenis . besar , paling besar , kecil , dan paling kecil.


mesti u'olls pernah makan kan ? tapi sebelum u'olls makan , pernah tak terfikir macam mana ia dibuat ? mesti takkan . nampak sedap je beli .


okayh , sepanjang yang wani perhatikan dekat pasar malam , peniaga menggunakan kentang dan 'twist' pada machine yang disediakan.

peniaga 'twist' kentang tu dengan kulit-kulit sekali. the point now is , kentang tu dibasuh ataupun tak sebelum dimasak ? dapat peniaga yang bersih , untunglah .

kalau dapat peniaga yang tak basuh kentang tu macam mana ? kentang kan dari dalam tanah . dan tak mustahil kuman-kuman masih melekat pada kentang tu .

wani bukan nak merosakkan penjualan peniaga , tapi u'ollss fikir la ye . :)

p/s : pastikan kebersihan makanan yang kita makan tu terjamin.