SELAMAT TINGGAL SEMESTER EMPAT [ :) ]

Saturday, April 30, 2011



hey bloggie :) Assalamualaikum.

rasanya hampir tiga minggu wani tak update blog comel wani ni. yang u'olls tau . wani sibuk berjuang dengan final wani . alhamdulillah . akhirnya habis jugak untuk semester empat ni.

semester ni tiga minggu je cuti. disebabkan Kementerian Pelajaran nak selaraskan kemasukan untuk pelajar-pelajar ijazah. hopefully cuti tu bermakna untuk wani.

banyak rancangan wani untuk cuti ni , tapi tak pasti tercapai ke tak.

hampir terlupa . insyaAllah cuti semester ni , wani akan kembali update blogshop wani. kesian tengok blogshop wani 'bersawang'.

maaf kepada follower sekalian, wani tak dapat nak singgah baca dan komen entry terbaru u'olls . insyaAllah . masa yang ada sepanjang cuti semester ni , wani akan guna sebaik mungkin untuk singgah blog u'olls .

kepada follower yang baru follow wani , terima kasih tak terhingga. wani akan follow u'ollss jugak . tapi tolong tinggalkan link u'ollss dekat shoutbox atau komen ye ?:)

my face before fight my last paper

pesanan jarjit : selamat hari pekerja . XD

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Wednesday, April 13, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kali ni wani nak kongsi sikit tips. hari tu wani dah kongsi pasal kesihatan kan ? sebenarnya info-info yang wani dapat tu semua dari google. tapi wani olah la sikit.

bulan ni bulan yang paling sibuk untuk student yang belajar kat universiti terutamanya Universiti Teknologi Mara.

masing-masing ada cara masing-masing kan ? tapi wani nak kongsi jugak =P



1. bersiap sedia dari segi fizikal dan mental
- segala kelengkapan untuk peperiksaan dah sempurna. nanti tak la u'olls kelam kabut.

2.semak jadual peperiksaan.
- pastikan u'ollss tau bila dan dimana peperiksaan dijalankan.

3. jaga kesihatan diri
- elak dari sebarang bahaya dan jaga pemakanan.

4. tidur awal dan rehat secukupnya
- masa exam ni la kita nak tidur awal. untuk elakkan kita gemuruh.

5.ulangkaji nota ringkas
- janganlah masa esok nak exam , baru u'olls nak baca buku teks yang tebal. itu akan menyebabkan u'ollss lagi la takut nak jawab exam.

6. doa dan tawakal
- setelah belajar ataupun usaha , hendaklah kita bertawakal. doa dan restu dari keluarga sangat penting. apalah salahnya kalau telefon keluarga untuk minta restu dan minta family untuk doakan kita ;)

7. meminta maaf pada semua orang dan memaafkan semua orang, insyaAllah hati kita tenang.

*banyakkan selawat,solat sunat dan mengingati Allah. Allah takkan lupa pada hambaNya yang selalu ingat padaNya ;)

p/s : kalau ada siapa-siapa terasa dengan wani , wani minta maaf ye ? wani nak final dah ni. maafkan wani ye ? :)

GIRLS! PLEASE TAKE AN ACTION !

Monday, April 11, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

maaf ye wani dah lama tak post sebarang entri sebab wani malas dan tak tau entri apa nak tulis :)

okay . hari ni wani nak kongsi sikit pasal menstrual cramps. guys, u'ollss patut tahu menstrual cramps. sekurang-kurangnya boleh la u'ollss share ngan kakak , adik perempuan , kawan perempuan , dan sewaktu dengannya.

menstrual cramps/period pain / menstrual pain atau dalam bahasa malaysia; Senggugut.

senggugut disebabkan :

- prostaglandins; bahan kimia dalam badan seorang perempuan yang menyebabkan tidak selesa. tisu-tisu yang berada di uterus menyebabkan ia terjadi. semakin tinggi prostaglandins , semakin sakit yang akan dialami.

jenis-jenis senggugut :

#endometriosis - uterine tisu berada diluar uterus.
#fibroids atau adenomyosis - ketumbuhan didalam uterus
#infeksi di bahagian organ pembiakan.(reproductive)
#kandungan yang tidak normal berlaku di luar uterus.
#ketumbuhan di ovari (ovarian cyst)
# serviks yang sempit.

simptom-simptom senggugut :

-bahagian bawah pinggang akan mengalami kesakitan
-kesakitan pada bahagia kaki
-nausea (loya)
-muntah
- diarrhea
-sakit kepala
-mood berubah-ubah
-lemah badan
-pengsan (kes-kes yang berbahaya)

bila perlunya berjumpa pakar ?

-senggugut berlaku dalam tempoh yang terlalu lama
-sakit yang berlainan daripada biasa.
-pendarahan yang berlebihan
-tanda-tanda infeksi (demam,lemah badan)
-senggugut bermula pada mereka yang melebihi 25 tahun.

cara untuk mengatasinya ?

-ambil ubat anti-inflammatory ; ibuprofen,naproxen,ketoprofen . boleh diambil tanpa sebarang preskripsi.
ubat-ubat ni sebaik-baiknya ambil sebelum menstruasi. jika salah satu ubat ni tidak mengurangkan kesakitan , anda boleh mencuba ubat yang lain diantara 3.

*jika ada masalah dengan buah pinggang , rujuk pada doktor.
-menggunakan tuam untuk tuam dibahagian pelvic.
-urut dibahagian bawah dan belakang abdomen .
-bersenam.
-thiamine(vitamin B1) 100mg sehari.
-diet sayuran rendah lemak.
- kalsium 1200mg sehari.


tu je la wani nak kongsi. kongsi apa yang wani tau sebab wani mengalami senggugut ni. u'ollss yang pernah sakit macam wani , boleh la search kat google pasal mentrual ni.

amalkan kehidupan yang sihat okayy ? :)

p/s : mencegah lebih baik dari mengubati.


SAYANGI MATA ANDA !

Sunday, April 3, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

eh , final paper wani dah nak dekat . insyaAllah , 20hb ni wani dah start berperang dengan segala paper yang wani ambil untuk sem ni. kepada u'ollss yang akan ambil exam macam wani , goodluck la ye :)

okayy , hari ni wani nak cerita sikit pasal penjagaan mata.

sebenarnya mata adalah kawasan yang sangat sensitif dan perlukan perhatian lebih. takkan la muka je nak cantikkan ? kalau boleh biarlah kita menjaga apa yang Allah bagi pada kita dengan sebaik-baiknya.

jom wani kongsi tips penjagaan mata dengan u'ollss

1. elakkan minum air 2 jam sebelum tidur. sebabnya bila kita minum air 2 jam sebelum tidur ni , akan menyebabkan kulit bahagian bawah mata bengkak dan sembab.
2. pastikan u'ollss bersihkan solekan pada mata sebelum tidur. kalau tak dijaga dengan betul, akan mengakibatkan kehitaman dan dipenuhi bintik-bintik halus.
3. jangan gunakan pelembap(moisturiser) pada bahagian mata. ia akan mengakibatkan 'oil seed' pada bahagian bawah mata. seeloknya pakai gel mata yang dikhaskan
4. elakkan memakai kanta lekap selama 12 jam. sebab ia akan membuatkan mata menjadi letih
5. sesiapa yang selalu berhadapan dengan skrin komputer/laptop/tv digalakkan untuk melembapkan mata dengan menggunak eyemo atau sebarang ubat mata yang sewaktu dengan eyemo.

hah , tu la tips yang wani nak kongsi. kalau nak kasi mata lagi cantik , minum la inner shine =p
untuk elakkan rabun orang kata makan carrot banyak-banyak kan ? sebab carrot banyak vitamin A yang sangat sesuai dengan mata.

mata kita tak cantik macam mata awak ;)

tu jela yang wani nak kongsi , if korang ada apa-apa yang nak kongsi , jangan lupa bagi tau wani ye ! :)

p/s : tips no 5 tu , tips dari wani XD