KENAPA BUKAN AKU ??

Friday, October 28, 2011

helo bloggie :) Assalamualaikum


pernah tak terlintas di fikiran korang soalan ni ; "kenapa bukan aku yang pandai ?" "kenapa bukan aku yang cantik" "kenapa bukan aku yang kaya ?" dan macam- macam lagi soalan yang memang hari-hari ada dalam otak kita . 


wani selalu gak terfikir soalan2 ni . kadang-kadang down bila tengok orang lain lagi hebat dari kita . TAPI ingat ! walau hebat mana pun seseorang manusia itu . dia masih ada kekurangan. 


mesti kita nak tau kenapa bukan kita kan? kat sini wani bagi tau 2 sebab kenapa ;)
source : google.com


1. BELUM MASA


bila korang terfikir soalan2 tu , korang pernah pikir sudut negatif tak ? tak semua benda kita kena tengok dari sudut positif , ada masa kita kena tau jugak negative side . wani selalu terfikir soalan ni "KENAPA BUKAN AKU YANG PANDAI ? :(" then wani tanya diri wani balik dengan soalan ni "KALAU KAU PANDAI , AGAK2 KAU SOMBONG TAK ? KAU BERLAGAK TAK ? "  hah , ni soalan2 yang patut korang tanya pada diri sendiri. 


mungkin bukan sekarang untuk korang dapat kan apa yang korang impikan. banyak lagi perkara korang perlu belajar. banyak kemungkinan yang kita boleh fikir secara logik . mampu ke kita nak menghadapi segala dugaan kalau diri tak cukup pengalaman . 


pengalaman kan banyak mendewasakan kita ? fikir la baik-baik ye !


2. ADA HIKMAH 


setiap yang terjadi dalam dunia ni ada hikmah yang tersendiri . maksudnya tersirat la . kita yang perlu mengungkap setiap yang tersirat .


p/s : tepuk dada , tanya iman

JOM TAMBAHKAN VOCABULARY GUNA MICROSOFT WORD !! ;)

Thursday, October 20, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


siapa kat sini minat English ? rasanya ramai yang minat tapi kita tak confident dengan English yang tak seberapa . wani minat English , tapi tak la hebat sangat . memandangkan English ni bahasa yang penting , nak tak nak , kita kena belajar juga ! --'


hari ni wani nak kongsi dengan korang macam mana nak belajar English guna Microsoft Word. 


1. buka korang punya Microsoft Word 
klik untuk lihat dengan lebih jelas



2. taip la apa2 ayat atau perkataan English
3. right click > synonyms @ thesaurus


klik untuk lihat dengan lebih jelas




hah , dari microsoft korang dah boleh tambah vocab baru , takyah susah nak beli kamus besta :P lagi satu , microsoft ni jugak boleh tolong korang buat essay . macam mana ? emm , kadang2 vocab English kita terhad , so , why not kita cuba cara wani untuk mengempakkan lagi essay anda . dalam bahasa English je la ye :P


p/s : ilmu itu perlu dikongsi supaya ia tak hilang ;)

AWAS !! KEPADA ANDA YANG MEMPUNYAI LESEN KERETA !

Wednesday, October 12, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


hah , dah berapa wani tak update sebarang entry kan ? rindu wani takk ? hehe. ingatkan masa cuti ni berkesempatan la nak update entri hari-hari,tapi rupa-rupanya tak pula.


okayhh ! just straight to the point. anda-anda semua dah ada lesen kereta takk ? emm , bila dah ada lesen kereta ni , mesti la dah berangan nak beli kereta kan ? sebelum beli kereta , korang mesti dah fikir kriteria apa yang patut ada pada kereta idaman korang kan ? mungkin yang ada sayap ke , yang boleh jalan atas air ke , macam-macam lagi la kann ?


source : google.com


satu je wani nak ingatkan korang , PASTIKAN kereta yang korang  nak beli tu ada SIGNAL !! kalau takde signal , takde guna korang beli kereta mahal2. nanti eksiden jugak . 


dan bila dah ada lesen , sila praktikkan segala undang-undang yang korang dah belajar masa amik lesen memandu ye ! nanti tak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.


pesanan ringkas dari wani untuk semua.


p/s : kita bayar road tax, sila consider pemandu yang lain dan memandu secara berhemah ;)

KADANG-KADANG MANUSIA TAK ADIL

Thursday, October 6, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum .


sekarang ni wani dah mula cuti . bila dah cuti ni , nak update blog pun rasa macam nak tak nak je . nak tau sebab ape ? sebab wani ni mudah leka dengan blog . nanti semua kerja tergendala.


okay, wani terus pada tajuk entri kali ni. pernah tak korang rasa , pada certain2 masa , manusia tak adil pada diri sendiri dan orang lain. 


1. Tak adil pada diri sendiri


manusia tu tidak ada yang sempurna , mereka akan terus melakukan kesalahan kalau tak ditegur atau dinasihat. 
tapi kadang-kadang kita lebih suka membiarkan setiap kesalahan tu tanpa diperbetulkan. tu bermakna kita tak adil pada diri sendiri atau bahasa kasar , kita kejam terhadap diri sendiri. haiya ! jangan buat macam tu okayhh ? kita manusia memang tak sempurna , tapi apalah salahnya kalau kita bagi peluang pada diri sendiri untuk jadi manusia yang lebih baik ;) kadang-kadang kita tak sedar kan ? :P
source : google.com




2. Tak adil pada orang lain


berapa ramai daripada kita yang boleh terima kesalahan orang lain dan memaafkan ? wani rasa tak ramai . contohnya : kalau ada pencuri . dan pencuri tu dah bertaubat . kira dia menyesal la dengan apa yang dia buat. berapa ramai yang boleh jadi kawan kepada si pencuri ni ? boleh dikira. sebab apa ? sebab kita tak yakin si pencuri boleh berubah dari tabiat buruk. 


so ,how come this person boleh berubah kalau masyarakat sekeliling tak boleh nak bagi support pada mereka ? satu je cara wani , why not kita bayangkan kalau kita ditempat mereka. 


p.s : maaf , wani kekeringan idea :P






SELAMAT DATANG OKTOBER

Sunday, October 2, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum,


cakk ! semalam wani baru je habis paper final. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . dan semalam jugaklah wani dah start cuti semester. heee ~ nampak tak excitednya ? 


google.com
sepanjang cuti ni , wani akan update blog wani . insyaAllah. dan sepanjang cuti ni la wani kena spend time dengan sebaik-baiknya. 


later on i will update the next entry. wait yeahh ! :)


p/s: dekat twitter Hello October jadi trend tau :D