REVIEW MAKE UP REMOVER MANDOM BEAUTY PRODUCT

Saturday, November 24, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum 

ouhh , dah cuti sekolah sekarang ni. ada pelan untuk bercuti ? NS dah lama tak holiday dengan family. nak nak lagi semua family NS dah kerja. hewhew ~~ dan bulan ni dan bulan depan akan banyak la undangan ke majlis perkahwinan. kepada anda yang bakal menjadi pengantin, semoga semuanya berjalan dengan lancar ye,InsyaAllah.

so , hari ni NS nak buat review tentang satu lagi produk. maybe tak ramai yang familiar dengan produk ni sebab if tengok packaging produk ni, konfem korang tak berminat nak beli dan guna :D sebab ape ? sebab packaging dia dalam bahasa Jepun , memang tak la nak capai botol tu dan terus bayar kan. 

produk kali ni adalah Cleansing Express 3 in 1 Mandom Beauty. produk ni NS beli kat Watson. NS tak sure if produk ni ada jual kat tempat lain. 2 kali pergi Watson baru la tergerak nak beli.

produk ni sesuai untuk semua kulit. tak kisah la kulit berminyak ke , kering ke , normal ke and what so ever. highly recommend sebab NS dah pernah guna dan akan terus guna ;)

Apa yang best tentang produk ni ?

Produk ni 100% bebas minyak dan water-based. dan yang paling penting adalah bebas dari alkohol.

Kenapa  nama dia Cleansing Express 3 in 1 ? 

hah ! ni la yang best nak bagi tau. produk ni boleh buat 3 kerja. sebagai makeup remover , cleansing dan moisturise. tak percaya ?? baca sampai habis ye !

Senang ke nak guna ?

Senang macam kacang hijau bak kata Upin Ipin. NS suggest pada mereka yang sangat suka makeup dan malas nak bersihkan macam NS. hanya sediakan kapas dan Cleansing Express ni. :D 

macam NS , kadang-kadang penat balik dari kerja terus rasa nak tido. takkan nak tido dalam keadaan muka still ada makeup kan ? kang esok pagi bangun cek depan cermin adalah sebiji jerawat. grr ~ tak suke tak suke !

so , Cleansing Express jawapannya. capai kapas , capai Cleansing Express. bersihkan muka sambil baring pun boleh :D hahah, gila punye pemalas budak nih ! 

Macam mana nak guna ?

pam sikit Cleansing Express kat kapas then tekap dengan muka. bersihkan muka dengan perlahan. sebab kulit bahagian muka sedikit sensitif. 

then pam lagi dekat kapas lain . bersihkan macam biasa sampai korang yakin make up dah bersih dari muka korang.

next kapas korang boleh gune as cleansing dan next lagi as moisturiser atau bahasa melayunye pelembap. dan tak perlu dibasuh dengan air. untuk kekalkan kelembapan , tak perlu la korang gune pencuci muka.


Instruction , ingredient & caution

Right for my skin : combination & oily

dah nak habis baru nak review :D

effective ^_^

actually NS guna 3 kapas untuk bersihkan make up. to make sure makeup betul2 hilang :)

emm , pasal harga NS tak ingat la. tapi tak sampai 30 hengget rasanya. korang sendiri boleh tengok kat Watson :) then, Selamat Mencuba :))


p/s : hidup itu umpama menaiki basikal.untuk dapatkan keseimbangan kita perlu sentiasa berkayuh ;)

SEGALANYA RM 5 DI DAISO !

Wednesday, November 21, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hey hey dah lama tak jenguk/blogwalking blog anda anda semua. insyaAllah lepas update entri ni , NS singgah blog anda semua ye :)

so , hari ni nak kongsi dengan korang pasal satu kedai ni. mesti ramai dah tau dan mesti ramai jugak yang tak tau . siapa kat sini pernah pergi atau membeli belah atau menjenguk jenguk ke kedai Daiso ni angkat jari ! hewhew ~~

actually excited lebih nak cerita kat korang sebab NS pernah pergi sekali dan itu lah pertama kali menjejakkan kaki ke sana. wahh ! jejakkan kaki tu . macam naik ke bulan. before ni dengar orang cerita je pasal Daiso ni. banyak barang comel-comel dan bla bla bla. masa tu tak boleh nak bayangkan pun.
Daiso Japan

bila dah pergi , baru rasa macam hebatnya kedai ni  !barang barang kat sana sangat awesome dan sangat murah. quality terjamin ye kalau anda menggunakan dengan betul XD. barang barang dia semua RM5. tapi ada la certain item harga dia lain. tapi sangat berpuas hati ! :)

gam ekspres
siap ada resit tu :D
interdental brush. tak ingat la nama menatang ni
NS pergi hari tu dekat Melaka. masa tu desperate gila nak cari gam express. gam yang korang panggil gam gajah tu kan . sebab tapak kasut NS tercabut pulak masa tu . hewhew ~~ 

dekat kL ni ada , tapi tak sure pulak kat mana Daiso ni ada . korang boleh google sendiri, takpun boleh tengok kat sini

DAISO JAPAN

selamat membeli belah ye ^_^



p/s : jangan lupa doakan keselamatan saudara Islam kita di Gaza ye :)

SUPPLEMENT ; ADA CADANGAN TAK?

Sunday, November 18, 2012

hello bloggie ;) Assalamualaikum .

entri kali ni sangat pendek. just nak tanye pendapat korang pasal supplement. ada sesiapa yang amik supplement tak? err tak faham supplement? maksud NS makanan tambahan macam vitamin tu. ada suggestion which brand yang okayy? if korang ada cadangan,komen kat bawahh ye ;) terima kasih (^_^)

posted from Bloggeroid

FIRST TIME KE THE MINES

Saturday, November 10, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

sejuk sungguh petang ni ! maklumlah , sekarang ni kan musim hujan :) so , kepada anda-anda silalah jaga kesihatan di musim hujan ni. pada mereka yang demam dan sewaktu dengannya , jangan lupa makan ubat ye ? :)

siapa kat sini pernah pergi The Mines ? angkat kaki ! hikhik. actually , NS first time pergi jumaat lepas lepas  dan lepas. NS pergi pun sebab seniors sekolah aka kakak angkat NS ajak hangout before dia balik Mesir. mula-mula plan nak ke mid je , tapi sebab mid tu dah biasa dan membosankan, plan la ke The Mines jauh sikit dari KL. masa tu cuaca macam sekarang , tak menentu. petang je , mesti hujan kan . 

gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 then singgah UIA sebab nak amik sorang lagi member. around pukul 11.30 baru breakfast ! gila pedih perut ambo. before ke The Mines kitorang ke KUIS dulu nak amik barang adik kak Hani. after settle urusan kat sana,solat dan sebagainya,gerak la kami ke sana dengan perasaan hooray.

memandangkan kereta kak Hani takde gps , for sure la sesat. nak tanya NS, NS tak pernah  ke sana. tapi orang kata , malu bertanya sesat jalan. masing masing decide nak tanya orang je . dan selepas berpusing-pusing kat area situ , jumpa jugak bangunan The Mines. 

masuk je The Mines and i act like 'WOW' cantiknya tempat ni ! hikhik. dan kat situ tak la ramai manusia macam kat Mid or Times Square. at first i thought barang kat Mines tu superb mahal. rupanya really affordable . sebab NS ada beli handbag untuk NS and my mum >.< dan before balik kitorang makan hot & roll dulu. yummy ! *actually sebab dah lapar gilos

fyi , tarikan The Mines ni adalah cruise. cruise ni ada macam-macam jenis , sightseeing,splash tour ,etc. kitorang pilih sightseeing. dan sightseeing ni ada dua jenis. satu north lake , satu lagi south lake. mula-mula nak naik yang ke north lake , tapi keadaan hujan lebat dan berbahaya maka tidak dibenarkan. so , kitorang decide south lake sightseeing 20 minit. okay la dari takde. seronok tau  !cume bila keluar dari shopping mall tu , keadaan kat luar dah gelap dan tak banyak lampu. maybe next time pihak pengurusan dorang boleh tambah lampu kasi cantik sikit :P

cakap banyak pun tak gune, kat bawah ni adalah beberapa gambar yang kitorang snap :D maaf kalau terlebih poyo ! :P

Hot & roll best ! my fav ; crispy chocolate banana :)

masa naik cruise ke south lake , korang boleh tengok ikan ni timbul. like he know  visitor come to visit them

white swan ; they came as a couple;sweet !
KUIS's lake
black swan. like the fish, he appear when a cruise come.


senior ; kak Hani & kak Ada

scenery out the The Mines.dark !

arrive to The Mines :)
saya dan my kakak angkat ;) 


my retarded face :P


normal person :D

UIA :)
Nando's pun boleh ^_^

time to eat :DD

last but not least; kak hani , saya & kak ada xD

if ada siapa berminat nak naik cruise , boleh tengok kat sini

MINESCRUISE


REVIEW MOVIE : SINISTER

Friday, November 9, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni NS nak review satu lagi filem yang NS tengok masa Hari Raya Qurban dengan cousin. Filem Sinister. bila dah dapat keluar tu , better enjoy betul betul kan ? >.< adik sedara NS la yang beria nak tengok wayang. so , memandangkan saya kakak saudara yang baik , saya temankan la ye ! :P

Sinister ni filem dari Hollywood which boleh dikategorikan sebagai supernatural horror. segham ! duration cerita ni 110 minit. tak berapa lama sangat tapi terkejut dia macam nak tercabut jantung ! for the first time la tengok cerita horror ni rasa jantung nak terkeluar. 

cerita ni mengisahkan sebuah keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. hanya si suami lakonan Ethan Hawke sebagai Ellison tahu tentang kes pembunuhan di rumah tersebut. kira all the family tak tau. Ellison ni seorang penulis yang sedang mencari sesuatu  untuk dijadikan sebagai bahan penulisan. so,dia ni menyiasat dan mengkaji  setiap pembunuhan yang pelik dengan tujuan membantu keluarga mangsa bunuh dapatkan keadilan.

cerita ni bermula masa dia pindah ke rumah baru tu. masa tengah kemas barang kat loteng dia terjumpa satu kotak yang ditulis innocent home movie. dalam kotak tu siap la projektor, dan beberapa reel Super Footage 8. so, malam tu dia tengok reel yang first. dan masa tu, dia pelik sebab salah seorang ahli keluarga mangsa hilang. 

next day , dia tengok reel yang lain , dan mendapati salah seorang ahli keluarga yang dibunuh akan dihilang.dan yang hilang tu adalah kanak-kanak. then, ada satu reel yang dia tengok, dia nampak bayang-bayang demon dekat kolam renang. start dari tu la , macam perkara yang berlaku pada keluarga si Ellison ni. 

dipendekkan cerita , ada seorang polis ni yang berminat dengan karya Ellison sebelum ni berminat nak tolong dia selesaikan kes pembunuhan tu. dan polis ni pun kenalkan pada Ellison seorang professor yang tau tentang supernatural ni. bila dah keadaan dah makin teruk , baru la si Ellison ni nak pindah keluar dari rumah yang dia baru pindah tu.

if korang nak tau , cara pembunuhan dalam cerita ni sangat kejam ye ! seriau tengok cara bunuh dorang ni. masa dia pindah keluar rumah baru tu , dia terjumpa reel tajuk 'extended home movie'. dan masa tu baru dia tau siapa yang pembunuh. rupa-rupanya ahli keluarga mereka yang hilang yang jadi pembunuh. how the children a murder ? tengok sendiri la ye ? sebab kalau NS cerita sampai habis , for sure korang tak nak tengok. 

bukan tak nak cerita , tapi nak korang rasa sendiri acano NS rasa masa tengok cerita tu  :)

if tak faham sinopsis NS ni , boleh baca kat sini

SINISTER

p/s : Sekarang layan movie Korea Ma Boy ^_^ 

HARI RAYA QURBAN DI KAMPUNG

Saturday, November 3, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Qurban uollz ! :) maaf NS lambat wish.dah kerja ni tak menyempat nak update blog. hewhew~~

masa cuti raya Qurban hari tu cuti lama so , apa yang korang buat selain makan daging korban dan menghayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ? for sure ada yang plan untuk holiday dengan family kan. NS plan nak balik kampung je. since NS dah lama sangat tak balik , NS plan dengan abang NS nak balik kampung.

kebetulan NS punya officemate nak bertunang. alang-alang nak ke majlis pertunangan tu  NS balik la kampung. actually tak la kampung sebab NS balik rumah makcik kat Ayer Keroh. kampung takde orang :( Nenek & atok dah lama meninggal *Al-Fatihah. sebelum gerak balik Melaka , NS singgah kubur atok & nenek sebelah ayah. dah berapa tahun tak pergi kubur atok & nek. kitorang gerak dari kubur atok & nenek dah lama , around 11 pagi. kereta pun dah banyak mengarah ke Lebuhraya Utara Selatan.Seremban jem tu biasa la kan. berhenti kat R & R Nilai. then ternampak vending machine ! ohhh ! sumpahh excited. bukan vending machine yang jual air tin tu. tapi yang jual cup of coffee,milo n etc.

excited dia macam tak pernah jumpa vending machine la .so , dengan kepoyooan NS , NS beli jugak kat vending machine. NS beli milo ais. harga okay la . RM1.30. sekali sekala  takpe , tapi kalau setiap kali kat R & R nak beli , gedik namanya :P 

sampai Melaka , ingat nak terus rehat je , tapi sepupu semua ajak ke kampung , melawat makcik dan pakcik.

habis melawat satu kampung , sepupu NS decide nak berjalan ke AEON. memandangkan masa raya Aidilfitri tu , NS tak jumpa 2 sepupu NS tu , so join jugak la konvoi 'beraya' kat AEON dengan berbaju kurung. tujuan utama ke sana sebab nak beli barang baby :) sepupu wani tu bakal menyambut baby first bulan 12 nanti. so , kami makcik makcik yang excited gila ni sponsor la barang2 baby. and masa tu la nak explore barang barang baby untuk diri sendiri . eh =.= 

before balik , sempat la pekena Chatime. first time rasa , not so bad la . rasa dan tekstur sama macam Cool Blog, cuma Chatime ni mahal + banyak pearl/bubble :) yummy ! and thanks pada cousin cousin yang belanja makan ^_^


hewhew X_X~~ penat nak taip entri kali ni :\