TRIP TENSION !

Sunday, March 27, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

11 Mac 2011 ,wani ade satu trip untuk subjek MGT 162. okay , ni adalah trip yang pertama kali wani pergi selama wani belajar dekat kampus segamat ni.

banyak sangat dugaan nak ke trip ni. trip ni ke MSC . n ni lah trip yang paling banyak masalah n buat wani tension. mmg banyak la dosa wani time tu. =.='

perjalanan dijadualkan jam 6.30pagi ,tapi kami bergerak jam 8.30 ! omyy, 2 jam dalam bas dengan keadaan hujan kat luar ,memang syok la nak tidur. semua tu gara-gara lecturer kami last minit ada hal.

sampai MSC, diberi penerangan hanya 30 minit dan bergambar. settle dengan trip , kami plan ada masa tu , nak la berjalan-jalan area Putrajaya kan? tapi pakcik driver yang super kerek tak bagi !

masing-masing memang hangin weyh ! tak pasal-pasal la pakcik tu kena kutuk dengan kami. memang banyak la dosa masa tu.

okayy , memang dah serik nak pergi trip kalau pakcik tu yang drive ! taknak la tambah dosa lagi.
jom tengok gambar kami :)








p/s :wani paling kecil dalam kelas XD

HIJAB STYLING.


hey bloggie :) Assalamualaikum

okay, hari ni wani nak post satu entri pasal event yang wani pergi time 5hb Mac 2011. dah lama dah event tu , tapi baru sekarang berkesempatan nak update.

masa tu ada Minggu Terbuka Kolej , macam-macam aktiviti . wani ada join satu event ni , HIJAB STYLING 101 by Ayun Ayunar.

memandangkan wani bertudung , tak salah rasanya nak pergi event-event macam tu . bukan selalu . lagipun yuran penyertaan murah kot . just RM10. rugi kalau tak pergi.

sepanjang event tu berjalan , banyak la style-style shawl yang sesuai untuk pergi kelas atau mana-mana function.

hah , Kak Ayun ni ada bisnes jual shawl. macam-macam shawl ada . inner yang tak melekap kat muka pun ada jual. u'ollss boleh la pergi blogshop Kak Ayun. terbang la duit wani masa tu dengan beli shawl kat booth Kak Ayun. =.='

kalau nak pergi blogshop Kak Ayun , klik sini ------>>> Ayun Ayunar &
kalau nak pergi blog personal Kak Ayun , klik sini ------>>> Kak Ayun









KESUNYIAN

Thursday, March 17, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kepenatan lepas tengok cerita Ratu The Movie . cerita dia sangat best ! dan takkan terbayang movie macam tu . enjoy ! dan student UiTM Segamat orang pertama yang dapat tengok cerita tu , heee XD bangga tau !

okay , balik je , wani terus tidur . wani kepenatan sangat , rasa macam dah takde tenaga. -___-. masa tu , otak melayang fikir sesuatu. SUNYI ! ye , sunyi . sunyi bila kita jauh dari keluarga walaupun kawan-kawan dekat sekeliling. kekasih apatah lagi , jauh menyimpang.

rasanya banyak entri wani yang seolah-olah wani merungut dengan status wani sekarang. tak patut pun sebenarnya , tapi hanya Allah yang tahu perasaan tu bila selama ni ada orang yang sayangkan kita pergi tinggalkan kita.

wani cuba menjadi seorang yang optimistik . mungkin bukan sekarang. mungkin pada masa akan datang. kita tak tau . sekurang-kurangnya wani pernah diberi peluang untuk merasa perasaan yang cukup indah. terima kasih.

melihat kebahagiaan orang lain buat kita cemburu dengan kehidupan orang lain , tapi kita tak pernah sedar , Allah memberi peluang untuk kita terus mencari keserasian diantara satu sama lain. Allah tak pernah berlaku kejam pada hambaNya.

Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya sendiri . walaupun hampir setahun perkara itu berlalu , wani cukup kuat untuk menuju hidup yang akan datang. sekarang wani hanya mampu tersenyum dengan kehidupan wani. terima kasih memberi wani seulas senyuman dikala suka dan duka .

AKHIRNYA

Tuesday, March 15, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

maaf sudah lama blog ni sunyi tanpa sebarang entri. u'ollss pun faham kan life as a student. nak nak sekarang wani ada blogshop sendiri .itu yang wani idam-idamkan selama ni .

walaupun blogshop wani sekarang ni cuma agen untuk penjualan lens. wani masih baru lagi dalam penjualan secara online ni .

buat masa sekarang ni , blogshop wani cuma jual lens dan sewaktu dengannya. mungkin dalam waktu yang terdekat , akan ada produk lain. mana tahu kan ? :)

if u'ollss berminat dan tak keberatan , singgah la blogshop wani .

MIYASYA BLOGSHOP

terima kasih ye kalian .

SATU KEPUASAN

Tuesday, March 8, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum

minggu ni minggu terakhir untuk test 1. baru test 1, belum test 2 tau. sem pendek kan , semua kelam kabut. tadi dah kena marah dengan lecturer sebab tak siap presentation. T_____T
nasib baiklah lecterur tu bagi peluang untuk buat preparation.

ouh ye , minggu lepas , UiTM Segamat berpesta selama 5 hari bermula 3 Mac - 6 Mac 2011. takla pesta sangat, tapi meriah la sebab ada Minggu Terbuka Kolej. macam-macam ada . masa tu semua student kopak sebab macam-macam jual dan semua rambang mata termasuk la wani.

hah , bulan ni je wani dah habiskan RM50 untuk seledang o shawl. tak tau la bila nak pakai nya , tapi suka la buat koleksi banyak-banyak. kalau mak tau , mesti mak membebel. -______-"

semua orang ada kepuasan sendiri kan dengan macam-macam cara. kalau wani , wani dapat kepuasan kalau dapat shopping :) okay ! itu memang perempuan . tapi shopping-shopping jugak , tak la sampai membazir. janji kita pandai guna.

sekarang ni wani sangat suka kumpul aksesori ; klip rambut . selendang dan inner syria , kasut. baju dan macam-macam lagi la . maklumlah anak perempuan seorang .

lain orang lain barang yang disukaikan ? so , lets do what make us happy :)

p/s : maaf ye blogwalker semua , wani tak sempat nak singgah ke blog anda disebabkan Mr.Whitey wani overlimit T____T

HATERS MAKE US FAMOUS .

Sunday, March 6, 2011

hey bloggie . Assalamualaikum :)

rindu sungguh nak update entri baru . maaflah ye . semakin nak habis sem empat ni , semakin sibuk dengan urusan belajar. keinginan nak update tu ada , tapi Mr.Whitey wani buat hal pula. tak nak akses dengan server . sabar je lah kan .

okay , u'ollss pernah dengar tak statement ni "haters us make famous". mesti pernah kan ? kalau ditranslatekan jadi "musuh buat kita terkenal". lebih kurang la .

mula-mula fikir juga kenapa musuh boleh buat kita terkenal , dan sekarang wani sedar kenapa.

bila musuh atau manusia tak suka kita, automatik dia akan bercakap tentang kita dengan kawan-kawan atau orang sekeliling dia. mungkin apa yang dia cakap ada betul dan mungkin akan ada penambahan.

kemudian , orang yang mendengar cerita yang belum tentu betul tu , mesti la nak kenal kan ? so , dari situ kawan kepada orang yang tak suka kita kenal la diri kita .

cerita keburukan kita takkan berhenti sampai situ je , mungkin akan ada versi lain tentang kita yang memang kita sendiri tak pernah buat.

kepada sahabat-sahabat dan yang kat luar sana , tak perlu risau kalau ada orang yang tak suka atau benci kita . kita manusia , dan selagi kita bernama manusia , kita takkan dapat puaskan hati orang lain.

cuma , berbangga jadi diri sendiri dan yakin :) asal segala perbuatan kita tidak melanggar hukum agama.

p/s : its hard to be someone else.

ALFATIHAH

Tuesday, March 1, 2011

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepada Engaku kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan-jalan orang yang yang telah Engkau beri nikmat dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Perkenankanlah

selama ni kalau kita solat (bagi yang beragama Islam) baca surah AlFatihah , pernah tak kita menghayati setiap maksud dalam ayat tu ? mesti tak pernah kan ?

sebab tu kita susah nak khusyuk dalam solat. apalah salahnya kita ambil sedikit masa untuk memahami maksud ayat-ayat dalam kalam Allah.

pesanan ni untuk wani dan sahabat-sahabat yang lain

Salam Takziah untuk adik angkat Wani yang baru je kehilangan ayah tercinta 27 Februari 2011. Akak doakan adik sentiasa kuat dan sabar. Akak sayang adik tau :)

sedekahkan AlFatihah ye :) terima kasih

p/s : setiap yang hidup pasti kembali kepada PenciptaNya.