KESUNYIAN

Thursday, March 17, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kepenatan lepas tengok cerita Ratu The Movie . cerita dia sangat best ! dan takkan terbayang movie macam tu . enjoy ! dan student UiTM Segamat orang pertama yang dapat tengok cerita tu , heee XD bangga tau !

okay , balik je , wani terus tidur . wani kepenatan sangat , rasa macam dah takde tenaga. -___-. masa tu , otak melayang fikir sesuatu. SUNYI ! ye , sunyi . sunyi bila kita jauh dari keluarga walaupun kawan-kawan dekat sekeliling. kekasih apatah lagi , jauh menyimpang.

rasanya banyak entri wani yang seolah-olah wani merungut dengan status wani sekarang. tak patut pun sebenarnya , tapi hanya Allah yang tahu perasaan tu bila selama ni ada orang yang sayangkan kita pergi tinggalkan kita.

wani cuba menjadi seorang yang optimistik . mungkin bukan sekarang. mungkin pada masa akan datang. kita tak tau . sekurang-kurangnya wani pernah diberi peluang untuk merasa perasaan yang cukup indah. terima kasih.

melihat kebahagiaan orang lain buat kita cemburu dengan kehidupan orang lain , tapi kita tak pernah sedar , Allah memberi peluang untuk kita terus mencari keserasian diantara satu sama lain. Allah tak pernah berlaku kejam pada hambaNya.

Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya sendiri . walaupun hampir setahun perkara itu berlalu , wani cukup kuat untuk menuju hidup yang akan datang. sekarang wani hanya mampu tersenyum dengan kehidupan wani. terima kasih memberi wani seulas senyuman dikala suka dan duka .

12 comments:

  1. pagi2 beli akhbar, sabar2 .. ^_^

    ReplyDelete
  2. let the past be your lessons and experience for the future :)

    ReplyDelete
  3. rindu giler kat segamat..
    n student uitm segamat la yg slalu bertuah sbb slalu dapat jd org pertama tgk cite yg lom kuar kat wayang lg....;)

    ReplyDelete
  4. jangan gusar2 sih... cerita tuh tak tengok lagi.. huhu

    ReplyDelete
  5. dah x kesunyiankan? baik cakap 'ya' hehe..

    ReplyDelete
  6. @era_zierah ye kak ! bangga menjadi student uitm segamat XD

    ReplyDelete
  7. "Allah memberi peluang untuk kita terus mncari keserasian d antara stu same laen"

    nice wording:))

    ReplyDelete
  8. @sis areda hee , itu ayat lahir dari prasaan sndri , btw , thanx kak :)

    ReplyDelete

comment as you pleased. thank you ;)