DARI ALLAH KITA DATANG , DAN KEPADANYA KITA KEMBALI

Sunday, May 22, 2011

hey Bloggie :) Assalamualaikum.

semua sudah maklum musibah yang menimpa anak-anak yatim Madrasah At-Taqwa. pada hari Sabtu , 21 Mei 2011 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1432H berlakunya tanah runtuh di kawasan dewan makan madrasah tersebut.


berita hari ni menyatakan 16/25 penghuni madrasah menjadi mangsa tanah runtuh. sebak bila kita dengar nyawa anak-anak yatim ni melayang disebabkan kelalaian manusia sendiri.

banyak teori mengatakan tanah di belakang dewan makan madrasah tidak dipotong mengikut kecerunan yang betul . wani sangat kesal apa yang berlaku pada negara sendiri. mungkin sudah menjadi lumrah pada rakyat kita , apabila sesuatu kejadian berlaku , baru lah semua orang nak sibuk menuding jari pada orang lain.


wani rasa tragedi ni bukan tragedi pertama berlaku di Malaysia, tapi entah berapa kali perkara ni berulang. wani tidak menyalahkan mana-mana pihak tapi cuba kita fikir sejenak ?

MENGAPA pembinaan rumah dilereng-lereng bukit masih diteruskan ? bukankah sebelum ni ada yang melontarkan pandangan supaya memberhentikan serta-merta projek-projek yang melibatkan pembinaan rumah di kawasan bukit ?


wani tak tau dimana silapnya . projek-projek seperti ini menjadi persaingan diantara pemaju-pemaju. berapa ramai lagi anda mahu rakyat Malaysia terbunuh hanya disebabkan kelalaian manusia sendiri ? tepuk dada , tanya iman .

wani harap sangat kerajaan mengambil berat tentang perkara ni.

pada keluarga mangsa , takziah wani ucapkan. ingatlah ! setiap yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmah . lapangkanlah dada. jadikan musibah ini untuk kita mengingatkan diri pada Allah .


teringat pesan ustaz dulu , Allah menarik nyawa hambaNya supaya hambaNya tidak membuat kerosakan di atas dunia. dan mungkin juga Allah tidak mahu hambaNya yang suci dari melakukan dosa. Wallahua'lam.

Al-Fatihah !

*sumber gambar dari google

12 comments:

comment as you pleased. thank you ;)