OUH, MB

Sunday, February 27, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum .

semalam wani berkesempatan nak ke bandar segamat dengan kawan wani , cik Dayah. cadangnya nak beli barang-barang keperluan yang dah habis.

oh , bandar segamat belum pulih sepenuhnya disebabkan banjir masa Raya Cina hari tu . barang-barang pun banyak stok banjir. XD masa keluar macam tak ingat dunia , dari pagi sampai petang. jalan-jalan cuci mata sekali dengan kedai-kedai kat sana.

hey , u'ollss pernah makan kat MarryBrown tak? masa keluar hari tu , sempat la nak ke MarryBrown. dan itu adalah pertama kali wani menjejakkan kaki ke Marrybrown. sebelum ni student-student uitm cakap Marrybrown tak sedap. ye ke ? sendiri tak cuba , tak tau kan ?
tekak masing-masing lain , lebih baik cuba.

wow ! not so bad MB. okay la . tak murah dan tak mahal. standard la . MB takde gov. tax tau ! lagi satu , MB sangat nice. tempat duduk macam buaian. wahh !seronok tauu ! wani yang teruja.


ni menu cik Dayah.

ni menu wani.

u'ollss jangan lupa cuba tau ! asyik makan kat KFC n McD je . sesekali tukar la selera. :) bukan loser kalau makan kat MB . xD

p/s : rindu sudah.

LOVE

Love is a gentle caring
a quiet concern
deeply hidden in the heart.
A presence always felt
everyday, every minute, every hour.
Love is a gentle embrace
between body and soul.
A quiet touch of the hand
a soft hug by warm arms
a caress of two souls.
Love is a great passion
between hungry hearts.
The intimate exchange
between mind, body and soul.
Love is always caring
always growing
always being there.
Love is a wonderful gift
shared by two blessed souls
experiencing Heaven on Earth.

COME AND JOIN FACEBLOG !

Monday, February 21, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum .

curi masa kejap nak update blog dengan entry yang ringkas. pernah dengar Faceblog ? Wani rasa dah ramai yang tau . ala , blog yang warna pink macam Cool Blog tu ? hah , kat sini Wani nak promote faceblog.

banyak kelebihan kalau u'ollss join this group ! dapat ramai kenalan , boleh bertukar-tukar fikiran dan macam-macam lagi.

kalau berminat klik sini

IT WILL COME , BUT IN DIFFERENT WAYS

hey bloggie :) Assalamualaikum.

maaf ye , dah lama tak update entry baru. bulan ni bulan kasih dengan buku wani , bercinta dengan buku , laptop dan sebagainya.

bulan ni sinonim dengan bulan berkasih kan ? wani tak sambut . tapi tiba-tiba pula teringat.

sampai sekarang wani masih mencari seseorang yang boleh memahami wani. bukan wani cerewet , tapi dalam bab memilih pasangan ni , kita kena pilih betul-betul , mana boleh main rembat je kann ?

mungkin juga hati wani belum tergerak untuk sesiapa. bukan sebab ingat perkara lama. tapi wani belum boleh beri komitmen pada seseorang yang istimewa.

kadang-kadang rasa cemburu bila tengok kawan-kawan yang sentiasa dengan phone. wani pula sentiasa dengan laptop.

tapi kadang-kadang bila dalam keadaan sekarang ni , wani lagi selesa. tak terikat dengan siapa-siapa yang istimewa. dan tak kisah nak kawan dengan sesiapa. waktu sekarang ni , banyak lagi hajat yang belum tercapai dan banyak sangat benda yang wani nak buat.

wani percaya , perasaan itu akan datang tanpa kita pinta . dan perasaan tu akan datang dengan berbagai cara tanpa kita sedar. :)

cinta diri sendiri lebih utama

p/s : love is miracle

BARU SEDAR DIRI

Thursday, February 17, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni baru wani sedar sem ni wani sangat sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar . assignment , test , quiz , presentation dan tanggungjawab lain.

sem ni jugak subjek wani sangat tough .

calculus ; memerlukan banyak latihan.
management ; presentation dan interview dan revise sebanyak yang boleh.
java ; mengingat segala coding yang terlampau banyak.
web application ; mengingat segala html yang complicated.
database ; yang memerlukan daya ingatan yang sangat kuat dan pemahaman
operating system ; lebih kepada logik dan pemahaman yang baik.

semua orang pun subjek susah2. tapi boleh je deans list .
nothing impossible right ? XD

eh , dah lama tak ' jual muka ' kat blog sendiri. nah wani letak muka wani


*sibuk sangat sampai tak menyempat nak jaga muka ! ada muka cam tak puas hati tak ? hah , tak puas hati sebab tak cukup tidur !

**really miss my family , this month test berderet-deret !
~Ya Allah , kau permudahkanlah setiap urusanku.~

p/s : it always seems possible until its done




SALAM MAULIDUR RASUL

Tuesday, February 15, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni seluruh Malaysia cuti sebab mengingati Kerasulan nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W. masa cuti ni luangkanlah sedikit masa untuk kita berselawat ke atas junjungan besar kita. banyakkanlah selawat sebab ada ganjaran untuk mereka yang berselawat ke atas Nabi Muhammad.

peringatan ni untuk semua sahabat Wani dan Wani sendiri. jom kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. terlalu banyak jasa dan pengorbanan kekasih Allah kepada umatnya , sehinggakan ketika ajal , baginda masih mengingati umatnya. kita sebagai umatnya ada ke nak ingat ? tepuk dada,tanya iman ye ? :)

p/s : sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya setiap masa.


MODUL 4

Sunday, February 13, 2011

Hey bloggie :) Assalamualaikum.

Sekarang ni wani kat Dewan Sri Temenggung dengaf ceramah. Hari ni wani ada modul 4.

Semalam group pertama dah modul. Hari ni giliran group wani. Modul kali ni best. Ada cerita sikit pasal sejarah.

Eh,tak boleh la nak update banyak-banyak. Nak fokus. Nanti wani update lagi.

P/s : saya menunggu header dari Sepet. :)
Published with Blogger-droid v1.6.6

STALKER, AMBIL BERAT ATAU MENYIBUK ?

Saturday, February 12, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

Alhamdulillah,akhirnya Hosni Mubarak meletak jawatan. aman sekejap Mesir.

back to discussion . STALKER ! yeah stalker. stalker ni macam pengintip atau spy. u'ollss rasa ada tak yang selalu stalk u'ollss? tak kisah la stalk kat mana pun , kat laman sosial ke kat rumah ke atau mana-mana.

wani tak pasti pula samada ada orang stalk wani ke tak. sebab wani tak kisah pun. selagi tak memalukan , tak mengapa.

tapi kan , stalker ni sebenarnya ambil berat pasal kita atau menyibuk je ? setahu wani , mostly stalker ni , menyibuk je nak tahu pasal kita and then menceritakan keburukan pada orang lain. kan tak baik tu . Wani pun tak la baik sangat. ada je stalk kawan-kawan wani. tapi tak perlu la sampai nak membuat fitnah.

kalau stalker yang ambil berat takpe la kan . macam ada orang yang stalk kita sebab suka kan kita atau risaukan kita J

tapi kalau wani la kan , orang yang suka menyibuk dengan hidup kita selalunya dengki dengan apa yang kita ada. so , jadi diri sendiri je sahabat :)
p/s : hati ni semakin berbunga bahagia :)

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

Tuesday, February 8, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni wani nak kongsi penjagaan muka yang betul. aha,kulit muka wani pun tak la licin mana. biasa biasa je. tak cantik pun. ^.^

mungkin dah ramai tau tips penjagaan muka ni . apa yang wani nak cerita ni semua asas. tapi yang asas ni kalau u'ollss tak ikut, kulit muka akan ada masalah. even u'olls tak guna pencuci muka pun , akan ada masalah. terpulang pada u'ollss la nak ikut tips ni atau tak. ^.^

pertama sekali , pencuci muka. pencuci muka ni kena la sesuai dengan kulit u'ollss. kulit berminyak ke , kering ke atau normal. pencuci muka ni menghilangkan segala kotoran muka. guna sekurang-kurangnya 2 kali sehari ; pagi dan malam.

kedua ; skrub muka. skrub ni guna 2-3 kali je. skrub ni boleh membuang sel kulit mati dan kotoran serta boleh mencerahkan kulit u'olls.

ketiga ; penyegar. guna selepas u'olls cuci muka dengan pencuci muka atau skrub. penyegar ni mampu mengetatkan pori-pori kat muka kita.

keempat ; serum. serum ni boleh meresap jauh dalam kulit muka kita. serum ni boleh mencerahkan kulit dan menegangkan kulit. macam kedut-kedut kat sekitar mata.

kelima ; krim kontur mata. krim ni khas untuk bahagian mata sebab bahagian mata sangat sensitif. krim ni boleh mengurangkan lebam bawah mata .

keenam ; krim pelembap siang/malam. krim pelembap siang ni pastikan ada SPF 15. sebab krim ni ada pelindung UV dan boleh kurangkan kulit gelap.
krim pelembap malam pula untuk membantu baiki kerosakan pada kulit muka masa kita tidur.

lepas tu , u'ollss yang nak bermakeup, boleh la pakai foundation dan sewaktu dengannya.
tu je la yang dapat wani kongsi. follow the steps yeah dear kalau nak kulit kita sentiasa dilindungi :) ulang penggunaan setiap hari.

selamat mencuba ye .

luaran dah cantik , dalaman kena cantik juga tau ! ^,^

p/s : semangat bila dapat set penjagaan kulit Safi Perfect 10 .

BAHASA AWAK , SAYA TAK SUKA !

Monday, February 7, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum .

wani tak nak update panjang-panjang sebab video ni akan ceritakan apa yang wani nak sampaikan.

semua orang dah tau pasal video IniAnwarHadi kan ? dan semua pun dah post pasal video ni . tapi wani nak kongsi jugak dengan u'ollss.



lepas u'ollss tengok video ni , harap sangat tolong la jangan rosakkan bahasa kita. bahasa kita kan indah . kenapa la u'ollss susah-susah nak buat perbendaharaan yang confirm2 takkan ada dalam kamus dewan bahasa. please guy , jangan rosakkan bahasa kita okay :)

p/s : tak faham kalau orang hantar mesej guna short form . :\

PERASAAN ITU.

Sunday, February 6, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

perasaan itu sering disalah ertikan
mengapa ?
manusia tidak mengerti akan maksud sebenarnya
hanya memahami melalui nafsu
bukan memahami melalui mata hati

andai manusia faham definisinya
perasaan itu sungguh indah
tidak mampu diungkapkan melalui perkataan

definisinya mampu membuat insan tersenyum
perasaan itu mampu memecahkan tembok keegoaan.
ia juga mampu membina kekuatan pada setiap hubungan
mampu menyatukan dua insan

lima huruf membina satu perkataan
C I N T A

p/s : Ya Allah , seandainya kau mengambila nikmatMu yang satu itu , aku redha. tapi jika tiba masanya , Kau kurniakanlah semula untukku melampiaskan pada yang berhak. Aminn

TERMINAL BERSEPADA SELATAN MEMANG SUPERB, TAPI...

Friday, February 4, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

u'olls pernah dengar tak TBS ? Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan. u'olls pernah pergi sana ? Wani pernah pergi sana dua kali je . mungkin lepas ni akan banyak kali sebab Wani balik rumah dari Segamat akan turun di TBS .



sumber gambar dari google.

pertama kali sampai TBS , Wani sangat kagum . memang superb ! lima bintang Wani bagi . dah macam airport je terminal bas ni. mesti banyak guna duit kan ?

tapi bila Wani fikir balik , Wani rasa macam satu pembaziran. ini pandangan Wani je tau , memang bagus sebab kita ada terminal bas yang supergrand . tapi cuba kita fikir prasarana yang ada sekarang ni belum cukup memuaskan. tak faham maksud Wani ?

okay , Wani adalah pengguna public transport. macam KTM . kalau u'olls pernah naik KTM , mesti u'ollss boleh rasa macam mana perasaan menunggu komuter yang selalu delay . so , kenapa tidak kerajaan membuat penambahbaikan dengan tambah gerabak baru ? takkan ada lagi masalah komuter delay dan sebagainya.

sebenarnya banyak lagi prasarana yang tidak memuaskan , cuma sedar dengan tidak je . kita sebagai pengguna dan rakyat Malaysia boleh fikirkan ? tepuk dada , tanya iman anda.

p/s : esok nak balik kampung.

TEST SUARA JAP !

Wednesday, February 2, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

sebelum birthday i hari tu , i keluar dengan cousin i , Adilah Hanan dan senior i , Kak Ada. ouh , mid sem break dah mula 28hb hari tu .

sebenarnya bukan celebrate pun , cuma berjalan-jalan sebab i dah lama tak jumpa senior i. kebetulan di pun sedang cuti mid sem n free. so , i ajak lah dia keluar.

destinasi kami kat melaka tu biasalah Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. takde tujuan pun . i kalau pergi Dataran Pahlawan o Mahkota Parade , i suka tengok ragam ragam manusia kat sana. majoriti budak sekolah dengan macam macam style diorang. lagi advance dari budak-budak KL ! kadang kadang i gelak je tengok perangai diorang.

hah , that day i pergi karaoke . dah lama tak lepas gian karaoke . nasib baik yang mengikut ni sporting ! OMO ! masa tu la i jadi budak kecil sebab excited dapat main game kat Wonderland !

then kami ke Dataran Pahlawan untuk cuci mata . kebetulan pula ada tempat tempat yang cantik. apa lagi kan ? kami snap-snap la.

tapi sangat seronok keluar hari tu ! next time nak pergi Stars Archery pulak :)









i nak letak video i karaoke , tapi takpe . next time je :)



p/s : if u want to live a happy life, tie it to a goal,not to people or things -Albert Einstein-