TIPS : LUPAKAN BEKAS KEKASIH.

Tuesday, June 28, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum.

pernah dengar tak ayat ni ?

"kita memerlukan seminit untuk mengenali seseorang, sehari untuk jatuh cinta, tapi kita memerlukan bertahun-tahun untuk melupakan seseorang "

mesti korang pernah dengar kan . ayat ni lebih kepada orang yang putus cinta. mesti korang setuju dengan ayat kat atas tu. wani setuju kalau putus cinta dengan orang yang kita anggap 'cinta matii'. orang dah kahwin pun takde cinta mati ,kalau seorang mati , takkan nak ikut kann ? :D



kebanyakan perempuan sekarang ni senang je nak anggap seseorang lelaki tu cinta mati dorang . sebab apa ?

sebab dorang rasa bekas kekasih dorang tu la yang terbaik yang dorang pernah jumpa . gurls ! don't do that okayhh ?

memang la. masa bercinta semua manis . yang pahit pun kau kata manis jugak. sebab sayang punya pasal.

so , kat sini . wani nak kongsi tips sikit pasal nak lupakan bekas kekasih yang korang rasa cinta mati tu . apa yang wani nak kongsi ni , tips dari pengalaman wani sendiri okayyh ? jom tengok satu-satu.

1. menangis sepuas-puasnya.

ni memang perempuan selalu buat. sikit-sikit nangis .tengok hindustan nangis,baca novel nangis, tengok citer korea pun nangis. kira perempuan ni memang hebat kalau bab2 nangis. sebab senjata perempuan pun air mata.

lepas dah break up takyah la nak buat kerja bodoh terjun bangunan bagai. korang menangis la puas-puas. insyaAllah lega sikit.

oh ye , kalau nak menjerit pun boleh jugak . takpun beli punching bag . kau tumbuk la puas-puas. hikhik.

2. berkongsi dengan member

pastikan korang berkongsi dengan member rapat! sebab member ni lebih memahami kita. silap aribulan , dia pun nangis sebab nak berkongsi kesedihan. >.<

bila korang share dengan member luahkan segala kesakitan yang korang alami . memang sakit der bila putus dengan orang yang kita sayang , sakit2 !

tapi kalau kawan kau tu jenis nak blame kau je , kau cili kan je mulut dia . takpun kalau baik sikit , kau sepak je muka dia laju2 .

3. berfikir sepositif mungkin.

bila dah clash ni , mula la kau nak cari salah bekas kekasih kau . Don't gurl ! buang masa je nak cari kesalahan orang lain . mungkin ada jugak salah pada diri kita yang kita sendiri kita tak nampak .

orang tua-tua kata ape ,

"kuman seberang jalan kau nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak ."

sekurang-kurangnya clash masa bercinta , bukan masa dah kahwin . kalau masa tu , Mak Jemah tak dapat nak tolong nokss ~

4. ada hikmah disebaliknya

bersyukurlah . apa yang terjadi pada kita semua ada hikmah . mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita . ada lagi yang lagi baik , lagi kaya , lagi hensem dan semuannya lebih la dari bekas kekasih kita.

pengalaman mengajar kita untuk lebih matang kan ? nilai lah seseorang dengan berhati-hati.


5. Delete segala memori

yang ni susah sikit kot perempuan nak buat. tapi tak mustahil. cuma ambil masa. tapi gegurl sekalian , tolong jangan ingat segala memori2 yang manis lepas kau dah clash . jap lagi air mata berjurai.

kalau boleh , kau buang je la apa2 yang berkaitan dengan bekas kekasih tu . nanti asyik terkenang je , kan dah susah. come on gurl , make a move !

6. berkawan selagi boleh

bila dah single ni , lagi senang kau nak berkawan dengan sesiapa . takde nak fikir kena jaga hati orang ke . kena inform bf ke . dan masa ni lah korang nak mulakan buku baru .

mula-mula memang susah babe nak berkawan dengan lelaki. sebab rasa macam phobia , trauma bagai . tapi perlahan-perlahan lah . don't push yourself. tak semua lelaki tu jahat . masih ramai lagi yang baik . tapi kita kena bijak memilih .

7. Berdoa

ini jalan terakhir. korang berdoa je la .

"Allah mendengar doa setiap hambaNya."
berdoa supaya nikmat cinta tak ditarik oleh Allah dan berdoalah semoga Allah mengurniakan insan yang baik untuk kita. insan yang dapat mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah .

hah . ni lah yang wani buat lepas wani clash ! huhahah . bukan nak bangga weyh . tapi segala yang wani cerita ni . wani buat . time will cure your pain . tak perlu risau.

satu je pesan wani

"buktikan pada bekas kekasih yang sebenarnya dia rugi tak memiliki kita" .

chill ye sayang-sayang sekalian ;)

ADE SESAPE MINAT NAK BELI TAKK ?

Sunday, June 26, 2011


hey bloggie ;) Assalamualaikum .

hai korang ! hopefully korang sihat je ye ! btw , wani nak promote blogshop wani nih .

macam-macam wani jual . lens dan segala accessories. if ade sesiapa berminat , boleh datang blogshop wani ------> MiyaSya Blogshop. korang boleh tengok2 dulu , kalau berminat boleh PM wani atau isi form je .



sebarang pertanyaan , boleh tanya kat facebook wani

Page Facebook :- MiyaSya Blogshop

GAME : NANNY MANIA

Saturday, June 25, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum .

korang pernah main game ? game pc , playstation ke , gameboy ke n etc. tipulah kan kalau tak pernah main.

dulu masa time sekolah rendah game The Sim popular . ala , ade yang suh buat rumah , buat ape tah lagi . tapi game tu sangat best . sebab macam kita kena jaga orang kat dalam rumah tu . macam game kat fesbokk yang korang main tu .

sekarang ni zaman dah berubah , dari ke game PC , ke Gameboy . pastu Playstation pulak . sekarang PSP . choiii ! budak2 zaman sekarang gila dengan benda tu . kalau tak makan pun takpe . leka dengan game kat PSP .

okayy , semalam wani baru je abeh kan main game kat lappy wani Nanny Mania . game ni lebih kepada kena bersihkan rumah majikan . memang penat la kau nak mengemas bila anak-anak majikan kau buat sepah .





lepas ni nak main game lain pulak .

p/s: nanti la post lagi . *selingan semata-mata

REVIEW BLOGGER FEFULAR 2 : HE IS NURUL FARID

Thursday, June 23, 2011



hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni wani interview seorang lagi blogger yang tak kurang hebatnya. untuk pengetahuan korang semua , dia ni kawan PLKN wani . tak sangka juga dia ni aktif berblogging.

nama Nurul Farid . Student Universiti Islam Antarabangsa . yang menarik tentang blogger ni , dia orang Sabah.

sepanjang wani baca blog dia , memang post dia superb menarik + merepek . tapi still ada pengisian ye !




1.sejak bila minat berblogging ?
2 thun lepas..haha


2. apa yang anda cuba ketengahkan didalam blog ?

kata2 semangat yg bermakna..cewahh..cerita hidup aku kot..ape yg berlaku disekeliling aku..perli memerli..ingat mengingati antara satu same lain..sebab di hari tua nnti..aku akan bace balik ape yg aku tulis..

3. siapa yang mendorong anda untuk berblogging ?

takde pun..pilihan sendiri..dulu blog ni blog mcm diari cam tu..pastu ak tukar..x kenal pun time tu erti BW..pastu redah je..sampai tahu mcm mane nk blog..tgk ar blog ak..simple..x ubah pape pun..

4. pesanan untuk blogger lain .

x ley berhenti berblog ar..ceria selalu..peace no wo..hahaha.


p/s : segala jawapan tidak diedit sama sekali .

SEGMEN REVIEW BLOGGER FEFULAR BERMULA!

hey bloggie :) Assalamualaikum.

rasanya ada yang dah tau wani akan review blogger dalam blog wani ni. setiap hari Jumaat akan ada seorang blogger yang wani interview .

segala soal jawab wani dengan blogger fefular tu akan di postkan di blog wani.

segmen ni wani buat untuk menghargai ke semua blogger . bukan wani pilih bulu okayy ? :)

wani bukan je review blogger yang top , tapi blogger yang kurang top pun wani akan review . sekurang-kurangnya traffic naik jugak kan ? ;)

apa lah salahnya bantu sesama blogger . kalau ada apa-apa cadangan,boleh la bagi tau wani .

okayhh , tunggu wani review blogger esok . kita tengok sapa yang kena :D

p/s : sekadar mengisi masa lapang.

ORANG CANTIK KAWAN DENGAN ORANG CANTIK JE LA.

Saturday, June 18, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hopefully korang semua sihat je . korang pernah ade geng ke , member ke . atau group(kawan) ?mesti ada kann ?

dulu masa sekolah confirm ada member bagaii. siap ada nama group . haha . bila ingat je , mesti nak gelak guling-guling !

masa nak 'serap masuk' member tu , pe kriteria kena ada ? pandai ? cantik ? hot ? popular ? hah , macam2 la kann ?


ni nak cerita kat korang . sepanjang wani jadi student , banyak dah wani nampak . gurls lebih berpuak2. mungkin nak cari populariti .

yang wani perasan , orang yang cantik akan berkawan dengan orang yang cantik je . so , orang yang kurang cantik ni camne ? takkan takde orang nak kawan ? kesian kann ? -.-

banyak lagi la contoh ; orang yang popular kawan dengan orang popular je , pandai dengan orang yang pandai . nampak tak diskriminasi kat situ ?

nampak la manusia ni sendiri tak adil pada manusia lain.

wani pun takde la baik sangat . dulu pun wani macam tu jugak . kawan dengan orang yang sesuai dengan wani je . tapi bila fikir balik , thats not worth it . tak selamanya kita kat atas .

biarlah kita kawan dengan semua orang . tak memilih . even sejahat mana pun kawan , dia tetap kawan . kita yang kena pandai menilai.



p/s : make friends. don't make enemy even one !

REVIEW BLOGGER FEFULAR 1 : FITRIHADI.COM

Friday, June 10, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni wani nak review seorang blogger popular. let's check it out who the lucky one ;)


1 . sejak bila minat untuk berblogging ?

First of all, terima kasih daun keladi kepada sedara Amoimiyasha sebab sudi interview saya.

Mula berjinak-jinak dalam bidang blogging sejak 2007. Tapi masa tu just main-main je. Blog pun bersepah-sepah sebab cuba-cuba nak buat duit tapi ilmu takde. Tapi pada penghujung tahun 2008, saya mula serius dan fokus pada satu blog je. Dari situ, saya mula belajar dari beberapa blog yang ada tips blogging dan mula kenal dengan dunia sebenar blogging di Malaysia ni.

2. apa yang anda cuba ketengahkan didalam blog ?

Erm tak tentu gak. Tapi for sure blog saya berkongsi something yang menarik dari kacamata saya macam video, gambar dan artikel-artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Kengkadang suka gak tulis pasal isu semasa dan hiburan. Macam rojak ar pulak blog tu. hihi...

3. siapa yang mendorong anda untuk berblogging ?

Err ntah. Rasanya takde siapa yang dorong saya untuk berblogging kecuali diri saya sendiri. Lagipun saya berblogging untuk hilangkan rasa bosan dan sunyi dalam diri. Rasa ada satu kepuasan bila dapat buat orang happy atau dapat share sesuatu dengan pembaca Fitrihadi.com

4. pesanan untuk blogger lain .

Pesanan? Erm tatau nak kata apa sebab saya bukanlah blogger yang berjaya pun. Apa pun blogging ni sekadar hobi je. Kalau nak berjaya dan dikenali, kena banyak bersabar dan kena banyak usaha. Juga kena banyak belajar. Tu je pesan saya. Insyaallah apa yang kita nak boleh dapat. Semoga kita bertemu lagi. Peace!

FIXIE DERR !

Sunday, June 5, 2011




hey bloggie :) Assalamualaikum.

berapa ramai antara korang yang pandai bawak beskal ? semua pandai kann ? ade yang penah jatuh beskal ? haha >.< padan muka !

bukan nak cerita pasal pengalaman . tapi pasal revolusi beskal ni. korang tauu ? orang yang pertama terfikir nak buat beskal ni Baron von Drais. okay dah . selebihnya korang explore sendiri ye.



dulu pernah dengar Fixie takk ? yang minat tau la , yang tak tau ?

sejak-sejak beskal Fixie ni keluar kat Majalah 3 , semua pun tau kann ? baguss !


hari tu balik , hamboihhhh ! bebudakk ni bersepah-sepah bawak Fixie ! jeles der . sebab wani tak mampu nak beli + beskal tu banyak warna , macam colour pelangi + macam tak sopan je seorang perempuan yang lemah lembut nak bawa beskal ! tak logikk T__T

abah ada cakap , Fixie ni mahal . betul ke ? ade sesape boleh bagi wani info ? lets share ! sharing is caring. *lovelove



derr , bawak Fixie tu hati-hati la . jangan la bergroup bagai . bahaya okayy ! akak pesan ni , kena dengor !

p/s : dapat beskal mountain bike pun dah syukur,Alhamdulillah :)

CINTA MONYET ZAMAN SEKOLAH. ^_^

Wednesday, June 1, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hah , ni mesti ade yang tersenyum sorang-sorang kann ? eceyh ! tak nak ngaku pulak dia . semua orang ada cinta monyet . termasuk la wani . kalau ingat balik pasal cinta monyet ni , kelakar je la .

macam-macam style der ! zaman sekolah rendah la yang tak boleh blah . kecik-kecik lagi dah ade boyprenn ! choi ! padahal study tak la hebat mana , tapi bab bercinta no satu ! *termasuk la tuan blog ni.

1. dulu takde mesej2 ni , handphone pun takde masa tu . maklumlah , zaman sekolah rendah dulu , mana la teringin nak pakai phone bagai . yang sweet pakai surat ni , boleh simpan . kalau rindu baca la surat2 tu sampai lebam !

2. zaman sekolah dulu kalau bercinta dengan ketua pengawas ke , atlet sekolah ke , sure kau popular ! hah , gila takk ? hebat der sape dapat ketua pengawas. kira time tu memang kau hot la.

3. dulu kalau nak jumpa boyprenn , malu2 . kalau nak jumpa sangat ajak member weyh ! memang masa tu malu tahap gaban la orang cakap. nak pandang muka boyprenn pun malu. ape kan lagi nak tenung . :D

4. kalau masa birthday , sure dapat hadiah . tu yang seronok . hehe . tapi dulu takde direct bagi je , dulu guna orang tengah . segan der.

5. dulu takde 'i love you' ni . semua guna singkatan . SARA (Sayang Awak Rindu Awak) . macam2 la short form dlu .

6. masa gaduh, pujuk guna surat je. ayat konfem la jiwang deyh ! hehe . terus cair .


banyak lagi la style2 cinta monyet zaman sekolah . bila ingat asyik gelak je . tapi boleh beza kan cara bercinta wani dengan zaman sekarang . hee :D

ape pun , boyprenn sekarang ni belum tentu suami kita , pandai2 la korang ye !

p/s : orang zaman sekarang kalau frust , suka post kat facebook !