HEY BABY FACE ! HAPPY BIRTHDAY :)

Monday, February 27, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

entry malam ni NS update laju and ringkas je :) NS terlambat wish sebenarnya ni . mianhae Ricky ^^

Saengil Chukae Baby face Ricky :) your grown up be 18 years old boy .may God bless you . have a good health. wish you happy with Teen Top hyung :)


**if we meet , do some aegyo for noona okayh ? :)

ouh , tak lupa juga , pada adik angkat NS . happy birthday dik . love you so much :) take care yourself.

dan kepada yang menyambut kelahiran pada hari ni .

p/s : dilema ni , nak pergi ke takk? --'

20 Makanan peningkat memori

Saturday, February 25, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

selamat pagi sabtu :) hari ni bangun awal sebab mata tak boleh nak pejam dah lepas Subuh tadi. hari ni NS nak kongsi lagi satu perkara :) memadangkan final NS dah makin dekat , NS nak kongsi makanan yang elok dimakan untuk meningkatkan memori atau makanan untuk otak la .

ada banyak sebenarnya . tapi NS senaraikan makanan yang boleh membantu pelajar pelajar kuatkan ingatan ,InsyaAllah .

antara makanan yang boleh menigkatkan pertumbuhan sel otak ;

1.Salmon; mengandungi omega 3
2.Telur ; sumber protein yang tinggi, kuning telur mempunyat zat untuk menigkatkan daya ingatan.
3. Mentega Kacang ;sumber vitamin E , antioksidan yang melindungi membran membran sel.
4.Gandum Murni [Whole Grain] ; mengandungi serat , memelihara kesihatan saraf.
5.Oat/Oatmeal ;membuatkan otak berfungsi dengan kapasiti yang penuh
6.Semua jenis Beri ; antioksidan yang tinggu mengikut kepekatan warna, membaiki daya ingatan.
7.Kekacang ; mempertahankan kemampuan berfikir.
8.Sayuran berwarna ; antioksidan yang membuat sel otak kuat.
9. Susu dan Yogurt ; penting untuk pertumbuhan jaringan otak.
10. Daging lembu tanpa lemak ; membantu konsentrasi semasa belajar .

yang ni NS bg point je . untuk yang lebih korang faham , korang klik kat ------> SINI    [credit : panduanpercuma.info]

yang 10 bawah ni pulak makanan yang dimakan oleh genius genius Islam :) nak jadi macam Ibnu Sina , Al-Khawarizmi dan semua genius , korang boleh la amalkan makanan makanan kat bawah ni :

1. Madu ; raja segala ubat dan telah disebut didalam Al-Quran. meningkatkan ingatan dan daya tumpuan. * makan tembikai masa makan madu sangat bahaya ! ~ 
2. Kismin ; zat besi yang dapat membina darah untuk menyalurkan oksigen yang cukup untuk otak. *kekurangan oksigen dalam otak membuatkan kita lupa .
3. Susu Segar ; menajamkan fikiran,bekalkan tenaga mental dan fizikal. memperbaiki penglihatan dan menghindarkan penyakit lupa(susu kambing adalah yang terbaik)
4.Telur ; makanan yang lengkap dengan dan berkhasiat.
5. Halia ; mujarab untuk gejala pelupa. boleh makan mentah atau dibuat halwa.
6.Limau Oren ; mengemaskan urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
7.Buah delima ; diterangkan hati selama 40 hari mengikut sabda Nabi Muhammad S.A.W.
8. Daging ayam (daging ayam betina dara) ; meningkatkan prestasi otak . *mencantikkan rupa paras.
9. Kacang terutama Pistachio atau kacang cerdik ; efektif untuk kecerdikan otak n thats y la kacang ni mahal.
10.Daging biri-biri atau kambing ; menigkatkan kekuatan hafazan(memorize).

hah , yang ni bukan dari NS tapi dari blog lain , so NS credit la tuan blog ye :) korang boleh klik sini untuk penerangan yang lebar --------->> SINI

p/s : selamat mengamalkan :))

2 KALI AKU CONFESS , TAPI DITOLAK !~

Friday, February 24, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

Salam Jumaat !~ semoga hari ni lebih baik dari semalam . && semoga Allah sentiasa berkati hidup kita.

gurl/boy ! korang pernah confess pada orang yang korang suka tak ? kalau orang yang tu pun suka korang , seronok la . tapi macam mana pulak kalau korang confess , dia tak terima atau bahasa kasar tak respond ? malu kan ? so do I . tapi NS ni confess kat orang , tak pernah dapat . --'

first confession masa tingkatan 4 ;) bila ingat balik macam tah pape . mula mula tengok dari jauh . luckily la kitorang sebaya . then NS minta tolong sorang senior ni untuk sampaikan segala surat dan coklat. masa tu kat asrama , tak main la mesej2 ni. hikhik.

selama NS hantar  surat , dia tak pernah balas . sedih tak ? then NS assume dia tak suka o dia tak nak ada relationship dengan sape2. okayh , at least NS tak la rasa beban bila simpan perasaan sorang2. kira lega la lepas dah confess even dia tak terima ;)

second confession masa NS umur 19 =] masa umur 19 tahun ni maju sikit la . sebab texting /call je . yang second ni memang sempoi gila . hahha . NS just text that guy , bagi tau dia , yg NS suka dia , tapi dia tak respond jugak . tapi both of us still berkawan .

bagi NS , asal NS tak rasa beban dengan perasaan tu , cukuplah. terima atau tak , cerita nombor dua . bab perasaan ni sangat sakit kalau korang simpan sendiri. kalau tak berani , cerita la pada kawan kawan yang sudi dengar . kalau NS , NS lagi suka confess . even it risky,tapi NS jujur :P

p/s : hidup kita penuh dengan risiko , risiko yang kita tak tau akibat akan datang adalah cabaran untuk kita :)

WAJIB ADA DALAM TAS TANGAN !

Thursday, February 23, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

ouhh , dah lama tak update blog ni. kekeringan idea dan jadual yang agak padat dengan test , quiz , dan segala projek yang perlu dihantar sebelum final  ! ~hah , semput nak menghabiskan semester akhir yang masih berbaki sebulan.

don't worry , i'll come with best update even final just around d corner . sobs sobs ':( sebelum tu , if all my follower don't mind , please called me NS . i think i need to change to this name which is better dari menggunakan nama pena AmoiMiyaSya :). okay stop ! ~

para lelaki sekalian , anda pernah tertanya tanya tak kenapa perempuan suka bawa handbag/tas tangan yang besar gedabak yang korang rasa boleh letak segala barang dalam satu masa ? mesti pernah kan. kalau yang dah ada gf tu 'huntunglah' , korang boleh check check apa yang ada . tapi yang takde gf camno ?

so , jom kita tengok barang apa yang ada dalam handbag atau dalam Bahasa Melayu nya tas tangan. p

1. Purse/Beg Dompet & sewaktu denganya
yang ni paling wajib diantara yang wajib perlu ada dalam tas tangan ada yang bergelar perempuan. especially pada 'gurl gurl' yang memang kaki shopping. lagipun dalam purse tu la adanya duit,kad atm , lesen , dan segala yang penting =]

2. Handphone
yang ni pun wajib diantara yang wajib jugak . senang nak berurusan. mana tau kalau sesat kat shopping complex tu , just make a call ~ then masa tu lah ada drama jejak kasih . pastu babak babak yang korang boleh fikir sendiri

3. Makeup
rasanya semua handbag 'gurl gurl' ada barang magic ni . sekurang-kurangnya compact powder and lipgloss/lipbalm .optional pada mereka yang tak nak nampak muka pucat, eyeliner atau mascara wajib ada dalam handbag. **mascara wajib ada dalam handbag NS :D

4. Tisu/Wet Tissue
yang ni wajib juga kot. macam makeup ''gurl gurl'' cair ke , tepek je.

5.Losyen
yang ni optional je NS rasa , sebab certain gurl je yang akan ada losyen ni nak elakkan kulit kering.

6. Tuala Wanita /Pad
err , yang ni memang akan ada . kalau emergency case , tak la susah ;)

7.Perfume/Hand Sanitizer
yang ni perlu ke ? --' sebab NS selalu je bawa :D

rasanya tu je. lain gurl , lain la barangya , NS list kan apa yang mostly gurl bawa. kira ni general . mungkin sekarang dah lain , gurl gurl sekarang bawa galaxy tab , ipad / psp . 

tak caya ? korang boleh check sendiri handbag perempuan yang korang rasa macam poket doraemon :D

p/s : kalau lelaki yang bawa handbag tu , camno eh ? ^^

PIZZA HUT VS DOMINO'S PIZZA

Tuesday, February 14, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

cak ! tetiba rajin pulak nak update entry minggu ni :D so , korang jangan boring dengan entry wani okay ? by the way , mianhae sebab tak dapat jenguk blog korang. alasan nye korang dah tau kan ? okay , takyah wani nak cerita :D 

lately tekak wani ke arah Italy . Italy kan famous dengan Pizza . nyum nyum kalau dapat makan pizza sekarang :D. kat Malaysia  , dua pizza ni dapat sambutan yang menggalakkan which is Pizza Hut dan Domino's Pizza. sebelum ni wani sangat suka makan pizza kat Pizza Hut. sebab dah biasa kan dengan Pizza Hut. bila tengok tv pun asyik keluar iklan dia je . then , telinga wani dah selalu dengar nombor telefon Pizza Hut ,1 300 88 2525 . cuba korang sebut no telefon tu in English , last 4 nombor tu sounds like tupai tupai :DD

next , wani bertukar pada Domino's sebab abang wani belanja :P masa tu terus fall in love dengan Domino's Pizza . hamikk ! sampai jatuh cinta dengan makanan. tak kisah la , sebab makanan takde perasaan pun :D rasa pizza kat Domino's sangat Daebakk okay ! even tak panas , tak liat macam pizza hut . ni pendapat wani je la ye . tekak kita semua berbeza beza kan ? 

Domino's ni lebih kepada delivery . dia akan deliver dalam masa 30 min . kalau tak sampai dalam masa 30 min tu , pizza tu korang akan dapat percuma . nahh ! seronok tak service dorang ?

wani bukan bias pada mana mana pizza , bab makan wani tak pernah tolak tepi :D bagi je la apa pun , wani ngap je . 

then yang best nye , Domino's ni selalu je bagi kupon yang menjimatkan . tak percaya ? try beli pizza bawa balik , atas kotak tu wajib ada kupon untuk next purchase . untung tak kita as customer ?

wani just share pendapat , bukan nak condemned mana mana company. chill bebeh ! :D 

korang boleh g laman web both of this company : 


HAPPY BIRTHDAY DEAR :))

Sunday, February 12, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

hari ni wani nak wish 3 orang sekali artis korea ni , kebetulan birthday dorang ni berderet deret , so wani buat satu entry je la . nanti korang boring pulak dengan entry yang berbau kpop je kan ? tak pasal pasal korang boring nak masuk blog wani :D 

okay , nak wish  :

Happy Birthday to Siwon[SJ] Oppa,Changsung[2PM] Oppa and Donghyun[Boyfriend] Oppa :)

may God bless all of you .

have good healthy , and life .
may all your wish come true :)

fighting ! 
saranghae :D


Image of Super Junior : Full of beautiful gesture


2PM's Maknae : Greedy with food :D
   
Boyfriend's Leader : Fashion Icon    
p/s : segala image dikredit pada abang Google :D 


2 PERKARA TAK BOLEH DEKAT MASA PMR !

Wednesday, February 8, 2012

hey bloggie :) Assalamualaikum


wani kena update entry ni laju laju. sebab esemen wani tak siap lagi . huwaa ! tension :( susah tau dapat lecturer yang super kreatif , nak kena buat video bagai.


emm , straight to highway je la ehh ? wani rasa nak kongsi benda ni since tahun ni sepupu wani ada ambil PMR .


actually , bukan 2 perkara , tapi 2 benda ! yang ni wani amalkan masa nak ambil PMR dlu .


1.Telefon Bimbit


ni benda yang memang remaja remaja sekarang ada . tak kira la sekolah rendah atau sekolah menengah . smartphone lagi ! kalah bebudak universiti . bebudak universiti pun pakai phone yang cikai cikai je weyh!


hah , konon konon alat perhubungan dengan keluarga , padahal nak contact ngan bf/gf . maklumlah masa level level PMR ni hotsetapp noks  ! .


masa wani dulu , wani boleh pegang phone setiap 2 kali seminggu je tau ! then , camno den nak contact bf den masa tu ? tak ke susah ? hah , tapi nasib baik la bf satu tempat tusiyen. boleh la jumpa kan :P


2. Internet


hah , yang ni lagi la boleh pengaruh bebudak PMR. tak caya ? tengok je orang orang yang dekat dengan korang. konfem gila dengan internet , lagi lagi zaman muka buku. kalau tak online muka buka rasa macam hilang nyawa je .


naseb la masa wani dulu , facebook baru nak top . sebab zaman wani PMR , myspace paling top. 


nak tau kenapa adik adik sekalian kena elak 2 benda ni ? sebab saya pernah buat ye adik adik . alhamdulillah , straight As :)) tak salah pun kalau nak guna dua benda ni , cuma adik adik perlu bijak menguruskan hidup adik adik .


p/s : Goodlock for those yang nak amik PMR tahun ni :))

HERE I COME WITH NEW LAYOUT OF BLOG ;))

Monday, February 6, 2012

hey bloggie :) Assalamualaikum .


hai korang ! dah lama kan wani tak update blog ni ? wani tak hilang pergi mana2 tau , cume wani private blog ni untuk construct sikit . so , thats the result ! 


dengan header yang kpop nak mati , layout yang ala ala perempuan melayu terakhir , dan susunan widget yang kemas ala ala perpustakaan Tun Dr Ismail. kira macam lepas ni bajet tak nak hupdate dahh blog ni .




okayh , kesempatan ni wani nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam di seluruh dunia :) Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad , nabi junjugan kita :)


p/s : tunggu next entry wani okay ? then , wani akan cepat2 terjah blog korang :))