TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

Tuesday, February 8, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni wani nak kongsi penjagaan muka yang betul. aha,kulit muka wani pun tak la licin mana. biasa biasa je. tak cantik pun. ^.^

mungkin dah ramai tau tips penjagaan muka ni . apa yang wani nak cerita ni semua asas. tapi yang asas ni kalau u'ollss tak ikut, kulit muka akan ada masalah. even u'olls tak guna pencuci muka pun , akan ada masalah. terpulang pada u'ollss la nak ikut tips ni atau tak. ^.^

pertama sekali , pencuci muka. pencuci muka ni kena la sesuai dengan kulit u'ollss. kulit berminyak ke , kering ke atau normal. pencuci muka ni menghilangkan segala kotoran muka. guna sekurang-kurangnya 2 kali sehari ; pagi dan malam.

kedua ; skrub muka. skrub ni guna 2-3 kali je. skrub ni boleh membuang sel kulit mati dan kotoran serta boleh mencerahkan kulit u'olls.

ketiga ; penyegar. guna selepas u'olls cuci muka dengan pencuci muka atau skrub. penyegar ni mampu mengetatkan pori-pori kat muka kita.

keempat ; serum. serum ni boleh meresap jauh dalam kulit muka kita. serum ni boleh mencerahkan kulit dan menegangkan kulit. macam kedut-kedut kat sekitar mata.

kelima ; krim kontur mata. krim ni khas untuk bahagian mata sebab bahagian mata sangat sensitif. krim ni boleh mengurangkan lebam bawah mata .

keenam ; krim pelembap siang/malam. krim pelembap siang ni pastikan ada SPF 15. sebab krim ni ada pelindung UV dan boleh kurangkan kulit gelap.
krim pelembap malam pula untuk membantu baiki kerosakan pada kulit muka masa kita tidur.

lepas tu , u'ollss yang nak bermakeup, boleh la pakai foundation dan sewaktu dengannya.
tu je la yang dapat wani kongsi. follow the steps yeah dear kalau nak kulit kita sentiasa dilindungi :) ulang penggunaan setiap hari.

selamat mencuba ye .

luaran dah cantik , dalaman kena cantik juga tau ! ^,^

p/s : semangat bila dapat set penjagaan kulit Safi Perfect 10 .

4 comments:

  1. pttla muka cantik, rajin yer kamu jg kecantikan..mish u adik!

    ReplyDelete
  2. saya nak kulit cantik tapi malas nak jaga.
    kekeke
    mesti tuan blog muka suci tanpa jerawat un

    ReplyDelete
  3. @MarelFirahishh ! tak la cantik mana kak :P wani bese2 je , kulit wani tak licin pun :P

    ReplyDelete
  4. @She's retarded ohoho ! tak suci tanpa jerawat sayang , ade je jerawat . hoho

    ReplyDelete

comment as you pleased. thank you ;)