PENGHUJUNG 2012

Saturday, December 29, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

uhuk uhuk ~ dah lama NS tak berblog ~ bila jari tak pegang keyboard,ada je idea yang nak ditaip. tapi bila dah mengadap keyboard idea tu automatik hilang,lari dan tak tau pergi mana . penat mengerah tapi still sama.

lagi beberapa hari je nak melangkah ke 2013. hmm , bila dah dekat dekat 2013 ni , soalan tentang azam kerap disoal.
apa azam 2013 ni ?

hmm , but for me , what your determination for 2013 is not too important. tapi azam tahun 2012 ni dah sempurna ke belum ? bila tengok pada check list , banyak lagi perkara yang belum disempurnakan . padahal 365 hari tu sangat lama. tapi atas desakan nafsu yang MALAS nak sempurnakan segala wishlist tu. maka tergendalalah segala hajat dihati. hahah. sebab ikutkan sangat perasaan tu :D


hew ~ apa pun , kedatangan tahun baru masihi ni akan lebih diberkati ;)
gambar ni takde kene mengena . sekian


p/s : no more kpop haters please :)) 

HAPPY BIRTHDAY TK ♥ C-CLOWN

Thursday, December 20, 2012

hello bloggie ;) Assalamualaikum.



hehee ~~ hari ini NS nak post pasal kpop lagi. wahh annoying baca NS punye entri. asyik kpop je kn :D

happy oh happy birthday TK ♨♥ may your dreams come true :) i believe all Crown pray for your healthy _(≥▽≤)/ is it true Crown ? hehe.

okay,TK ni dari group C-Clown. rapper dan muda lagi dari NS :P nak tau pasal TK ? google sendighi.kihkih

hopefully this day make you more cheer ~ love ya ! ※

posted from Bloggeroid

HAPPY BIRTHDAY JUNHYUNG #24thaYONGJOKERsDAY

Wednesday, December 19, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum



Disember 19~ Happy Birthday to Junhyung Oppa. may ur wish comes true ♥ and hopefully suucess in your life. weee~~

alright ! Junhyung is from Beast/B2ST group. hes a rapper for this group. wanna know him?~~ google it okay ? 갈개

posted from Bloggeroid

HAPPY BIRTHDAY JAEJIN 채친 FT ISLAND

Monday, December 17, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum



post simple.~~

Happy Birthday Jaejin ♥ May God bless you & hopefully your wish come true. have a blast (^_^)

Jaejin ni dari group FT Island. baby faced dalam group ni. lahir tahun 1991. wanna know about him? just google. _(≥▽≤)/
찰가야

posted from Bloggeroid

REVIEW KDRAMA : FLOWER BOY RAMYUN SHOP ( 꽃미남 라면가게)

Saturday, December 15, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

heww ~ dah lama rasenye NS tak berblog kan ? banyak benda nak blog, cuma tak berkesempatan nak hupdate ! 

hmm , hari ni NS baru je habis tengok satu KDrama ni. not so bad :D suka sangat jalan cerita + hero hero dia best sangat.

tergerak hati nak tengok cerita ni sebab ada Jung Il Woo :) NS tak familiar pun dengan lakonan dia. kira drama ni drama first lakonan dari Jung Il Woo yang NS tengok. 


Drama : Flower Boy Ramyun Shop /  꽃미남 라면가게 / Kkotminam Ramyeongage
Episode : 16 Ep
Genre : Romantic Comedy
Sinopsis : mengisahkan Yang Eun Bi (Lee Chung Ah) sebagai seorang mahasiswi di sebuah universiti dan bercita-cita menjadi guru sekolah menengah. cerita menjadi lebih menarik bila Yang Eun Bi accidentally terjumpa Cha Chi Soo (Jung Il Woo) anak orang kaya yang sangat berpengaruh dan mempunyai syarikat yang paling besar di Korea Selatan. Eun Bi ni ada ayah yang mengusahakan sebuah kedai ramen. hubungan Eun Bi dengan ayahnya tak berapa baik atau dingin la senang cerita. Eunbi diterima jadi guru praktikal dekat sekolah kepunyaan family Chi Soo. lepas diterima tu , banyak la insiden kelakar yang korang sendiri kena tengok. :P bila ayah Eunbi meninggal, Eunbi sedih sangat + menyesal sebab tak ambil berat pasal ayah dia. sebelum ayah dia meninggal , ayah dia ada sampaikan wasiat pada seorang lelaki - chef dari Jepun iaitu Kang Hyuk (Lee Ki Woo). dalam wasiat tu , dia nak Kang Hyuk berkahwin dengan Eunbi tanpa persetujuan Eunbi + usahakan kedai ramen tu.masa Eunbi sekolah menengah, dia boleh dikatakan kak long gangster la. dan dia mempunyai adik angkat (?) nama Kim Ba Wool (Park Min Woo).

lepas beberapa insiden berlaku pada Chi Soo + Eunbi , Chi Soo ni baru tau yang dia tertarik pada Eunbi . cuma dia blur pasal cinta. Chi Soo ni ada kawan yang dia sangat rapat iaitu Woo Hyun Woo (Jo Yoon Wo). lepas Eunbi kena buang dari jadi guru praktikal, dia decide nak usahakan kedai ramen tinggalan ayah dia bersama Kang Hyuk dalam keadaan paksa rela. lepas ade la scene2 yang kelakar + sangat geli hati . 4 hero ni sama-sama usahakan kedai ramen ^_^

lepas tengok episode 10 dan ke atas , baru dapat tau Chi Soo ni adik kepada Kang Hyuk. dorang ni lain ayah , sama emak. actually cerita ni ada part sedih , tapi Chi Soo suka spoilkan mood sedih tu. ~~ tapi ada la part part yang betul betul sedih. lagi lagi Kang Hyuk sacrifice cinta dia untuk adik dia + bila Kang Hyuk nak pergi dari kedai tu. T_T 

korang tengok sendiri & nilai okay :) 

fyi , if korang tengok cerita ni , korang boleh tahu perangai sebenar Jung Il Woo. NS ada terbaca satu artikel  yang mengatakan watak dalam drama ni adalah watak sebenar Jung Il Woo. but not 100% tau ;)

*watak Kang Hyuk sangat super cool

p/s : cerita ni ditayangkan masa tahun 2011 :) 

REVIEW MAKE UP REMOVER MANDOM BEAUTY PRODUCT

Saturday, November 24, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum 

ouhh , dah cuti sekolah sekarang ni. ada pelan untuk bercuti ? NS dah lama tak holiday dengan family. nak nak lagi semua family NS dah kerja. hewhew ~~ dan bulan ni dan bulan depan akan banyak la undangan ke majlis perkahwinan. kepada anda yang bakal menjadi pengantin, semoga semuanya berjalan dengan lancar ye,InsyaAllah.

so , hari ni NS nak buat review tentang satu lagi produk. maybe tak ramai yang familiar dengan produk ni sebab if tengok packaging produk ni, konfem korang tak berminat nak beli dan guna :D sebab ape ? sebab packaging dia dalam bahasa Jepun , memang tak la nak capai botol tu dan terus bayar kan. 

produk kali ni adalah Cleansing Express 3 in 1 Mandom Beauty. produk ni NS beli kat Watson. NS tak sure if produk ni ada jual kat tempat lain. 2 kali pergi Watson baru la tergerak nak beli.

produk ni sesuai untuk semua kulit. tak kisah la kulit berminyak ke , kering ke , normal ke and what so ever. highly recommend sebab NS dah pernah guna dan akan terus guna ;)

Apa yang best tentang produk ni ?

Produk ni 100% bebas minyak dan water-based. dan yang paling penting adalah bebas dari alkohol.

Kenapa  nama dia Cleansing Express 3 in 1 ? 

hah ! ni la yang best nak bagi tau. produk ni boleh buat 3 kerja. sebagai makeup remover , cleansing dan moisturise. tak percaya ?? baca sampai habis ye !

Senang ke nak guna ?

Senang macam kacang hijau bak kata Upin Ipin. NS suggest pada mereka yang sangat suka makeup dan malas nak bersihkan macam NS. hanya sediakan kapas dan Cleansing Express ni. :D 

macam NS , kadang-kadang penat balik dari kerja terus rasa nak tido. takkan nak tido dalam keadaan muka still ada makeup kan ? kang esok pagi bangun cek depan cermin adalah sebiji jerawat. grr ~ tak suke tak suke !

so , Cleansing Express jawapannya. capai kapas , capai Cleansing Express. bersihkan muka sambil baring pun boleh :D hahah, gila punye pemalas budak nih ! 

Macam mana nak guna ?

pam sikit Cleansing Express kat kapas then tekap dengan muka. bersihkan muka dengan perlahan. sebab kulit bahagian muka sedikit sensitif. 

then pam lagi dekat kapas lain . bersihkan macam biasa sampai korang yakin make up dah bersih dari muka korang.

next kapas korang boleh gune as cleansing dan next lagi as moisturiser atau bahasa melayunye pelembap. dan tak perlu dibasuh dengan air. untuk kekalkan kelembapan , tak perlu la korang gune pencuci muka.


Instruction , ingredient & caution

Right for my skin : combination & oily

dah nak habis baru nak review :D

effective ^_^

actually NS guna 3 kapas untuk bersihkan make up. to make sure makeup betul2 hilang :)

emm , pasal harga NS tak ingat la. tapi tak sampai 30 hengget rasanya. korang sendiri boleh tengok kat Watson :) then, Selamat Mencuba :))


p/s : hidup itu umpama menaiki basikal.untuk dapatkan keseimbangan kita perlu sentiasa berkayuh ;)

SEGALANYA RM 5 DI DAISO !

Wednesday, November 21, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hey hey dah lama tak jenguk/blogwalking blog anda anda semua. insyaAllah lepas update entri ni , NS singgah blog anda semua ye :)

so , hari ni nak kongsi dengan korang pasal satu kedai ni. mesti ramai dah tau dan mesti ramai jugak yang tak tau . siapa kat sini pernah pergi atau membeli belah atau menjenguk jenguk ke kedai Daiso ni angkat jari ! hewhew ~~

actually excited lebih nak cerita kat korang sebab NS pernah pergi sekali dan itu lah pertama kali menjejakkan kaki ke sana. wahh ! jejakkan kaki tu . macam naik ke bulan. before ni dengar orang cerita je pasal Daiso ni. banyak barang comel-comel dan bla bla bla. masa tu tak boleh nak bayangkan pun.
Daiso Japan

bila dah pergi , baru rasa macam hebatnya kedai ni  !barang barang kat sana sangat awesome dan sangat murah. quality terjamin ye kalau anda menggunakan dengan betul XD. barang barang dia semua RM5. tapi ada la certain item harga dia lain. tapi sangat berpuas hati ! :)

gam ekspres
siap ada resit tu :D
interdental brush. tak ingat la nama menatang ni
NS pergi hari tu dekat Melaka. masa tu desperate gila nak cari gam express. gam yang korang panggil gam gajah tu kan . sebab tapak kasut NS tercabut pulak masa tu . hewhew ~~ 

dekat kL ni ada , tapi tak sure pulak kat mana Daiso ni ada . korang boleh google sendiri, takpun boleh tengok kat sini

DAISO JAPAN

selamat membeli belah ye ^_^



p/s : jangan lupa doakan keselamatan saudara Islam kita di Gaza ye :)

SUPPLEMENT ; ADA CADANGAN TAK?

Sunday, November 18, 2012

hello bloggie ;) Assalamualaikum .

entri kali ni sangat pendek. just nak tanye pendapat korang pasal supplement. ada sesiapa yang amik supplement tak? err tak faham supplement? maksud NS makanan tambahan macam vitamin tu. ada suggestion which brand yang okayy? if korang ada cadangan,komen kat bawahh ye ;) terima kasih (^_^)

posted from Bloggeroid

FIRST TIME KE THE MINES

Saturday, November 10, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

sejuk sungguh petang ni ! maklumlah , sekarang ni kan musim hujan :) so , kepada anda-anda silalah jaga kesihatan di musim hujan ni. pada mereka yang demam dan sewaktu dengannya , jangan lupa makan ubat ye ? :)

siapa kat sini pernah pergi The Mines ? angkat kaki ! hikhik. actually , NS first time pergi jumaat lepas lepas  dan lepas. NS pergi pun sebab seniors sekolah aka kakak angkat NS ajak hangout before dia balik Mesir. mula-mula plan nak ke mid je , tapi sebab mid tu dah biasa dan membosankan, plan la ke The Mines jauh sikit dari KL. masa tu cuaca macam sekarang , tak menentu. petang je , mesti hujan kan . 

gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 then singgah UIA sebab nak amik sorang lagi member. around pukul 11.30 baru breakfast ! gila pedih perut ambo. before ke The Mines kitorang ke KUIS dulu nak amik barang adik kak Hani. after settle urusan kat sana,solat dan sebagainya,gerak la kami ke sana dengan perasaan hooray.

memandangkan kereta kak Hani takde gps , for sure la sesat. nak tanya NS, NS tak pernah  ke sana. tapi orang kata , malu bertanya sesat jalan. masing masing decide nak tanya orang je . dan selepas berpusing-pusing kat area situ , jumpa jugak bangunan The Mines. 

masuk je The Mines and i act like 'WOW' cantiknya tempat ni ! hikhik. dan kat situ tak la ramai manusia macam kat Mid or Times Square. at first i thought barang kat Mines tu superb mahal. rupanya really affordable . sebab NS ada beli handbag untuk NS and my mum >.< dan before balik kitorang makan hot & roll dulu. yummy ! *actually sebab dah lapar gilos

fyi , tarikan The Mines ni adalah cruise. cruise ni ada macam-macam jenis , sightseeing,splash tour ,etc. kitorang pilih sightseeing. dan sightseeing ni ada dua jenis. satu north lake , satu lagi south lake. mula-mula nak naik yang ke north lake , tapi keadaan hujan lebat dan berbahaya maka tidak dibenarkan. so , kitorang decide south lake sightseeing 20 minit. okay la dari takde. seronok tau  !cume bila keluar dari shopping mall tu , keadaan kat luar dah gelap dan tak banyak lampu. maybe next time pihak pengurusan dorang boleh tambah lampu kasi cantik sikit :P

cakap banyak pun tak gune, kat bawah ni adalah beberapa gambar yang kitorang snap :D maaf kalau terlebih poyo ! :P

Hot & roll best ! my fav ; crispy chocolate banana :)

masa naik cruise ke south lake , korang boleh tengok ikan ni timbul. like he know  visitor come to visit them

white swan ; they came as a couple;sweet !
KUIS's lake
black swan. like the fish, he appear when a cruise come.


senior ; kak Hani & kak Ada

scenery out the The Mines.dark !

arrive to The Mines :)
saya dan my kakak angkat ;) 


my retarded face :P


normal person :D

UIA :)
Nando's pun boleh ^_^

time to eat :DD

last but not least; kak hani , saya & kak ada xD

if ada siapa berminat nak naik cruise , boleh tengok kat sini

MINESCRUISE


REVIEW MOVIE : SINISTER

Friday, November 9, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni NS nak review satu lagi filem yang NS tengok masa Hari Raya Qurban dengan cousin. Filem Sinister. bila dah dapat keluar tu , better enjoy betul betul kan ? >.< adik sedara NS la yang beria nak tengok wayang. so , memandangkan saya kakak saudara yang baik , saya temankan la ye ! :P

Sinister ni filem dari Hollywood which boleh dikategorikan sebagai supernatural horror. segham ! duration cerita ni 110 minit. tak berapa lama sangat tapi terkejut dia macam nak tercabut jantung ! for the first time la tengok cerita horror ni rasa jantung nak terkeluar. 

cerita ni mengisahkan sebuah keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. hanya si suami lakonan Ethan Hawke sebagai Ellison tahu tentang kes pembunuhan di rumah tersebut. kira all the family tak tau. Ellison ni seorang penulis yang sedang mencari sesuatu  untuk dijadikan sebagai bahan penulisan. so,dia ni menyiasat dan mengkaji  setiap pembunuhan yang pelik dengan tujuan membantu keluarga mangsa bunuh dapatkan keadilan.

cerita ni bermula masa dia pindah ke rumah baru tu. masa tengah kemas barang kat loteng dia terjumpa satu kotak yang ditulis innocent home movie. dalam kotak tu siap la projektor, dan beberapa reel Super Footage 8. so, malam tu dia tengok reel yang first. dan masa tu, dia pelik sebab salah seorang ahli keluarga mangsa hilang. 

next day , dia tengok reel yang lain , dan mendapati salah seorang ahli keluarga yang dibunuh akan dihilang.dan yang hilang tu adalah kanak-kanak. then, ada satu reel yang dia tengok, dia nampak bayang-bayang demon dekat kolam renang. start dari tu la , macam perkara yang berlaku pada keluarga si Ellison ni. 

dipendekkan cerita , ada seorang polis ni yang berminat dengan karya Ellison sebelum ni berminat nak tolong dia selesaikan kes pembunuhan tu. dan polis ni pun kenalkan pada Ellison seorang professor yang tau tentang supernatural ni. bila dah keadaan dah makin teruk , baru la si Ellison ni nak pindah keluar dari rumah yang dia baru pindah tu.

if korang nak tau , cara pembunuhan dalam cerita ni sangat kejam ye ! seriau tengok cara bunuh dorang ni. masa dia pindah keluar rumah baru tu , dia terjumpa reel tajuk 'extended home movie'. dan masa tu baru dia tau siapa yang pembunuh. rupa-rupanya ahli keluarga mereka yang hilang yang jadi pembunuh. how the children a murder ? tengok sendiri la ye ? sebab kalau NS cerita sampai habis , for sure korang tak nak tengok. 

bukan tak nak cerita , tapi nak korang rasa sendiri acano NS rasa masa tengok cerita tu  :)

if tak faham sinopsis NS ni , boleh baca kat sini

SINISTER

p/s : Sekarang layan movie Korea Ma Boy ^_^ 

HARI RAYA QURBAN DI KAMPUNG

Saturday, November 3, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Qurban uollz ! :) maaf NS lambat wish.dah kerja ni tak menyempat nak update blog. hewhew~~

masa cuti raya Qurban hari tu cuti lama so , apa yang korang buat selain makan daging korban dan menghayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ? for sure ada yang plan untuk holiday dengan family kan. NS plan nak balik kampung je. since NS dah lama sangat tak balik , NS plan dengan abang NS nak balik kampung.

kebetulan NS punya officemate nak bertunang. alang-alang nak ke majlis pertunangan tu  NS balik la kampung. actually tak la kampung sebab NS balik rumah makcik kat Ayer Keroh. kampung takde orang :( Nenek & atok dah lama meninggal *Al-Fatihah. sebelum gerak balik Melaka , NS singgah kubur atok & nenek sebelah ayah. dah berapa tahun tak pergi kubur atok & nek. kitorang gerak dari kubur atok & nenek dah lama , around 11 pagi. kereta pun dah banyak mengarah ke Lebuhraya Utara Selatan.Seremban jem tu biasa la kan. berhenti kat R & R Nilai. then ternampak vending machine ! ohhh ! sumpahh excited. bukan vending machine yang jual air tin tu. tapi yang jual cup of coffee,milo n etc.

excited dia macam tak pernah jumpa vending machine la .so , dengan kepoyooan NS , NS beli jugak kat vending machine. NS beli milo ais. harga okay la . RM1.30. sekali sekala  takpe , tapi kalau setiap kali kat R & R nak beli , gedik namanya :P 

sampai Melaka , ingat nak terus rehat je , tapi sepupu semua ajak ke kampung , melawat makcik dan pakcik.

habis melawat satu kampung , sepupu NS decide nak berjalan ke AEON. memandangkan masa raya Aidilfitri tu , NS tak jumpa 2 sepupu NS tu , so join jugak la konvoi 'beraya' kat AEON dengan berbaju kurung. tujuan utama ke sana sebab nak beli barang baby :) sepupu wani tu bakal menyambut baby first bulan 12 nanti. so , kami makcik makcik yang excited gila ni sponsor la barang2 baby. and masa tu la nak explore barang barang baby untuk diri sendiri . eh =.= 

before balik , sempat la pekena Chatime. first time rasa , not so bad la . rasa dan tekstur sama macam Cool Blog, cuma Chatime ni mahal + banyak pearl/bubble :) yummy ! and thanks pada cousin cousin yang belanja makan ^_^


hewhew X_X~~ penat nak taip entri kali ni :\




SMART PERFUME COLLECTION

Friday, October 26, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

ni sticky entry ye cik adik dan cik abang :) fyi , kat tangan NS ada collection of perfume dari Dubai tapi limited , setiap satu brand ade satu SAHAJA.

perfume ni 99% sama macam PERFUME ORIGINAL yang dijual di shopping mall. NS recommend perfume ni pada mereka yang teringin nak pakai perfume branded , tapi tak mampu . kira takde bajet la kan.

ade la beberapa reason kenapa SPC ni korang perlu ada. antaranya ;

Kurang budget untuk beli yang original

Penggemar perfume dan selalu bertukar2 jenis perfume mengikut majlis
Sentiasa sembur perfume dalam kuantiti yang banyak
Selalu membawa perfume kemana-mana (Perfume Pocket)
Hadiah kepada rakan2 dan orang tersayang
100% dijamin berpuas hati dengan harga yang bukan berpatutan lagi tetapi SANGAT MURAH
Bau 99% seperti bau asli
Tahan dari 5 hingga 8 jam berada di dalam aircond dan suhu bilik (Original tahan lebih kurang 8-10 jam). Ketahanan bau perfume sebenarnya bergantung kepada suhu badan oleh itu, pemakaian individu adalah berbeza.
Kualiti Triple Grade AAA.

memandangkan NS masih baru dalam dunia perfume ni , NS letak harga yang sangat berpatutan untuk setiap 18ml botol. Harga yang NS letak RM 25 sebotol tak termasuk postage. TAPI if korang beli lebih dari satu , dapat la murah lagi ^_^

collection yang ada kat NS :
BOSS Hugo Boss
212 VIP CAROLINA HERRERA
DAVIDOFF Cool Water
Chance Chanel
Paco Rabanne Black XS - ada 2 botol
Bvlgari
The Beat Burberry
Fendi Life Essence
Burberry Brit
Bvlgari Aqva
Armani Code Black Giorgio Armani
Acqua di Gio Giorgio Amani
Armani Code Blue Giorgio Armani
212 Sexy Men Carolina Herrera
Weekend Burberry












semua perfume ni adalah EDF which is lebih concentrate dari EDT :) dan perfume ni perfume spray.

minat tak nak beli ? boleh email atau PM NS kat facebook

nsyzwni[at]gmail[dot]comFacebook

REVIEW FILEM HOUSE AT THE END OF THE STREET

Thursday, October 25, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

hari ni NS nak buat review pasal satu movie yang NS tengok masa keluar dengan ex-primary school hari tu. NS dah janji kan ? so , NS buat review sikit la ye. not sure if filem ni still main dengan panggung wayang. 

House At The End of The Street (HATETS) ni adalah cerita horror-thriller. bukan lah cerita hantu macam kat Malaysia ni. fyi,cerita horror-thriller dari Hollywood ni lebih kepada pembunuhan, saspens dan sebangsa dengannya.

HATETS ni mengisahkan seorang ibu;Sarah dan anak perempuan;Elissa yang baru berpindah ke sebuah bandar kecil. kebetulan dorang ni berjiran dengan sebuah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Landlord bagi tau pada Sarah yang rumah jiran dorang tu memang takde orang duduk. tapi setiap kali pukul 3 pagi , lampu rumah tu terbukak. konfem la si Sarah pelik kan sebab landlord cakap takde sape2 duduk rumah tu. so masa gathering neighborhood , dorang bercerita la pasal rumah tu.si Elissa ni kira berani la. sebab teringin nak tau cerita sebenar, banyak la benda dia tanya pada jiran yg lain pasal rumah tu.

dipendekkan cerita , anak jiran dia ni ada buat parti. tapi korang faham faham je la parti dorang camne kan. kira ada 18sx. then, si Elisa yang konon konon tak minat dengan parti macam tu , terus blah dari situ. masa dia nak balik , tetiba hujan dan ditemani pokok-pokok besar yang berkemungkinan besar akan ada saspens kat situ. kebetulan Ryan;anak lelaki kepada rumah berhantu kebetulan lalu nak tumpangkan si Elisa ni . mula-mula tak nak , tapi dah hujan lebat nak tak nak naik la. dari situ la dia kenal Ryan dan dia tau cerita sebenar.

dipendekkan cerita lagi , si Elisa ni ada competition band kat universiti dan dia ajak Ryan sekali. masa Ryan datang, bebudak universiti tu tak suka , so dorang belasah la si Ryan. untuk pertahankan diri , Ryan geram . so dia patahkan kaki sorang budak universiti. 

hah , pasal kes pembunuhan tu , sebelum ni kecoh adik Ryan; Carrie Anne yang bunuh ayah dan emaknya. semua orang percaya la cerita tu. tapi sebenarnye adik Ryan dah mati masa kecik lagi disebabkan Ryan. so , Carrie Anne yang ada dengan si Ryan adalah perempuan lain yang dipaksa oleh Ryan untuk jadi adik dia. sebelum ni si Carrie Anne pernah lari dari rumah untuk minta bantuan selamatkan diri dia. tapi tak tercapai sebab si Ryan ni lagi pantas. sebelum NS lupe , untuk jadikan perempuan tu jadi Carrie Anne , si Ryan suntik perempuan tu dengan drug yang boleh buat perempuan tu sakit la . 

lepas si Ryan patahkan kaki budak universiti , dia terus hilangkan diri. so , Elisa a.k.a girlpreng dia pergi la cari sampai ke rumah si Ryan. so , dari situ dia dapat tau selama ni dia ditipu oleh Ryan.  kat situ la terbongkar rahsia sebenar yang si Ryan ni ada sakit mental. dan rumors yang mengatakan ayah dan emak Ryan dibunuh oleh Carrie Anne adalah direka oleh Ryan. yang bunuh family dia adalah dia sendiri.

hah , panjangkan ? actually cerita dia quite complicated. tak tau nak summarize macam mana. dari lima bintang NS bagi 4 bintang la :)


adik adik yang dibawah 18 tahun tak digalakkan tengok ye :)
 p/s : blog guwa dah cantikk :P

THRILLER DAN SHOPPING

Saturday, October 20, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

sabtu lepas which 13/10 NS keluar dengan ex sekolah rendah NS. plan pun last minute sebab tak tau nak pergi mana area KL. and the last choice is Midvalley. keluar pun sebab nak pergi tengok movie.


NS pergi bertiga je;NS, Fathiah,n Yuhana. actually ade sorang lagi kawan yang kitorang ajak join , tapi tak sihat pulak . 


so , sabtu kul 9.30 pagi dah gerak dari rumah menuju ke ktm. Even NS n Fathiah ada lesen , tapi tak berani bawak kete , acano ? hihih . naik ktm la jawabnya. tapi okay la tu kan ? 


sampai je Mid , terus pergi beli tiket wayang. masa mula-mula plan , Fathiah nak tengok cerita Resident Evil , tapi NS tak minat sangat. then decide nak tengok cerita hantu la kononnya. dorang okay NS pun okay. beli lah tiketnya; House the end of street. lebih kurang macam tu la . fyi , cerita tu bukan la cerita hantu. tapi cerita thriller. means bunuh-bunuh. NS akan cerita pasal movie tu next entri ye !


before kitorang keluar rumah,masing masing tak breakfast lagi , kelaparan la masa dalam wayang tu. tapi kitorang alas perut dengan popcorn + soft drink ! how could breakfast with soft drink ? memang sakit perut la , lagi lagi minum coke.


lepas je habis tengok wayang, kitorang terus cari tempat nak makan. tekak terasa nak makan spageti tapi tak jumpa pulak kedai NS pernah pergi sebelum ni. masa kitorang pergi tu memang waktu lunch , for sure penuh. memandangkan masing-masing nak makan nasi , kitorang pergi The Chicken Rice Shop. 


belek-belek menu , tak tau nak makan apa. Cik Fathiah decide nak amik set je untuk save. just tambah 1 nasi & air. tapi sayang , even bertiga , makanan still tak habis. hewhew ~ habis makan kitorang plan nak singgah jalan tar sekejap. kebetulan minggu tu setiap petang hujan, pasar malam kat jalan tar tu tak banyak yang bukak. yang nak mencari barangnya NS , tapi dioarang pulak yang banyak shopping kat jalan tar. hhihih . 


okay dah , tu je nak story. nanti NS buat review pasal cerita House At The End Of The Street :) ada la beberapa gambar yang NS snap. biasalah perempuan kalau keluar , itu perkara wajibnya :P






thanks babes ! :)

BLOGSHOP OH BLOGSHOP !

Thursday, October 18, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

dah lama NS tak update entri. disebabkan kabel telefon kena curi , terpaksa la berpuasa dari online kan ? siapa yang pernah mengalami situasi NS ni mesti faham . 

okay , hari ni NS nak buat satu announcement pasal blogshop . ^_^ tak ramai yang tau NS ada blogshop sebab NS jarang update pasal blogshop. 

so now , NS nak bagi tau pasal blogshop NS . blogshop NS tu mostly jual barang barang perempuan macam accessories ; gelang , rantai , cincin ,etc. insyaAllah wedges/heels/bag dan sebangsa dengannya akan menyusul selepas ni :)

malas nak cerita panjang panjang . korang boleh singgah blogshop NS dekat sini
 ---->> Paradis Tesoris  (Blogshop)

actually blog tu ade page kat facebook , tapi nama dia lain pulak. maaf ye , if tak keberatan , boleh like page tu dan segala stuff ade kat situ
---->> MiyaSya Blogshop (Facebook Page)

okay, tu je nak announce :P

p/s : sori kalau blogshop tu tak cantik , sebab still under construction

HARI PEMBENTANGAN PRAKTIKAL !

Saturday, September 29, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum 

hah , nampak tak tajuk tu ? classy gila kan ? hahha ^_^ maaf sebab dah lama tak update anything about my personal life. asyik update pasal kpop je kan ?

okay ! right now , i'll announce this this seconds , i'm officially finished my diploma ! weehuu ~ Alhamdulillah.

sepatutnya NS dah habis , tapi disebabkan NS belajar main main , ada paper repeat lagi , terpaksalah up 1 sem. adik adik jangan tiru perangai saya okay ? :D

ahad;23 September 2012 , NS dah gerak balik kampus untuk prepare presentation. gerak awal sebab nak discuss apa yang perlu ada dalam final report . plan balik bertiga , tapi sebab ada hal , NS n Jehan je yang balik. 

bila dah balik sana , jumpa kawan kawan lain . asyik postpone je la report nye . sebab banyak buat kerja lain. and then , tak cukup tidur tu perkara biasa pada individu yang bergelar student. sebab buat kerja last minute. xD

tiba hari presentation , Allah je tau betapa nervous nye batch NS. maklumlah , last semester . risau tak lulus atau kena repeat. Alhamdulillah. batch kami semua pass with flying colours :) cuma report tu perlu diperbetulkan :)

let see what happened on that day. all pictures credit to Adzhar Kahar ^_^

my turn ^_^ quite nervous 

last check before present !

Hafiz; my fellow 

Akma's present. video corporate

boys over flower . opps ! XD

p/s : terkilan pulak tak dapat pergi concert B1A4 & A Pink