Showing posts with label campus life. Show all posts
Showing posts with label campus life. Show all posts

SOLAT SUNAT PENGUBAT RINDU

Saturday, June 22, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

cakk ! heww ~ dah lama NS tinggalkan blog ni. well well well, lumrah orang tengah belajar kan , memang la sibuk memanjang. 

ouh hah , start 26 Jun ni NS ada paper final. huu ~ cuak ni. sebab rasa cam tak cukup masa nak belajar , nak revise , nak buat past sem dan macam-macam lagi la. masa tu suntuk sangat rasanya. btw, doakan NS boleh jawab dalam final exam nanti tau !

okayy ! masa tengah stress ni la NS rasa rindu kat orang. biasalah kan , masa tengah tension ni kita perlukan orang bagi semangat. tak ke mengada namanya? heheh. never mind. then mencari la how to mengubat rindu kat google. jumpa la satu blog cerita pasal 'solat sunat pengubat rindu'. mesti korang pelik kan nak kena solat sunat bagai, kenapa tak cakap je kat orang tu kita rindu dia. kan kan ?

meyh sini NS bagi tau. bila kita rindu kat ibu bapa , adik beradik , kawan-kawan rapat kita boleh telefon , whatsapp , viber, wechat , text dan sebagainya. but kat sini NS nak fokus rindu pada orang yang tak halal untuk kita. maksudnya, pada berlainan jantina yang takde ikatan yang sah. faham kan ? ;)

melalui pembacaan NS , bila kita rindukan si dia, hendaklah berwuduk lalu menunaikan solat. contohnya , antara isyak dan solat subuh . let say korang rindu kan seseorang masa tengah malam (waktu ni selalunye terlebih feeling). tapi korang dah solat isyak, nak tunggu solat yang wajib tu lama lagi kan ? hehe so , solat sunat adalah terbaik. tak kisah la solat sunat apa , asal sesuai dengan waktunya. :) 

perasaan rindu itu datang dari Allah. sebaik-baiknya kita menjadikan Allah sebagai perantara kita dengan dia. InsyaAllah diberkati :)

kat sini NS sertakan sekali doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha
Ya Allah , sampaikan salam rinduku kepada......(nama penuh orang tersebut),sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin
NS sertakan sekali doa pendekat jodoh :)


p/s : Perasaan itu datang dari Allah. Berdoalah selagi mampu :)

Semoga perasaan rindu ini mendekatkan kita dengan Allah. 

KOMPLEKS PKNS > SACC MALL > PLAZA ALAM SENTRAL

Sunday, March 24, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum.

wahh dah lama rasanya NS tak berblogging. assignment dan projek dah melangit macam bangunan KLCC, kelab & persatuan menanti dengan pelbagai aktiviti , kolej pun tak kurang hebat dengan macam macam event. sukan kolej la, kelab under kolej lagi. phew phew ~ rasa sesak nafas bila kenangkan banyak sangat aktiviti sampai tak sempat nak buat revision ! ~~

nampak tak banyak alasan tak nak revision ? kihkih. tapi memang betul pun belum berkesempatan nak ke buat revision mana mana subjek :\

stress stress pun still ada masa nak berjalan. dah jadi orang bandar ni kena lah melihat tempat orang. so,Jumaat hari tu berkesempatan la ke bandar Shah Alam dengan sahabat NS. kebetulan dia nak betulkan henpon Blackberry. katanya nak upgrade OS. something macam tu.

bermula dari kul 10.30 lepas habis kelas Fundamental Of Information System terus tunggu kat perhentian bas depan fakulti. first time keluar ke bandar naik bas ni , main redah je ! :P bajet bajet nak g seksyen 14. tapi macam jauh sangat. so , NS cakap kat member kita pergi kompleks PKNS je. mana tau kat situ ada maxis center.

pusing pusing kat PKNS tu tak jumpa pape, then keluar dari PKNS nampak la SACC Mall. tak pernah tau pun SACC dekat situ je. masa nak seberang jalan pergi SACC nampak pulak Plaza Alam Sentral. dekat dekat je rupanya. XD

NS tak ingat ape nama noodle ni . tapi sangat sedap ! :)
masa sampai tu kitorang dah lapar sebab masing masing tak sempat nak breakfast kat bilik. maklumlah kelas awal pagi. decide makan kat Noodle Station. masa masuk tu tak berapa ramai. mungkin belum waktu lunch. not bad la makanan dia . highly recommend ! :) try la !

ni member NS punya makanan ;  Kuew Teaw Goreng :)


sepanjang ke tiga tempat tu takde apa yang menarik pada pandagan NS ye ! banyak je baju baju yang dijual. tapi NS tak tertarik. mungkin itu bukan tujuan NS. so, nafsu nak berbelanja kat sana takde :D 

btw , sesiapa yang tak pernah pergi bolehlah pergi. baju kurung & pakaian wanita sangat banyak dan cantik ! :)

p/s : rasa canggung bila dah lama tak berblog ! :(


UJIAN BELAJAR

Monday, March 11, 2013

hello bloggie ;) Assalamualaikum

weehuu~~hari ni dah masuk minggu kedua NS kat sini. sekejap je rasa.  bila dh masuk minggu kedua ni kelas pun dah start belajar. kira dah busy la dengan assingment untuk setiap subjek,projek yang menimbun dan sebagainya.

waktu minggu pertama NS dah rasa berat sangt nak study kat Shah Alam ni. Almaklumlah kawasan yng sangat luas,kelas yang jauh,matahari terik dan macam macam dugaan lagi la kalau nak dibandingkan masa belajar kat cawangan Segamat dulu.

tapi berbekalkan semangat nak dapatkan ijazah kelas pertaman NS tutup mata je.  kawan kawan dari Segamat pun ramai. bila tengok dorang berlumba lumba study,naiklah semangat tu.

orang ada cakap jugak,bila nak lakukan sesuatu tu ingat family. kan? hmm,even NS punya tempat belajar ni dekat dengan rumah,NS rasa asing bila belajar kat tengah tengah bandar.  suasana yang sangat berbeza !

waktu belajar ni mana ada yang senang kan? so nak tak nak kena la berkorban jiwa dan raga.  orait guys,entri ni mcam meluahkan kesedihan plak kan? yup yup. NS tengah sedih gak ni sebab still tak dapat adapt suasana kat sini. doakan yang terbaik untuk NS yea?

p/s: tidak ada manusia boleh lari dari ujian Allah ^^

HAI SHAH ALAM ! ;)

Monday, March 4, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

hewww ~ finally dapat jugak sambung degree :) Alhamdulillah. well, minggu pertama degree agak kelam kabut dengan pendaftaran kolej , pendaftaran kursus, program itu, program ini and so on. untuk intake kali ni tak berapa ramai. around 700 je rasanya. lebih kurang tu la. memandangkan batch kali ni tak ramai untuk kursus NS, konfemlah kena ingat sorang-sorang kan ? kate satu kelas je. XD


sepanjang sehari ni agak penat sebab menunggu giliran untuk daftar pelajar baru . ehhem ehhem , i pelajar baru okay ! :D ye ! even yang nak mendaftar tu dah besar tapi still macam budak tadika. berebut , bertolak-tolakan =.=

untuk entri kali ni NS tak rasa boleh taip panjang panjang. takde idea la + banyak lagi benda nak buat . but for next entry , NS akan update lagi ye . okay daa ~~

p/s : semoga penduduk di Lahad Datu selamat sejahtera. Ameen ~

HARI PEMBENTANGAN PRAKTIKAL !

Saturday, September 29, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum 

hah , nampak tak tajuk tu ? classy gila kan ? hahha ^_^ maaf sebab dah lama tak update anything about my personal life. asyik update pasal kpop je kan ?

okay ! right now , i'll announce this this seconds , i'm officially finished my diploma ! weehuu ~ Alhamdulillah.

sepatutnya NS dah habis , tapi disebabkan NS belajar main main , ada paper repeat lagi , terpaksalah up 1 sem. adik adik jangan tiru perangai saya okay ? :D

ahad;23 September 2012 , NS dah gerak balik kampus untuk prepare presentation. gerak awal sebab nak discuss apa yang perlu ada dalam final report . plan balik bertiga , tapi sebab ada hal , NS n Jehan je yang balik. 

bila dah balik sana , jumpa kawan kawan lain . asyik postpone je la report nye . sebab banyak buat kerja lain. and then , tak cukup tidur tu perkara biasa pada individu yang bergelar student. sebab buat kerja last minute. xD

tiba hari presentation , Allah je tau betapa nervous nye batch NS. maklumlah , last semester . risau tak lulus atau kena repeat. Alhamdulillah. batch kami semua pass with flying colours :) cuma report tu perlu diperbetulkan :)

let see what happened on that day. all pictures credit to Adzhar Kahar ^_^

my turn ^_^ quite nervous 

last check before present !

Hafiz; my fellow 

Akma's present. video corporate

boys over flower . opps ! XD

p/s : terkilan pulak tak dapat pergi concert B1A4 & A Pink


AKU FIKIR AKU PEREMPUAN JE !~

Monday, March 12, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

hoyeahh ! tinggal lagi dua paper je untuk last semester ni. doakan NS boleh buat yang terbaik tauu ! ~ ^_^ 

NS baru je siapkan satu header .  maklumlah free kan , ramai pulak nak minta tolong buat kan . xD tapi maaf eh ? NS buat simple gila . kalau tak cantik , korang jangan marah NS.

actually NS nak kongsi satu benda. tadi lepas lunch , nak on the way balik ke kolej . ada la satu kereta ni lalu . dalam tu semua lelaki . *asal ingat je , rasa nak pijak perut dorang !~ 

Mamat bengong : awak awak ! kolej SMK kat mana?
NS : (dengan muka blur) kat depan tu , blok warna kuning.
Mamat bengong : yang mana ?
NS : yang sebelah kanan tu .
Mamat bengong : tau dah , saje nak tanya . HAHAH

nampak tak situasi kat sini boleh buat orang bengang ? masa tu nak mencarut . tapi fikir macam tak sopan je . tapi kalau NS jumpa mamat tu , memang NS pijak perut dia . tak kisah la dia besar mana pun . faham tak geramm ? grrr ~

kepada lelaki yang diluar sana , tolong jangan buat ye . perempuan ni sensitif. dibuatnya melalak tengah tengah jalan camno ? pandai2 la nak jawab ehh ? :D NS tak camtu , kalau korang buat , free je kena maki/kena pijak perut . 

even nak menyakat , sila menyakat dengan cara yang bertatasusila.

p/s : kalau aku jahat , aku calar kan kereta kauu !~ HHAHAHA *gelak evil

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA :)

Friday, March 9, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

Salam Jumaat !~ semoga Jumaat kali ni lebih diberkati dari hari sebelumnya. hari ni NS nak kongsi tips sikit .

kita as human being a.k.a manusia tak lari dari dilanda kesedihan,kesusahan,cemas takut dan sewaktu dengannya .

hari tu NS ada terbaca satu buku ni . buku tu ade kongsi satu ayat yang boleh diamalkan oleh setiap orang . NS selalu amalkan :) Alhamdulillah. perasaan cemas dan takut tu hilang serta merta.

pengalaman NS ; masa Isnin hari tu , NS ada presentation . masa tu sangat cuak + gelabah gila sebab Isnin tu presentation terakhir untuk sem terakhir ni. then , NS banyak kan baca ayat ni, Alhamdulillah , semua berjalan lancar.

lagi satu masa test 2 hari tu , NS rasa macam tak boleh buat . tapi masa NS buat soalan soalan tu , NS tak putus putus baca ayat tu . Alhamdulillah , result keluar dapat markah yang tinggi ^^

tapi kalau baca je ayat tu , takde usaha dari anda anda , tak dapat apa jugak. :D ingat ye , kalau korang semua ingat Dia , Dia pun ingat kita. InsyaAllah .

p/s : ayat pendek camni , takkan susah nak hafal kann ? ^^

SUKA-SUKA ATAU BETUL-BETUL ??

Sunday, January 8, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .


cikgu : hari ni saya nak lantik ketua kelas , ade calon ?
a : saya cadangkan Abu cikgu !
b : saya setuju !
c : saya cadangkan Ali !


korang pernah lalu situasi ni kan ? hah , wani nampak korang angguk ! rasa nye setiap tahun perkara ni berlaku , tak kisah la masa sekolah rendah , menengah mahupun kolej/universiti .


so ,if korang mencadangkan seseorang tu , ape kriteria yang korang tengok ? sebab dia kaya ? sebab dia hensem/cun ? atau dia memang layak untuk jadi pemimpin ? wani sendiri tertanya2 benda ni . 


untuk permulaan , kita tak kenal pun sesiapa , then masa tu kita akan cari seseorang yang kita yakin dia mampu untuk memimpin .


masuk tahun seterusnya , kita dah kenal ramai orang dan kita dah form group sendiri atau lebih dikenali sebagai MEMBER. then masa tu bile kita nak cari seorang 'leader' kita akan pastikan orang tu adalah dalam kalangan member kita jugak , betul tak ?


masa tu kita tak fikir pun pasal dia mampu ke tak jadi pemimpin . tujuan asal kita samada nak kenakan orang atau nak gunakan jawatan yg member kita ada untuk kepentingan member. 


wani tak guna term layak tau , sebab bagi wani , semua layak jadi pemimpin , cuma mampu ke tak , kita tak pasti.


apa yang wani post kan hari ni , bukan la nak protes ke ape , tapi kalau dari mula kita dah pilih bulu , no wonder kalau pilihanraya nanti kita buat perkara yang sama.


p/s : sila jadi bijak bila anda memilih pemimpin . **takde kene mengena dengan pilihanraya akan datang .



SEMINGGU TANPA AYAM ! AWWWW

Thursday, September 22, 2011

hello bloggie ;) Assalamualaikum.


kita still dalam mood raya kan ? dan mood untuk makan semakin meluap-luap. that's happened on me ! omyy. tolonglah , wani dah rasa badan semakin naik . tapi bila timbang 1kg je naik. hahah. you see what this girl merepek bila diri sendiri kurus tapi cakap gemuk. 


gambar hiasan . sumber : google.com
terasa gemuk bila ramai sangat cakap saya gemuk . actually tak boleh terima pun bila orang cakap tentang kenyataan yang harus saya terima bahawa saya sudah berisi . huhu.


it just wani tengah 'puasa' dari makan ayam selama seminggu. heheh . masa bulan puasa tu hari-hari makan ayam. addict dengan ayam goreng kat pasar malam UiTM Segamat. lets see what happen after one week :D


p/s : lagi 3 paper final.



FINAL DAH PANGGIL !

Sunday, September 18, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum.


just short entry ! gudluck untuk anda-anda yang bakal menghadapi final . do your best okayhh ? :)




thats it  ! pray for your success and hwaiting ! 


p/s : see you after 1st of October :)

BILA KITA TERLALU 'SHOW OFF'

Tuesday, August 9, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

Alhamdulillah . hari ni dah masuk hari ke-9 kita umat Islam berpuasa. semoga datangnya bulan Ramadhan ni dapat menambahkan amalan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

hari ni wani nak explain sikit about this behavior. 'Show Off'' dalam bahasa Malaysia menunjuk-nunjuk. sedar tak manusia ni sebenarnya sangat suka menunjuk ?

selama yang wani perhati , ada dua perkara yang akan di'show off' oleh manusia.


1. Material/Stuff

berapa ramai kat sini bila ada barang/gadjet yang baru tak nak show off ? awak tipu kalau takde langsung perasaan tu. wani sendiri kadang-kadang suka jugak nak menunjuk. sebab rasa macam hebat la kann bila dapat tunjuk2 ni.

ahmad : wahh ! kau beli ipad ?
ali : aah la . sekarang kan trend . kau patut beli satu
ahmad : errr........ =.='

hah , conversation macam ni dah biasa rasanya . korang rasa kann , Ahmad tak rasa tercabar ke bila Ali cakap macam tu ? mesti la ada !

seboleh-bolehnya Ahmad nak stuff yang baru macam Ali , tapi mampu tak si Ahmad tu ? belum tentu dia mampu , dan tak mustahil Ahmad akan dapat kan barang/ gadjet tu dengan cara yang tak betul macam mencuri .

nampak tak effect yang wani nak bagi tau bila kita menunjuk ?

2. Perasaan/Manusia

perkara ni general ye . wani tak khusus pada sesuatu individu . certain manusia, bila dah ada gf/bf suka sangat menunjuk . wani tak tau kenapa , mungkin awak seorang je kot yang ada bf/gf.
its not about jealous or what , but its about your attitude and your pride guys !

wani pernah buat macam ni dulu , tapi last-last hampeh ! hikhik >.<

bila kita ada bf/gf , kita rasa macam nak bagi tau satu dunia yang kita ni tengah bahagia dengan bf/gf kita . apa yang korang buat sesama , keluar jalan-jalan , pastu apa lagi ? kira every minute la nak update pasal buah hati korang tu .

tapi korang terfikir tak , kalau sesuatu hubungan tu tak kekal lama . maksud wani , tiba-tiba korang dah takde pape dengan bf/gf , korang tak segan ke apa yang korang dok canang kat blog , kat fb , dan semua laman sosial ?
A : eh , kau tau tak , si JiYeon dah clash dengan Kevin ?
B : biar betul kau ni ?
A : betul la , aku dengar dari Kim. tu lah , dulu suka sangat nak kecoh2 yang kau ada buah hati , kan dah clash. hahha
B : .......

mulut orang beb ! korang boleh tutup ke ? masa tu , korang la manusia paling segan.

nak bercinta boleh , tapi tak perlu nak buat macam tu , cerita sikit-sikit dah la . wani bercerita dari pengalaman wani , terpulanglah korang . keputusan ditangan korang . :)

p/s : selamat berpuasa ye !

BILA PEREMPUAN DAH TERLALU OBSES,

Thursday, July 7, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

tau tak maksud obses ? wani search kat google tak jumpa pulak . kalau ada sesiapa yang tau bagi tau saya ye.

yang wani faham maksud obses menyukai sesuatu melampaui batas. betul ke ? kalau ikut pemahaman wani tu la yang wani faham.

ada sesetengah perempuan akan obses pada sesuatu perkara. contohnya ; obses terhadap kekasih hati. hikhik. kesian orang yang obses kat kekasih hati ni, sebab kekasih hati awak tu belum tentu sehidup semati dengan awak tau . sayang biasa-biasa dah la ye.

wani nak sum up segala ke'obses' an perempuan sekarang ni. agak-agak korang ni obses kat apa ehh ?


1.Warna Pink(Pinkaholic)

sabar la ye . wani tau tak semua perempuan suka warna pink ni . sebab konon-konon nampak gurlish sangat . eceyhh , tak gurlish konon , yang awak pakai wedges/heel pergi jalan-jalan tu tak gurlish ke ?



kebanyakan perempuan cenderung untuk suka warna pink. sebab warna pink ni simbol kepada kelembutan seorang perempuan yang berhati tisu. hikhik.

tapi kalau dah gila sangat dengan warna pink ni pun susah jugak. dari atas sampai bawah awak nak warna pink . handphone pink , baju pink dan segala-gala warna pink . tak pasal-pasal awak dilabelkan perempuan gedik. ehh tak . bukan gedik tapi manja .

kepada awak-awak yang obses kat warna pink ni , tahniah la ye . sebab berani jadi diri sendiri. :)

2. Artis

obses terhadap artis . tak kisah la artis Malaysia atau International. tipu kalau awak tak obses pada artis . takkan awak tak suka tengok Farid Kamil berlakon cerita Lagenda Budak Setan?
takkan awak tak suka tengok Aaron Aziz berlakon dalam dram Nora Elena ? hah . awak tipu. dosa tau tak?

Hyun Seung tu saya punya !

eh japp ! kalau suka takpe la kann ? its a normal things kalau suka kat artis. tapi kalau obses macam mana pulak ? obses kat artis ni memang awak nak jadi macam artis. dari cara pakaian hinggalah cara pertuturan. sanggup berhabis duit semata-mata untuk jadi sejibik macam retiss tu. hikhik.


macam wani la . tengok video B2ST pun nak nangis sebab tak dapat pergi fan meeting . T__T dunia dunia.

3. Shopping

semua perempuan suka shopping . pantang ada sale , tau je kat mana shopping mall buat sale. -.- betapa hebatnya deria perempuan sampai tau kat mana dan segala barang yang tengah sale.



if awak semua nak tau , shopping ni boleh release tension + merabakkan poket awak sekali. perempuan yang kaki shopping ni selagi tak habis pusing shopping mall takkan berhenti .

kepada abang-abang yang ada kekasih hati kaki shopping , bersabar la ye . semoga awak mampu menghadapi karenah kekasih hati awak.

by the way , shopping ni satu kepuasan tau ! kepuasan menghabiskan duit family + kepuasan berjalan sambil membeli-belah .

then banyak lagi la perkara yang boleh buat seseorang obses. tapi nak obses beragak la , sila berpijak di bumi yang nyata.

p/s : dulu suka berangan nak couple dengan korean. :P

ISHKK ! SUSAHNYA NAK MINTA MAAF.

Sunday, July 3, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


"MAAF ! " atau "SORRY" ? mana satu yang korang guna ehh ?? wani rasa mostly akan guna perkataan "SORRY" tu. okay la sekurang-kurangnya ada la perkataan maaf tu . yang tak reti-reti nak minta maaf tu camne ?

benda ni jadi kat semua orang kot . ada orang jenis tak kisah , tapi wani kisahhhh ! huh. aku paling pantang kalau orang tak reti nak sebut perkataan maaf . der , bukan kena pergi kedai Pak Abu untuk bayar perkataan maaf tu . free je kot . hidup tak perlu berlagak ehh ? tak ke mana pun .

kalau pergi pasar malam la paling wani hanginn. ade yang jenis jalan bergroup. kalau tak ganggu orang takpe la , ni mengganggu orang lain . pasar malam tu bukan untuk awak seorang je la . tu satu hal .

ni jalan bergroup , jalan sambil bercakap . mata tu letak kat kepala lutut awak kan ? sebab tu tak nampak orang lain dan menyebabkan perlanggaran. *skema pulak ayat. dah la awak-awak ni tak minta maaf , terus blah je . nasib baik la aku ni bukan jenis nak malukan orang . kalau tak time tu jugak aku dah cari gaduh . even badan aku saiz S , jangan fikir aku takut dengan kau saiz L.

ade lagi yang dah langgar . tak cakap minta maaf . tapi kau pandang tak puas hati. perghh ! sah-sah la kau ni jenis ego tak boleh nak tunduk pada kesalahan sendiri. takyah bajet sangat la mata kau tu cantik . setakat pakai contact lens semua orang boleh .

wani kalau tak puas hati, wani akan terus membebel sampai wani puas hati . nasib baiklah wani ni jenis boleh tolak ansur . sabau je la .

kepada awak-awak sekalian , tak payah la nak perangai gitu . tak dapat apa pun . ape lah salahnya minta maaf . sejuk sikit hati orang yang kena langgar tu kann ? cakap perkataan maaf tu pun bukan boleh buat awak mati . so , fikir-fikir la ehh ?

p/s : time tulis ni tengah emosi . maaf ye awak2 semua.

TIPS : LUPAKAN BEKAS KEKASIH.

Tuesday, June 28, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum.

pernah dengar tak ayat ni ?

"kita memerlukan seminit untuk mengenali seseorang, sehari untuk jatuh cinta, tapi kita memerlukan bertahun-tahun untuk melupakan seseorang "

mesti korang pernah dengar kan . ayat ni lebih kepada orang yang putus cinta. mesti korang setuju dengan ayat kat atas tu. wani setuju kalau putus cinta dengan orang yang kita anggap 'cinta matii'. orang dah kahwin pun takde cinta mati ,kalau seorang mati , takkan nak ikut kann ? :D



kebanyakan perempuan sekarang ni senang je nak anggap seseorang lelaki tu cinta mati dorang . sebab apa ?

sebab dorang rasa bekas kekasih dorang tu la yang terbaik yang dorang pernah jumpa . gurls ! don't do that okayhh ?

memang la. masa bercinta semua manis . yang pahit pun kau kata manis jugak. sebab sayang punya pasal.

so , kat sini . wani nak kongsi tips sikit pasal nak lupakan bekas kekasih yang korang rasa cinta mati tu . apa yang wani nak kongsi ni , tips dari pengalaman wani sendiri okayyh ? jom tengok satu-satu.

1. menangis sepuas-puasnya.

ni memang perempuan selalu buat. sikit-sikit nangis .tengok hindustan nangis,baca novel nangis, tengok citer korea pun nangis. kira perempuan ni memang hebat kalau bab2 nangis. sebab senjata perempuan pun air mata.

lepas dah break up takyah la nak buat kerja bodoh terjun bangunan bagai. korang menangis la puas-puas. insyaAllah lega sikit.

oh ye , kalau nak menjerit pun boleh jugak . takpun beli punching bag . kau tumbuk la puas-puas. hikhik.

2. berkongsi dengan member

pastikan korang berkongsi dengan member rapat! sebab member ni lebih memahami kita. silap aribulan , dia pun nangis sebab nak berkongsi kesedihan. >.<

bila korang share dengan member luahkan segala kesakitan yang korang alami . memang sakit der bila putus dengan orang yang kita sayang , sakit2 !

tapi kalau kawan kau tu jenis nak blame kau je , kau cili kan je mulut dia . takpun kalau baik sikit , kau sepak je muka dia laju2 .

3. berfikir sepositif mungkin.

bila dah clash ni , mula la kau nak cari salah bekas kekasih kau . Don't gurl ! buang masa je nak cari kesalahan orang lain . mungkin ada jugak salah pada diri kita yang kita sendiri kita tak nampak .

orang tua-tua kata ape ,

"kuman seberang jalan kau nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak ."

sekurang-kurangnya clash masa bercinta , bukan masa dah kahwin . kalau masa tu , Mak Jemah tak dapat nak tolong nokss ~

4. ada hikmah disebaliknya

bersyukurlah . apa yang terjadi pada kita semua ada hikmah . mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita . ada lagi yang lagi baik , lagi kaya , lagi hensem dan semuannya lebih la dari bekas kekasih kita.

pengalaman mengajar kita untuk lebih matang kan ? nilai lah seseorang dengan berhati-hati.


5. Delete segala memori

yang ni susah sikit kot perempuan nak buat. tapi tak mustahil. cuma ambil masa. tapi gegurl sekalian , tolong jangan ingat segala memori2 yang manis lepas kau dah clash . jap lagi air mata berjurai.

kalau boleh , kau buang je la apa2 yang berkaitan dengan bekas kekasih tu . nanti asyik terkenang je , kan dah susah. come on gurl , make a move !

6. berkawan selagi boleh

bila dah single ni , lagi senang kau nak berkawan dengan sesiapa . takde nak fikir kena jaga hati orang ke . kena inform bf ke . dan masa ni lah korang nak mulakan buku baru .

mula-mula memang susah babe nak berkawan dengan lelaki. sebab rasa macam phobia , trauma bagai . tapi perlahan-perlahan lah . don't push yourself. tak semua lelaki tu jahat . masih ramai lagi yang baik . tapi kita kena bijak memilih .

7. Berdoa

ini jalan terakhir. korang berdoa je la .

"Allah mendengar doa setiap hambaNya."
berdoa supaya nikmat cinta tak ditarik oleh Allah dan berdoalah semoga Allah mengurniakan insan yang baik untuk kita. insan yang dapat mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah .

hah . ni lah yang wani buat lepas wani clash ! huhahah . bukan nak bangga weyh . tapi segala yang wani cerita ni . wani buat . time will cure your pain . tak perlu risau.

satu je pesan wani

"buktikan pada bekas kekasih yang sebenarnya dia rugi tak memiliki kita" .

chill ye sayang-sayang sekalian ;)

ORANG CANTIK KAWAN DENGAN ORANG CANTIK JE LA.

Saturday, June 18, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hopefully korang semua sihat je . korang pernah ade geng ke , member ke . atau group(kawan) ?mesti ada kann ?

dulu masa sekolah confirm ada member bagaii. siap ada nama group . haha . bila ingat je , mesti nak gelak guling-guling !

masa nak 'serap masuk' member tu , pe kriteria kena ada ? pandai ? cantik ? hot ? popular ? hah , macam2 la kann ?


ni nak cerita kat korang . sepanjang wani jadi student , banyak dah wani nampak . gurls lebih berpuak2. mungkin nak cari populariti .

yang wani perasan , orang yang cantik akan berkawan dengan orang yang cantik je . so , orang yang kurang cantik ni camne ? takkan takde orang nak kawan ? kesian kann ? -.-

banyak lagi la contoh ; orang yang popular kawan dengan orang popular je , pandai dengan orang yang pandai . nampak tak diskriminasi kat situ ?

nampak la manusia ni sendiri tak adil pada manusia lain.

wani pun takde la baik sangat . dulu pun wani macam tu jugak . kawan dengan orang yang sesuai dengan wani je . tapi bila fikir balik , thats not worth it . tak selamanya kita kat atas .

biarlah kita kawan dengan semua orang . tak memilih . even sejahat mana pun kawan , dia tetap kawan . kita yang kena pandai menilai.



p/s : make friends. don't make enemy even one !

FIXIE DERR !

Sunday, June 5, 2011




hey bloggie :) Assalamualaikum.

berapa ramai antara korang yang pandai bawak beskal ? semua pandai kann ? ade yang penah jatuh beskal ? haha >.< padan muka !

bukan nak cerita pasal pengalaman . tapi pasal revolusi beskal ni. korang tauu ? orang yang pertama terfikir nak buat beskal ni Baron von Drais. okay dah . selebihnya korang explore sendiri ye.



dulu pernah dengar Fixie takk ? yang minat tau la , yang tak tau ?

sejak-sejak beskal Fixie ni keluar kat Majalah 3 , semua pun tau kann ? baguss !


hari tu balik , hamboihhhh ! bebudakk ni bersepah-sepah bawak Fixie ! jeles der . sebab wani tak mampu nak beli + beskal tu banyak warna , macam colour pelangi + macam tak sopan je seorang perempuan yang lemah lembut nak bawa beskal ! tak logikk T__T

abah ada cakap , Fixie ni mahal . betul ke ? ade sesape boleh bagi wani info ? lets share ! sharing is caring. *lovelove



derr , bawak Fixie tu hati-hati la . jangan la bergroup bagai . bahaya okayy ! akak pesan ni , kena dengor !

p/s : dapat beskal mountain bike pun dah syukur,Alhamdulillah :)

SELAMAT TINGGAL SEMESTER EMPAT [ :) ]

Saturday, April 30, 2011



hey bloggie :) Assalamualaikum.

rasanya hampir tiga minggu wani tak update blog comel wani ni. yang u'olls tau . wani sibuk berjuang dengan final wani . alhamdulillah . akhirnya habis jugak untuk semester empat ni.

semester ni tiga minggu je cuti. disebabkan Kementerian Pelajaran nak selaraskan kemasukan untuk pelajar-pelajar ijazah. hopefully cuti tu bermakna untuk wani.

banyak rancangan wani untuk cuti ni , tapi tak pasti tercapai ke tak.

hampir terlupa . insyaAllah cuti semester ni , wani akan kembali update blogshop wani. kesian tengok blogshop wani 'bersawang'.

maaf kepada follower sekalian, wani tak dapat nak singgah baca dan komen entry terbaru u'olls . insyaAllah . masa yang ada sepanjang cuti semester ni , wani akan guna sebaik mungkin untuk singgah blog u'olls .

kepada follower yang baru follow wani , terima kasih tak terhingga. wani akan follow u'ollss jugak . tapi tolong tinggalkan link u'ollss dekat shoutbox atau komen ye ?:)

my face before fight my last paper

pesanan jarjit : selamat hari pekerja . XD

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Wednesday, April 13, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kali ni wani nak kongsi sikit tips. hari tu wani dah kongsi pasal kesihatan kan ? sebenarnya info-info yang wani dapat tu semua dari google. tapi wani olah la sikit.

bulan ni bulan yang paling sibuk untuk student yang belajar kat universiti terutamanya Universiti Teknologi Mara.

masing-masing ada cara masing-masing kan ? tapi wani nak kongsi jugak =P



1. bersiap sedia dari segi fizikal dan mental
- segala kelengkapan untuk peperiksaan dah sempurna. nanti tak la u'olls kelam kabut.

2.semak jadual peperiksaan.
- pastikan u'ollss tau bila dan dimana peperiksaan dijalankan.

3. jaga kesihatan diri
- elak dari sebarang bahaya dan jaga pemakanan.

4. tidur awal dan rehat secukupnya
- masa exam ni la kita nak tidur awal. untuk elakkan kita gemuruh.

5.ulangkaji nota ringkas
- janganlah masa esok nak exam , baru u'olls nak baca buku teks yang tebal. itu akan menyebabkan u'ollss lagi la takut nak jawab exam.

6. doa dan tawakal
- setelah belajar ataupun usaha , hendaklah kita bertawakal. doa dan restu dari keluarga sangat penting. apalah salahnya kalau telefon keluarga untuk minta restu dan minta family untuk doakan kita ;)

7. meminta maaf pada semua orang dan memaafkan semua orang, insyaAllah hati kita tenang.

*banyakkan selawat,solat sunat dan mengingati Allah. Allah takkan lupa pada hambaNya yang selalu ingat padaNya ;)

p/s : kalau ada siapa-siapa terasa dengan wani , wani minta maaf ye ? wani nak final dah ni. maafkan wani ye ? :)

SAYANGI MATA ANDA !

Sunday, April 3, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

eh , final paper wani dah nak dekat . insyaAllah , 20hb ni wani dah start berperang dengan segala paper yang wani ambil untuk sem ni. kepada u'ollss yang akan ambil exam macam wani , goodluck la ye :)

okayy , hari ni wani nak cerita sikit pasal penjagaan mata.

sebenarnya mata adalah kawasan yang sangat sensitif dan perlukan perhatian lebih. takkan la muka je nak cantikkan ? kalau boleh biarlah kita menjaga apa yang Allah bagi pada kita dengan sebaik-baiknya.

jom wani kongsi tips penjagaan mata dengan u'ollss

1. elakkan minum air 2 jam sebelum tidur. sebabnya bila kita minum air 2 jam sebelum tidur ni , akan menyebabkan kulit bahagian bawah mata bengkak dan sembab.
2. pastikan u'ollss bersihkan solekan pada mata sebelum tidur. kalau tak dijaga dengan betul, akan mengakibatkan kehitaman dan dipenuhi bintik-bintik halus.
3. jangan gunakan pelembap(moisturiser) pada bahagian mata. ia akan mengakibatkan 'oil seed' pada bahagian bawah mata. seeloknya pakai gel mata yang dikhaskan
4. elakkan memakai kanta lekap selama 12 jam. sebab ia akan membuatkan mata menjadi letih
5. sesiapa yang selalu berhadapan dengan skrin komputer/laptop/tv digalakkan untuk melembapkan mata dengan menggunak eyemo atau sebarang ubat mata yang sewaktu dengan eyemo.

hah , tu la tips yang wani nak kongsi. kalau nak kasi mata lagi cantik , minum la inner shine =p
untuk elakkan rabun orang kata makan carrot banyak-banyak kan ? sebab carrot banyak vitamin A yang sangat sesuai dengan mata.

mata kita tak cantik macam mata awak ;)

tu jela yang wani nak kongsi , if korang ada apa-apa yang nak kongsi , jangan lupa bagi tau wani ye ! :)

p/s : tips no 5 tu , tips dari wani XD

TRIP TENSION !

Sunday, March 27, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

11 Mac 2011 ,wani ade satu trip untuk subjek MGT 162. okay , ni adalah trip yang pertama kali wani pergi selama wani belajar dekat kampus segamat ni.

banyak sangat dugaan nak ke trip ni. trip ni ke MSC . n ni lah trip yang paling banyak masalah n buat wani tension. mmg banyak la dosa wani time tu. =.='

perjalanan dijadualkan jam 6.30pagi ,tapi kami bergerak jam 8.30 ! omyy, 2 jam dalam bas dengan keadaan hujan kat luar ,memang syok la nak tidur. semua tu gara-gara lecturer kami last minit ada hal.

sampai MSC, diberi penerangan hanya 30 minit dan bergambar. settle dengan trip , kami plan ada masa tu , nak la berjalan-jalan area Putrajaya kan? tapi pakcik driver yang super kerek tak bagi !

masing-masing memang hangin weyh ! tak pasal-pasal la pakcik tu kena kutuk dengan kami. memang banyak la dosa masa tu.

okayy , memang dah serik nak pergi trip kalau pakcik tu yang drive ! taknak la tambah dosa lagi.
jom tengok gambar kami :)








p/s :wani paling kecil dalam kelas XD