Showing posts with label kemeriahan. Show all posts
Showing posts with label kemeriahan. Show all posts

TERINGIN JUGAKK !!

Saturday, November 13, 2010

hey bloggie ! Assalamualaikum :)
esok Wani akan mengadap last paper , then byebye to semester 3 :p

lepas paper Multimedia hari tu , Wani terus balik Melaka . Sebab gap yang terlalu lama before last paper , dari Wani dok meroyan kat Segamat , better Wani meronggeng kat rumah cousin :p
kebetulan pulak , Ahad tu cousin Wani ada jemputan orang kahwin . memandangkan Wani dah lama tak pergi kenduri macam tu , Wani join la .

rumah first yang Wani pergi memang meriah , makanan not bad . yang tak boleh blah nye , RAMAI plak lelaki HENSEM ! tergugat iman i ! :P

next rumah , kawan Kak Diba . just melawat je , tak makan pon , sebab dah lambat . then kitorang pun nak cepat , btw , kat situ , ada lak yang karaoke , terus hujan oke ! ngan pitching lari , hehhe , kalau Paul Moss dengar , konfem dia cakap "Go back and practise" ;p


tak sempat nak ambil gambar banyak banyak la , sebab family pengantin ramai sangat , ni je yang dapat , tapi abaikan muka Wani yang pucat macam orang tak cukup tidur :p

bila dah tengok orang kahwin ni , Wani teringin jugakk ! wahh ! gatal dah ni , calon pun takde , tak yah berangan nak kahwin . Actually , Wani menunggu cousin cousin Wani kahwin , bila la dorang nak kahwin , if dorang kahwin nanti , Wani letak gambar banyak banyak ! biar u'ollz muntah tengok :D

p/s : tak sabar nak tunggu KAK MAREL kahwin bulan Mac nanti !

REVIEW TUDUNG !

Sunday, September 26, 2010

hey u'ollz ! heheh , hari ni wani nak post 1 entri before wani siapkan assingment dreamweaver .
nampak tak tajuk kat atas tu ? kan kan ? if tak nampak sila guna kanta pembesar untuk zoom yang lebih baik , gaggaga ~ takpun uollz pergi check mata kat focus point ! (oopss ! jangan terasa hati please !)
hah , hari ni nak review pasal tudung . ala , yang ada kat atas kepala perempuan sekarang , macam2 style , dari yang berlilit , kepada yang bersarung . trendy kan ? wani just review style tudung yang wani pakai . if uollz nak share , sila lah komen (:

more matured :)

hah , ni yang pertama , tudung bawal . if uollz semua nak tau , time mula mula tudung ni keluar , perghh ! mahal wa cakap lu ! around rm30++ kan kan ? if i'm not mistaken la. dah lama sangat . tudung ni senang bentuk sebab cam cotton kan kan ? (angguk laju laju please). wani banyak jugak tudung bawal ni , sebab sedap pakai . tudung bawal ni siap ade gred yaww ! n yang beza kan harga adalah jenis kain , lembut ke , keras sikit ke kan , terpulang la pada pemakai. pastu keluar pulak yang batu batu dengan bermacam2 nama , wani sendiri tak ingat , pakai sudah :P

tak cun langsung !

next , selendang pulak . kebanyakannya remaja n student la yang suka pakai selendang ni . kira cam ala ala yuna gitu , maklumlah , time yuna baru muncul , baru la remaja remaja kat malaysia ni sedar kewujudan selendang , termasuk la wani :P selendang ni pun banyak jenis , jojet la , chiffon , cotton spandex , tah ape lagi kan. wani hentam je , ape yang oke , wani pakai :P
**bajet up to date la kan . gagagag . tapi banyak lagi selendang yang wani belum cuba . tunggu la wani shopping :P

i like <3>

hah , ni pun selendang jugak , tapi wani panggil pashmina. kain dye cam tebal skit . if tak pandai lilit nampak kembung . (tak bermaksud saya pandai pakai selendang oke !) selendang ni senang bentuk , sebab cam keras kan , so , dye takkan ikut bentuk muka (:

abaikan muka cam hantu tu ye :P

ni pulak tudung sarung , wani panggil tudung Ekin . ala , isteri Mawi tu , yang popular ngan butik Ariani . orang sekarang panggil tudung ekspress kan kan ? tah la , macam macam nama . corak pun pelbagai , wani suka jugak , sebab sarung je . tak yang nak pakai pin bagai :P

poyoness !

ni pulak tudung Siti . tudung yang Siti letak kat kepala tu . hehehe , yang bertudung cam wani takkan nak buat cam Siti kan ? pandai pandai kome le. so , wani gayakan dengan tudung Ekin (:

bajetbajetbajet

ni pulak tudung syria . sarung je . tapi masih ramai lagi yang tak berani pakai tudung jenis ni , sebab takut muka nampak bulat , coz tudung ni ikut muka , tapi uollz kena pandai adjust. mudah je tudung ni , n now ada dalam jenis fabrik cotton . pilih la yang mana sesuai.


kebudak-budakan la pulak !

ni pulak selendang pashmina . tapi jenis kain lembut , if pakai memang bulat la muka uollz sume :) tengok wani , dah macam bola je muka :P gagaga .
if pakai selendang ni , wani suka pakai style arab (: hehehe
aha , if nak elak muka uollz bulat , boleh la guna inner syria (: ala , yang macam2 colour tu , macam rainbow , cantik cantik :P


muka saya nampak matang ! yeay !

last but not least ! taraa ~ ni wani tak tau style pe , tapi orang kata style Siti , ye la kot :P
beza nya , style ni pakai dengan inner syria 3 ton , pastu lilit ngan selendang . oke , sudah la tu kan wani review pasal tudung2 yang wani suka style kan , uollz camne ?
meyh komen komen !

CS HARI RAYA (: !

Saturday, September 25, 2010

Assalamualaikum bloggers ! thanx pada mereka mereka yang support wani n thanx for be my follower ! Wani minta maaf sebab tak dapat nak follow anda semua , tapi wani janji , wani akan singgah blog korang dan follow. buat masa sekarang wani dapat post entri je , maklum lah wifi kat UiTM ni sangat mengecewakan T___T

now wani nak cerita pasal DINNER CS sempena Raya yang berlangsung semalam (:
sangat la seronoknya . teruja wani ! event semalam di Dewan Sri Peria , jam 8.30 .
time ni la semua nak melaram kan ? sama la jugak macam wani (: bukan selalu nak cantik cantik ni , ggagagag ~ cantik ke kaw wani ? :P anda jawab la sendiri .

korang nak tengok pix ke atau nak bace ape yang wani bebel dulu ? Emm , bia la Wani citer skit k ?
oke , before masuk tu , sure la kene daftar kan (: then , sila lah anda semua self service mencari tempat duduk , so , sure la wani pilih nak dok ngan classmate wani kan ? (sila angguk laju laju).
then , ada la persembahan dari adik2 junior kita . mereka hebat sebab dorang tak pemalu :P

oke , suda2 , jom kita layan pix time dinner semalam ye (:
sudah baca sila komen sikit :)

*sila abaikan manusia yang berselendang putih itu . izzati (:

izzati . ayu . dayah . the best moment with them .

farah . yana . mereka comel gilak (:

yeah ! mereka kebudak-budakan.
yana . weeda . zal .

mereka selalu menjadi bahan eksperimen saya :P

ayu . dayah . saya !
mereka hebat (:

jue.
aha , dye tak garang tau , muke je cam garang (:

adik adik junior gve their perfomance (:

line 3 : firdaus.alan.din
line 2 : zati.shidi.weeda.jue.farah.yana.dayah.ayu.zal
saya !
csd3s2.
owh , saya sungguh teruja

gurl only (:
ayu . dayah . weeda . zati. farah. saya. zal.jue

another pix at my facebook , anda anda sume boleh lihat di facebook saya (:
if anda2 berminat dengan mereka , maaf la ye , all of them are taken except me ! (promote pulak :P)

WARNA WARNI AIDILFITRI ~ PART II

Sunday, September 19, 2010

assalamualaikum (: hey hey bloggers , hari ni wani nak citer pasal tajuk kat atas tu , before ni wani dah post yg WARNA WARNI AIDILFITRI~PART I punya , kira cam kesinambungan la kan :)

tak nak lengah kan masa , jom check it out all pictures :) tapi kali ni wani takkan cerita panjang lebar . sebab gambar boleh menceritakan segala-galanya :)

hah , ni semua time wani kat rumah Mak Ngah , umah kakak mak wani , banyaknya anak buah mak wani , kira sepupu sepupu wani la kan :)












hah , saya bukan yang memakai glassess itu yeah :)

WARNA WARNI AIDILFITRI ~ PART I

Wednesday, September 15, 2010

assalamualaikum ~ hey bloggers ! owh , rindu sudah nak blog :D kalau rumah ditinggalkan beberapa hari , konfem berhabuk kan ? sure blog wani pun berhabuk ! gagagaga ~ uhuhuk ! batuk pulak saya ! :P

oke oke , semalam dan tadi , wani blog walking . sepanjang wani blog walking tu , boleh dikatakan majoriti dah post entri pasal raya , sekarang ni , turn wani pulak nak cerita kemeriahan aidlfitri wani . heheh.

khamis hari tu wani da balik kampung , rindu saya pada kampung halaman tidak tertanggung lagi ! cewaahhhh ! poyo la plak kan ?:P kampung wani dekat je , kat Melaka , Serkam Pantai . 2 jam je dari rumah . Alhamdulillah jalan tak sesak , tapi asyik tidur je ! mentang mentang la saya takde lesen lagi , huhuh T_T .

dah ! meyh sini wani cerita pasal raya pulak ! pagi raya tu , cuma wani dan mak wani je ade kat kampung , yang lain semua pergi sembahyang raya ! erkkk ! tolong jangan fikir saya tak boleh solat oke ? malu saye =.=" . cubalah anda semua fikir , kalau saya pergi solat hari raya , tak ke mak saya terkontang kanting kat dapur ? so , saya sebagai anak yang baik , saya teman la ! tolong contohi anak yang baik ini oke ? :P

untuk edisi kali ni , wani citer kat rumah yang first wani pergi oke ? (:
actually , rumah first yang kami dan saudara2 pergi , rumah mokde ! tapi maaf , gambar gambar takde dalam album la untuk tatapan anda anda T_T
gambar gambar ni semua , rumah kedua untuk raya 1st ! (: enjoy the pix oke ! :))


yeah ! ni sesi perbincangan kes kemeriahan raya secara tertutup ~ gagagga :D
ni la aktiviti2 bapak2 sekalian kalau berjumpa ! mereka juga bergosip ! hahha.
ni budak lemau ! yang pakai baju pink tu ! :D hensem ? boleh jumpa saya kalau nak isi borang :D
wearing shawl itu our pro photographer :D

hah , yang ni aku tak faham kenapa dalam semua gambar dak baju merah nak interframe.
tak faham ! =.="


yeah ! our great family !! ni belum semua yang berkumpul ! owh anda anda semua , saya rindu anda semua ! :D

another pose !


hehhe , candid gamba abah ! :P

yeah ! tokoh kita sedang berbicara :D

pakcikk saya yang sangat baikk !
yeah ! mereka yang terhebatt ! :)