hello bloggie ;) Assalamualaikum
weehuu~~hari ni dah masuk minggu kedua NS kat sini. sekejap je rasa. bila dh masuk minggu kedua ni kelas pun dah start belajar. kira dah busy la dengan assingment untuk setiap subjek,projek yang menimbun dan sebagainya.
waktu minggu pertama NS dah rasa berat sangt nak study kat Shah Alam ni. Almaklumlah kawasan yng sangat luas,kelas yang jauh,matahari terik dan macam macam dugaan lagi la kalau nak dibandingkan masa belajar kat cawangan Segamat dulu.
tapi berbekalkan semangat nak dapatkan ijazah kelas pertaman NS tutup mata je. kawan kawan dari Segamat pun ramai. bila tengok dorang berlumba lumba study,naiklah semangat tu.
orang ada cakap jugak,bila nak lakukan sesuatu tu ingat family. kan? hmm,even NS punya tempat belajar ni dekat dengan rumah,NS rasa asing bila belajar kat tengah tengah bandar. suasana yang sangat berbeza !
waktu belajar ni mana ada yang senang kan? so nak tak nak kena la berkorban jiwa dan raga. orait guys,entri ni mcam meluahkan kesedihan plak kan? yup yup. NS tengah sedih gak ni sebab still tak dapat adapt suasana kat sini. doakan yang terbaik untuk NS yea?
p/s: tidak ada manusia boleh lari dari ujian Allah ^^
Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts
ISHKK ! SUSAHNYA NAK MINTA MAAF.
Sunday, July 3, 2011
Labels:
campus life,
emosi,
life
hey bloggie :) Assalamualaikum.

"MAAF ! " atau "SORRY" ? mana satu yang korang guna ehh ?? wani rasa mostly akan guna perkataan "SORRY" tu. okay la sekurang-kurangnya ada la perkataan maaf tu . yang tak reti-reti nak minta maaf tu camne ?
benda ni jadi kat semua orang kot . ada orang jenis tak kisah , tapi wani kisahhhh ! huh. aku paling pantang kalau orang tak reti nak sebut perkataan maaf . der , bukan kena pergi kedai Pak Abu untuk bayar perkataan maaf tu . free je kot . hidup tak perlu berlagak ehh ? tak ke mana pun .
kalau pergi pasar malam la paling wani hanginn. ade yang jenis jalan bergroup. kalau tak ganggu orang takpe la , ni mengganggu orang lain . pasar malam tu bukan untuk awak seorang je la . tu satu hal .
ni jalan bergroup , jalan sambil bercakap . mata tu letak kat kepala lutut awak kan ? sebab tu tak nampak orang lain dan menyebabkan perlanggaran. *skema pulak ayat. dah la awak-awak ni tak minta maaf , terus blah je . nasib baik la aku ni bukan jenis nak malukan orang . kalau tak time tu jugak aku dah cari gaduh . even badan aku saiz S , jangan fikir aku takut dengan kau saiz L.
ade lagi yang dah langgar . tak cakap minta maaf . tapi kau pandang tak puas hati. perghh ! sah-sah la kau ni jenis ego tak boleh nak tunduk pada kesalahan sendiri. takyah bajet sangat la mata kau tu cantik . setakat pakai contact lens semua orang boleh .
wani kalau tak puas hati, wani akan terus membebel sampai wani puas hati . nasib baiklah wani ni jenis boleh tolak ansur . sabau je la .
kepada awak-awak sekalian , tak payah la nak perangai gitu . tak dapat apa pun . ape lah salahnya minta maaf . sejuk sikit hati orang yang kena langgar tu kann ? cakap perkataan maaf tu pun bukan boleh buat awak mati . so , fikir-fikir la ehh ?
p/s : time tulis ni tengah emosi . maaf ye awak2 semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)