Showing posts with label like. Show all posts
Showing posts with label like. Show all posts

SALAM AIDILFITRI

Saturday, August 27, 2011


hello bloggie :) Assalamualaikum.

how's your puasa ? okayh tak ? hari ni dah hari ke 27 kita semua puasa. masih bersemangat nak cari malam LailatuQadar ? hopefully anda semua berusaha untuk mendapatkan malam 1000 bulan.

rasanya dah lama wani tak update apa entry sepanjang bulan puasa . wani sibuk dengan urusan lain. insyaAllah , lepas ni wani akan selalu update . promise !

dikesempatan ni , wani menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf pada pembaca-pembaca yang rajin baca entry wani. tak lupa juga pada anda-anda yang rajin komen entry wani . jasa anda wani hargai.



terima kasih juga pada mereka yang selalu menyokong wani . Salam Aidilfitri , tulus ikhlas =)



TEST SUARA JAP !

Wednesday, February 2, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

sebelum birthday i hari tu , i keluar dengan cousin i , Adilah Hanan dan senior i , Kak Ada. ouh , mid sem break dah mula 28hb hari tu .

sebenarnya bukan celebrate pun , cuma berjalan-jalan sebab i dah lama tak jumpa senior i. kebetulan di pun sedang cuti mid sem n free. so , i ajak lah dia keluar.

destinasi kami kat melaka tu biasalah Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. takde tujuan pun . i kalau pergi Dataran Pahlawan o Mahkota Parade , i suka tengok ragam ragam manusia kat sana. majoriti budak sekolah dengan macam macam style diorang. lagi advance dari budak-budak KL ! kadang kadang i gelak je tengok perangai diorang.

hah , that day i pergi karaoke . dah lama tak lepas gian karaoke . nasib baik yang mengikut ni sporting ! OMO ! masa tu la i jadi budak kecil sebab excited dapat main game kat Wonderland !

then kami ke Dataran Pahlawan untuk cuci mata . kebetulan pula ada tempat tempat yang cantik. apa lagi kan ? kami snap-snap la.

tapi sangat seronok keluar hari tu ! next time nak pergi Stars Archery pulak :)









i nak letak video i karaoke , tapi takpe . next time je :)



p/s : if u want to live a happy life, tie it to a goal,not to people or things -Albert Einstein-

MEET UP WITH 1 OF MY FOLLOWER .

Thursday, December 30, 2010


hey bloggie. Assalamualaikum.

lagi berapa hari je nak mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2010 dan selamat datang kepada 2011 :)

sebelum tu , Wani nak mengucapkan Tahniah kepada Harimau Malaya kerana berjaya membelasah Garuda . rasanya tak perlu la nak update pasal bola , semua pun dah tau kan ? dan sekarang ni baru lah nak sibuk admire kat pemain bola sepak kebangsaan :P sengal sungguh ^.^

yang wani nak post kali ni pasal Wani jumpa dengan seoranf follower merangkap kawan laman sosial Wani .

11 Disember 2010,Wani balik perak. jumpa dengan saudara-saudara yang Wani tak pernah jumpa. Saudara jauh rasanya , sebab tak pernah jumpa pun sebelum ni .

kebetulan pula , seorang follower iaitu Cik Bella ni duduk dekat kawasan saudara Wani . plan la nak jumpa. Susah jugak nak mencarinya =.=' Wani dah lama nak jumpa Bella, dan baru dapat jumpa.

pertama kali jumpa Bella , teruja kot ! rupanya Bella ni tinggi orangnya , Wani jugak yang rendah , haisshh =.=' borak borak la ngan Cik Bella , kenal2 dengan family Bella.

seronok weyh ! kalau boleh nak jumpa semua follower Wani :D aha , maaf la ye , tak banyak gambar yang kami snap . :D
p/s : terima kasih ye Bella sudi jumpa Wani , nanti kita jumpa lagi tau ! :)

SI CANTIK FATIN SUHANA

Monday, December 27, 2010

hey bloggie. Assalamualaikum.

hari ni Wani nak pos satu entri pasal seorang model dari majalah comel Dara.Com. nak tau siapa ?
baca entri ni sampai habis tau ! :)

belek-belek majalah Dara.Com edisi 95-Mei 2010 , nampak seorang model yang sangat cantik. mukanya ala-ala Datin Norjuma. Wani terus jatuh hati . saya bukan lesbian oke , jatuh hati sebab kecantikan dia. Wani cari la nama dia kat majalah Dara.Com , Che Wan Fatin Suhana. then terus inbox Kak Fatin kat facebook. OMG ! rupanya Kak Fatin sangat peramah. cepat cepat Wani add kat facebook dan terus Kak Fatin approve. Terima kasih Kak Fatin.

next , Kak Fatin ni jadi cover girl majalah Dara.Com edisi 96-Jun 2010. ouh , sungguh teruja Wani. aha , untuk pengetahuan u'ollss semua , Kak Fatin ni sangat la merendah diri. tak percaya ? u'olls baca la entry Kak Fatin ~Luahan Buat Pertama Kalinya .

yang Wani perasan tentang Kak Fatin ni , dia natural beauty ! bukan Wani terlalu memuji , tapi kebanyakan gambar-gambar Kak Fatin nipis je make up. suka suka. lagi satu perkara, Kak Fatin ni suka pakai tudung bawal. nampak Kak Fatin lagi cantik tau :) kadang kadang Wani pun terikut Kak Fatin , comel je pakai tudung bawal :P.

satu permintaan ~ boleh tak kalau Wani nak jumpa Kak Fatin ? *gedik !

jom tengok gambar Kak Fatin







sumber gambar dari facebook Cik Fatin Suhana

okay , saya sangat suka dengan kecantikan Kak Fatin. pandai bergaya :)

kalau nak tau lagi , sila terjah :
facebook Kak Fatin

DIARI KE ZOO NEGARA part II

Friday, December 24, 2010

hey bloggie :) Assalamualaikum.
maaf la ye , dah lama Wani tak update blog kan ? sibuk nak mencantikkan blog ni n sibuk dengan hal hal lain.
okay , before ni Wani dah cerita pasal Wani pergi zoo tu kan ? kali ni diari ke zoo negara yang terakhir. ada follower Wani tak puas hati sebab gambar gambar entri lepas tak nampak muka kami yang pergi kan ? kali ni Wani tunjuk la muka muka yang pergi zoo.

aha, Wani sambung la cerita apa yang kami buat kan . masuk je kawasan zoo , Shaky paling excited. maklumlah , jumpa Mr. Elephant n Mr.Giraffe. OMG ! tinggi sungguh zirafah. first time tengok zirafah depan mata.

penat la nak pergi tengok satu satu binatang. nasib baik pakai flat shoes kalau pakai heels siapa nak jawab ? -.-' tapi pakai flat shoes pun Wani balik rumah kaki lenguh . sungguh menggedik disitu.
sejujurnya Wani sangat suka tengok binatang-binatang kat zoo tu. sekurang-kurangnya Wani bersyukur jadi manusia yang tak pernah terkurung dalam sangkar dan hilang segala kepenatan tengok binatang-binatang kat situ :) . ouh , kebetulan pula cuaca petang tu hujan , kami berteduh kat kawasan Orang Utan. hujan lebat kot , sampai Wani mengantuk nak tunggu hujan reda.
nasib baik cimpanzi dan orang utan pandai pulak buat 'show'. Memang kecoh la masa tu .

aha , Si Apis ni , Wani tak tau kenapa dia asyik sebut nama binatang yang unik . nak tau apa ? Babi. dari mula berjalan , sampai balik asyik menyebut nama binatang tu , Wani sendiri yang tak faham =.=' Si Anip pulak asyik salah je tatabahasa. binatang bukan seorang ye Anip , tapi SEEKOR. take noted yeah ! :P Shaky pulak memang budak budak. Wani rasa kalah budak-budak kot. Dia memang la yang PALING excited !

sangat banyak binatang kat sana. semua kategori ada. reptilia , burung , ikan dan sewaktu dengannya . memang tak rugi kalau u'ollss nak pergi . tak kisah la dengan keluarga mahupun kawan-kawan.

apa pun , Wani sangat seronok hangout ngan dorang ! Dorang sangat best and sporting :) thanx guys make me smile again! sayang korang ketatketat okay :)

sekarang u'ollss layan la gambar ni , gambar binatang tak payah la ye ? kalau nak tengok lagi dan lagi , dekat facebook Wani :)











p/s : A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself. :)





DIARI KE ZOO NEGARA part I

Thursday, December 16, 2010

hey bloggie :) Assalamualaikum .

dah lama kan Wani tak berblogging ? maaf lah ye sangat malas nak update sebarang entri . tapi banyak entri yang Wani nak post sebenarnya . dari sehari ke sehari asyik tertangguh je . sebelum tu , minta maaf kalau wani menggunakan sebarang bahasa yang kasar ye .

teruja sangat nak buat entri kali ni , tapi menunggu gambar dari Apis , entri Wani tergendala sekejap. Apis ! terima kasih untuk semua gambar .

okay , 6 Disember 2010 . Wani n Shaky plan nak ke Zoo Negara. cara kitorang plan sengal gila , just using twitter ! hebat tak ? . plan macam ramai je nak pergi , tapi last last empat orang je yang pergi , Wani , Shaky , Apis n Anip . untuk pengetahuan u'ollss Wani tak pernah pun jumpa dengan Anip n Apis . Nervous kot manalah tau dorang ni garang ke kan , but Alhamdulillah dorang sangat sporting n sempoi.

gerak dari Rawang dengan Shaky . mama Shaky hantar dekat KTM Subang Jaya . menunggu la jejaka jejaka ni datang kan . siap macam perempuan kot . 30 minit la nak tunggu diorang ni =.='

mula mula tu segan kot nak cakap ngan dorang , tapi kalau tengok tweet , macam rapat giler . lama lama okay je. ouh masalah berlaku bila masing masing tak tahu jalan mane nak pergi -.- . nasib baik Wani pernah lalu jalan tu , kalau tak memang lama kat highway.

sampai kat area zoo dalam pukul 1 lebih . kesian kat dorang ni , nak makan kat mcD , tapi jumpa KFC . bagus jugak , sebab Wani tak berapa suka makan kat mcD nanti sakit perut.

satu lagi fakta , Wani tak pernah pergi Zoo . kira ni kali pertama Wani pergi . tapi nasib baik ada geng. Anip pun tak pernah pergi . Shaky pula excited giler kot , padahal dah 3 kali pergi zoo =.='
si Apis pula tak yah cakap la , semua tempat dalam zoo tu dia tau , dah macam pekerja kat zoo tu. maybe tak layak nak kerja kat situ sebab dia masih belajar :P

tiket masuk untuk dewasa RM20 tanpa masuk taman rama-rama n taman serangga. yang kanak-kanak Wani tak pasti . Yang kelakarnya bila dengar Anip merungut pasal tiket masuk zoo . dia ingat masuk RM10 je. tah zaman bila tiket semurah tu. ^.^


kat sini Wani ade bingkisan gambar untuk tatapan anda semua .


















thanx to my Paparazi ! jahat kaw ! si Apissepet :P

hah , u'ollss nak tau ape kami buat dan siapa mereka-mereka ni kan ? tunggu next entri Wani ye !

p/s : they are more than a family :)

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Tuesday, December 7, 2010

hey bloggie :) Assalamualaikum :)

untuk permulaan entri , rasanya belum terlambat lagi untuk Wani ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru ni lebih diberkati dan dirahmati .

Bercakap pasal tahun baru , mesti kita sinonim dengan azam baru kan ? Rasanya kita tak perlu untuk tunggu tahun baru , baru kita terhegeh-hegeh nak ada azam . Tapi biarlah azam kita tu selalu diperbaharui. Bukan bermaksud bertukar-tukar azam,tapi bertekad untuk mencapai sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh.

Wani rasa , banyak lagi azam u'ollss yang tak tercapai kan ? samalah macam Wani . Harap sangat tahun baru kali ni membawa sinar yang terbaik untuk Wani . InsyaAllah.

Tiada lagi masa untuk bersedih sebab masa terlalu singkat untuk Wani rasakan semua tu. Mungkin akan ada kesedihan, tapi biarlah semua tu membuatkan Wani terus matang.

Jom Wani nak kongsikan sedikit azam Wani dengan u'ollss.

1. Lebih fokus pada pelajaran
2. Be a good daughter,sister,friend and all around me.
3. Solat on time.
4. Berusaha dalam mencari cinta sejati.

tapi Wani rasa yang ke-4 tu , belum sampai masanya . Kalau dah ada jejaka dihati Wani , insyaAllah Wani beritahu.

p/s : rasanya saya lebih selesa berkawan. take noted !