Showing posts with label review produk. Show all posts
Showing posts with label review produk. Show all posts

REVIEW MAKE UP REMOVER MANDOM BEAUTY PRODUCT

Saturday, November 24, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum 

ouhh , dah cuti sekolah sekarang ni. ada pelan untuk bercuti ? NS dah lama tak holiday dengan family. nak nak lagi semua family NS dah kerja. hewhew ~~ dan bulan ni dan bulan depan akan banyak la undangan ke majlis perkahwinan. kepada anda yang bakal menjadi pengantin, semoga semuanya berjalan dengan lancar ye,InsyaAllah.

so , hari ni NS nak buat review tentang satu lagi produk. maybe tak ramai yang familiar dengan produk ni sebab if tengok packaging produk ni, konfem korang tak berminat nak beli dan guna :D sebab ape ? sebab packaging dia dalam bahasa Jepun , memang tak la nak capai botol tu dan terus bayar kan. 

produk kali ni adalah Cleansing Express 3 in 1 Mandom Beauty. produk ni NS beli kat Watson. NS tak sure if produk ni ada jual kat tempat lain. 2 kali pergi Watson baru la tergerak nak beli.

produk ni sesuai untuk semua kulit. tak kisah la kulit berminyak ke , kering ke , normal ke and what so ever. highly recommend sebab NS dah pernah guna dan akan terus guna ;)

Apa yang best tentang produk ni ?

Produk ni 100% bebas minyak dan water-based. dan yang paling penting adalah bebas dari alkohol.

Kenapa  nama dia Cleansing Express 3 in 1 ? 

hah ! ni la yang best nak bagi tau. produk ni boleh buat 3 kerja. sebagai makeup remover , cleansing dan moisturise. tak percaya ?? baca sampai habis ye !

Senang ke nak guna ?

Senang macam kacang hijau bak kata Upin Ipin. NS suggest pada mereka yang sangat suka makeup dan malas nak bersihkan macam NS. hanya sediakan kapas dan Cleansing Express ni. :D 

macam NS , kadang-kadang penat balik dari kerja terus rasa nak tido. takkan nak tido dalam keadaan muka still ada makeup kan ? kang esok pagi bangun cek depan cermin adalah sebiji jerawat. grr ~ tak suke tak suke !

so , Cleansing Express jawapannya. capai kapas , capai Cleansing Express. bersihkan muka sambil baring pun boleh :D hahah, gila punye pemalas budak nih ! 

Macam mana nak guna ?

pam sikit Cleansing Express kat kapas then tekap dengan muka. bersihkan muka dengan perlahan. sebab kulit bahagian muka sedikit sensitif. 

then pam lagi dekat kapas lain . bersihkan macam biasa sampai korang yakin make up dah bersih dari muka korang.

next kapas korang boleh gune as cleansing dan next lagi as moisturiser atau bahasa melayunye pelembap. dan tak perlu dibasuh dengan air. untuk kekalkan kelembapan , tak perlu la korang gune pencuci muka.


Instruction , ingredient & caution

Right for my skin : combination & oily

dah nak habis baru nak review :D

effective ^_^

actually NS guna 3 kapas untuk bersihkan make up. to make sure makeup betul2 hilang :)

emm , pasal harga NS tak ingat la. tapi tak sampai 30 hengget rasanya. korang sendiri boleh tengok kat Watson :) then, Selamat Mencuba :))


p/s : hidup itu umpama menaiki basikal.untuk dapatkan keseimbangan kita perlu sentiasa berkayuh ;)

BIORE CLEANSING STRIPS PORE PACK REVIEW

Wednesday, August 15, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

phewww ~ berapa hari je lagi nak raya kan ? sekejap je masa berjalan. NS rasa baru semalam NS start puasa. semoga puasa pada minggu minggu akhir ni diberkati Allah ~InsyaAllah

agak jarang update kan sebab sibuk la dengan tugasan kat ofis tu . dan sangat jarang NS buat review pasal produk yang NS guna.
kotak depan, actually tak sure ada lagi ke tak pore pack yg warne hitam ni

so , lepas ni apa apa produk yang NS guna beri kebaikan , NS akan kongsi korang ye ;)




Kotak belakang ~ instruction
pertama kali , NS nak review pasal pore pack dalam makna lain strip untuk buang blackhead. tak tau blackhead tu ? boleh klik sini. kalau malas nak baca , awak tengok kat cermin . tengok bahagian hidung. ada tak bintik2 hitam ?

pertama kali tengok blackhead ni geram sangat. terfikir macam mana nak buang. nak guna kuku ? tak elok , akan menyebabkan lagi bertambah bakteria. lagipun susah nak keluarkan sebab bahagian hidung berminyak.

alternatifnya ialah Biore Pore Pack ! sebab apa NS recommend ni kat korang ? sebab pore pack ni menggunakan formula Witch Hazel Extract ~ agen mengecilkan liang roma
strip sebelum digunakan ~ bersih

korang tak perlu risau la kalau tak pernah guna , sebab kat belakang kotak tu ade instruction. simple as 123.
Selepas digunakan ~ banyak blackhead melekat

dan produk ni kena pakai seminggu sekali je ~ recommend

dalam setiap kotak ada 10 strip. kire cukup untuk 2 bulan kot. harga pun tak la mahal , MYR 9.90 ~ harga kat watson [masa beli ade discount]

korang ada apa apa produk untuk remove blackhead ? jom la kongsi :)

p/s : rushing kena buat report draft

*btw , yang warna putih ada gak , NS saja amik warne hitam. nak tengok blackhead banyak ke tak :D
sebelum ni pernah guna jenama watson , not so bad cume bau dye sangat kuat :|

KAT MANE NAK BELI PERFUME YANG MURAH ?

Friday, November 18, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum


korang pernah dengan brand PERFUME GENERICS ? hah , siapa yang guna perfume ni tau la . harga perfume ni tak la sampai ratus-ratus , tak sampai 20hengget pun . 




actually perfume ni inspired by jenama perfume yang mahal . macam Tommy Girl , Paris Hilton , Polo dan bermacam-macam lagi . 


mungkin ade antara kita ni teringin nak guna perfume yang berjenama tapi tak mampu . nahh ! sekarang ni ade alternatif kan untuk kita cuba perfume yang bau nya lebih kurang dengan jenama mahal tu .



harga dalam lingkungan RM10-RM15 bergantung pada isipadu perfume tu sendiri . kepuasan terjamin okayh ! bau dia memang tahan lama sebab perfume ni EDF(Eau De Parfum) 7-15% adalah perfume concentrate dan tahan lama . produk ni diiktiraf kerajaan ;) 


kalau korang nak cuba , boleh dapatkan produk ni dekat Guardian atau Mydin . buat masa ni dua tempat ni je yang wani tau , tempat lain wani tak sure . nak beli online pun boleh.
inspired by BABY DOLL


selamat mencuba ye ? :)




nak tau lebih lanjut pasal Perfume Generics ni , korang boleh klik kat sini ----->  Perfume Generics


p/s : suka fruity perfume :D