Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts

APA YANG BERLAKU DI MESIR SEBENARNYA ?

Sunday, August 18, 2013

Hello  bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni NS takde nak post apa apa entry. cuma NS nak kongsi satu yang blog yang menceritakan tentang konflik yang berlaku di Mesir. secara rendah hati, NS jemput korang-korang singgah blog ni. banyak info yang korang dapat bila baca blog yang NS kongsi ni.

sebagai Muslim, NS terpanggil untuk berkongsi. sekurang-kurangnya NS menyampaikan apa yang patut NS sampaikan. Nabi sendiri pernah bersabda

sampaikan sesuatu yang baik walau satu ayat

dengan perkongsian ilmu ni , sedikit sebanyak dapat membantu kita sedar hakikat sebenar. InsyaAllah



 
 
p/s : sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa mengingatiNya. Allahu Akbar!!

DIET DAN CARA PEMAKANAN RASULULLAH

Saturday, September 1, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

hari ni dah masuk raya ke 19 kan ? hmm , sekejap je masa berlalu kan ? NS pun dah nak habis praktikal . hewhew ~~

actually NS tak tau nak update apa . sebab idea takde masa tengah rajin nak berblogging . maaf ye ! but hopefully this article gave us a little bit benefit :)

NS jalan jalan kat google , terjumpa satu artikel tentang diet dan pemakanan Rasulullah. NS tak sure kesahihan perkara ni sebab tidak ada Nas atau dalil berkaitan diet Rasulullah TAPI Rasulullah tu as a role model, mesti ada sebab kenapa baginda berbuat demikian :) (apa yang NS baca dari artikel tu la)

Antara diet dan cara pemakanan Rasulullah 

1. Tidak minum susu ketika baginda sedang makan daging
2. Tidak makan daging bersama ikan
3. Tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan - makanan darat ada cas ion +ve, makanan laut ada cas ion -ve, kalau bercampur mampu memudaratkan kesihatan dan menyebabkan perut dan usus rosak
4. Tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam
5. Tidak makan ikan bersama telur
6. Tidak makan ikan bersama salad
7. Melarang minum susu bersama cuka
8. Rasulullah tidak makan buah-buahan selepas memakan roti , gandum atau makanan berat. sebaliknya baginda memakan buah-buahan sebelum memakan makanan berat (rakyat Malaysia inverse; makan nasi baru makan makan buah) 
9. Melarang manusia untuk makan makanan bercampur haiwan darat dan haiwan laut - tak haram , cuma takut membahayakan kesihatan.
10. Mengamalkan minum air dengan banyak (air putih) . dan Nabi mengamalkan untuk minum air sejuk yang bukan ais + madu - insyaAllah susah untuk penyakit
11. Melarang manusia makan dengan banyak dan melampau
12. Minum air teguk dengan perlahan , melarang manusia bernafas dalam air - dikhuatiri air itu mengandungi bakteria yang berbahaya kepada manusia
13. Berdoa sebelum/selepas makan. cuci tangan sebelum/selepas makan. minum air dengan tangan kanan (seeloknye minum sebelum makan)
14. Minum air selepas setengah jam makan - untuk elak kembung air & awet muda ^_^

Lagi tips :

-Al-Quran mengajar manusia untuk mandi pagi diantara jam 4 pagi - 6 pagi sekurang-kurangnye sejam sebelum matahari terbit untuk mengelak penimbunan lemak di badan 
-bersugi sebelum melakukan solat
-wudhuk sebelum berbuat sesuatu yang suci

hah , banyak kan ? sekali lagi NS nak ingatkan . artikel ni tidak pasti kesahihannya sebab tidak ada dalil. 

dan ada yang memberitahu ,  sekiranya terbukti mengikut kajian saintis . maka ikutlah ye ? :)

Wallahu'alam. 

p/s: if ada diantara anda yang tahu , sila betulkan ye ?


credit : Panduan Percuma

WASIAT LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA

Thursday, May 17, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum. 

emm , entri kali ni NS tukar angin pula. tadi jenjalan kat google , then terjumpa la satu artikel yang NS rasa sangat menarik yang patut NS kongsi. mungkin ada sebahagian dari anda dah tau tentang wasiat ni . dan mungkin juga ada dikalangan anda yang tak tau dan ada juga dikalangan anda yang tak nak ambil tau. 

so , mari kita tengok apa yang Luqmanul Hakim wasiatkan kepada anaknya.
  • Wahai anakku !  Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

  • Wahai anakku !  Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

  • Wahai anakku !  Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

  • Wahai anakku !  Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk 
    mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.  Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

  • Wahai anakku !  Berhati-hatilah terhadap tutur kata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu.  Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

  • Wahai anakku !  Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.  Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.  Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

  • Wahai anakku !  Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

  • Wahai anakku !  Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja.  Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

  • Wahai anakku !  Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

  • Wahai anakku !  Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia.  Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

  • Wahai anakku !  Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya.  Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

  • Wahai anakku !  Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya.  Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

  • Wahai anakku !  Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

  • Wahai anakku !  Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.  Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

  • Wahai anakku !  Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.  Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

  • Wahai anakku !  Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.  Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.  Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

  • Wahai anakku !  Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.  Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

  • Wahai anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


hopefully boleh jadi pedoman untuk anda anda :)


p/s : next entri NS akan sambung pasal kumpulan darah dan personaliti :D

FAKTA TENTANG BUAH TEMBIKAI !

Wednesday, May 2, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

huwaa ! rasanya dah lama sangat NS tak update blog ni kan ? maaf ye kawan kawan. malas nak update sebenarnya. XD

eh , siapa kat sini suka makan buah ? NS suka sangat ! makan buah je pun boleh kenyang. hari ni NS nak kongsi serba sedikit fakta tentang buah. kali ni , NS pilih buah tembikai . sebab NS dah lama tak makan buah ni . hihi

so , jom kita tengok fakta tentang buah ni :)

1. Selain boleh menghilangkan dahaga , tembikai juga boleh menghentikan kemerahan/bengkak dibahagian badan disebabkan oleh penyakit asma,atheroscleorosis,diabetis , kanser kolon dan arthritis.
2. 1200 jenis tembikai ditanam diseluruh dunia.
3. Tembikai merupakan makanan yang baik untuk kesihatan disebabkan tembikai tidak mengandungi lemak ataupun kolestrol. malah tembikai mengandungi fiber , vitamin A & C , serta sumber potassium yang baik.
4. Tembikai merah juga sumber antioksidan carotenoid , lycopene. Antioksidan yang masuk ke dalam badan akan meneutralkan radikal bebas.
5. Tembikai adalah sayur ! Ia tergolong didalam keluarga timun dan labu.
6. Tembikai hidup di 96 buah negara ! 
7. Di China dan Jepun , tembikai dijadikan sebagai ole-ole kepada tuan rumah.
8. Di Mesir, tembikai manis sering dimakan bersama feta keju .
9. yang paling best tentang buah tembikai ni , kesemua bahagian buahnya boleh dimakan. hah , tapi kulit dia tak boleh la nak makan :D

hah , ade sembilan fakta tentang tembikai . NS harap perkongsian kali ni dapat membantu anda-anda semua XD

20 Makanan peningkat memori

Saturday, February 25, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

selamat pagi sabtu :) hari ni bangun awal sebab mata tak boleh nak pejam dah lepas Subuh tadi. hari ni NS nak kongsi lagi satu perkara :) memadangkan final NS dah makin dekat , NS nak kongsi makanan yang elok dimakan untuk meningkatkan memori atau makanan untuk otak la .

ada banyak sebenarnya . tapi NS senaraikan makanan yang boleh membantu pelajar pelajar kuatkan ingatan ,InsyaAllah .

antara makanan yang boleh menigkatkan pertumbuhan sel otak ;

1.Salmon; mengandungi omega 3
2.Telur ; sumber protein yang tinggi, kuning telur mempunyat zat untuk menigkatkan daya ingatan.
3. Mentega Kacang ;sumber vitamin E , antioksidan yang melindungi membran membran sel.
4.Gandum Murni [Whole Grain] ; mengandungi serat , memelihara kesihatan saraf.
5.Oat/Oatmeal ;membuatkan otak berfungsi dengan kapasiti yang penuh
6.Semua jenis Beri ; antioksidan yang tinggu mengikut kepekatan warna, membaiki daya ingatan.
7.Kekacang ; mempertahankan kemampuan berfikir.
8.Sayuran berwarna ; antioksidan yang membuat sel otak kuat.
9. Susu dan Yogurt ; penting untuk pertumbuhan jaringan otak.
10. Daging lembu tanpa lemak ; membantu konsentrasi semasa belajar .

yang ni NS bg point je . untuk yang lebih korang faham , korang klik kat ------> SINI    [credit : panduanpercuma.info]

yang 10 bawah ni pulak makanan yang dimakan oleh genius genius Islam :) nak jadi macam Ibnu Sina , Al-Khawarizmi dan semua genius , korang boleh la amalkan makanan makanan kat bawah ni :

1. Madu ; raja segala ubat dan telah disebut didalam Al-Quran. meningkatkan ingatan dan daya tumpuan. * makan tembikai masa makan madu sangat bahaya ! ~ 
2. Kismin ; zat besi yang dapat membina darah untuk menyalurkan oksigen yang cukup untuk otak. *kekurangan oksigen dalam otak membuatkan kita lupa .
3. Susu Segar ; menajamkan fikiran,bekalkan tenaga mental dan fizikal. memperbaiki penglihatan dan menghindarkan penyakit lupa(susu kambing adalah yang terbaik)
4.Telur ; makanan yang lengkap dengan dan berkhasiat.
5. Halia ; mujarab untuk gejala pelupa. boleh makan mentah atau dibuat halwa.
6.Limau Oren ; mengemaskan urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
7.Buah delima ; diterangkan hati selama 40 hari mengikut sabda Nabi Muhammad S.A.W.
8. Daging ayam (daging ayam betina dara) ; meningkatkan prestasi otak . *mencantikkan rupa paras.
9. Kacang terutama Pistachio atau kacang cerdik ; efektif untuk kecerdikan otak n thats y la kacang ni mahal.
10.Daging biri-biri atau kambing ; menigkatkan kekuatan hafazan(memorize).

hah , yang ni bukan dari NS tapi dari blog lain , so NS credit la tuan blog ye :) korang boleh klik sini untuk penerangan yang lebar --------->> SINI

p/s : selamat mengamalkan :))

HARAM TETAP HARAM

Friday, January 13, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikmu.


Alhamdulillah , sekarang Segamat dah mula panas , lately asyik hujan. bukan wani merungut, tapi risau Segamat akan banjir. tapi wani tau , Allah mendengar doa hambanya :)


okay, hari ni wani nak kongsi satu hukum. hukum memakai pewarna kuku ataupun cutex. korang tauu kan ? kalau tak tau boleh search kat google. 


wani rasa budak sekolah rendah pun tau pakai cutex ni haram . memang betul la kalau cutex tu haram sebab kalau korang wudhuk , bahagian kuku tak kena air . bukan ke syarat sah wudhuk menyeluruhi air ke kawasan wudhuk. itu satu point wani.


yang ni kepada perempuan-permpuan Islam yang tak boleh bersolat , maksudnya haid la . korang still tak boleh pakai cutex. actually , wani tertanya-tanya jugak kenapa tak boleh , sedangkan mereka-mereka ni tak solat. 


alasan yang diberi bila cakap cutex tu haram :


"relakss , la . aku bukan sembahyang pun. masa boleh sembahyang nanti , aku kikisla."
"aku pakai ni kejap je , nanti aku basuh la".


point yang kedua ni , wani nak tanya korang , apa tujuan pakai cutex ni ? tak lain tak bukan sebab nak cantik. kalau itu tujuannya , haram ye ! kalau saje-saje pun haram . 


Allah dah cipta manusia dengan sempurna , kenapa perlu tabarruj (berhias berlebih-lebihan). kuku kita dah cantik warna pink(sihat),tak perlu la nak warna dengan warna-warna yang tak sepatutnya.


so , dah clear kann ? harap korang boleh kongsi dengan yang lain.


kalau tak puas hati , korang boleh rujuk kat sini


P/S : nak jogging ! daa ~~



JOM TAMBAHKAN VOCABULARY GUNA MICROSOFT WORD !! ;)

Thursday, October 20, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


siapa kat sini minat English ? rasanya ramai yang minat tapi kita tak confident dengan English yang tak seberapa . wani minat English , tapi tak la hebat sangat . memandangkan English ni bahasa yang penting , nak tak nak , kita kena belajar juga ! --'


hari ni wani nak kongsi dengan korang macam mana nak belajar English guna Microsoft Word. 


1. buka korang punya Microsoft Word 
klik untuk lihat dengan lebih jelas



2. taip la apa2 ayat atau perkataan English
3. right click > synonyms @ thesaurus


klik untuk lihat dengan lebih jelas




hah , dari microsoft korang dah boleh tambah vocab baru , takyah susah nak beli kamus besta :P lagi satu , microsoft ni jugak boleh tolong korang buat essay . macam mana ? emm , kadang2 vocab English kita terhad , so , why not kita cuba cara wani untuk mengempakkan lagi essay anda . dalam bahasa English je la ye :P


p/s : ilmu itu perlu dikongsi supaya ia tak hilang ;)