Showing posts with label tips tak seberape. Show all posts
Showing posts with label tips tak seberape. Show all posts

[TIPS] LENTIKKAN BULU MATA

Saturday, December 10, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum


how's your holidays guys ? seronok tak ? siapa kat sini perasan yang wani macam chipsmore, kejap update , lama pastu , baru update balik . siapa ? siapa ? hikhik


okayh , hari ni wani nak kongsi satu tips untuk gegurl kat luar sane tu yg suka nampak mata korang boolat . selain korang apply eyeliner , bulu mata jugak boleh buatkan korang nampak dramatik. 


tips ni wani dapat dari majalah . macam wani , bulu mata wani panjang , + degil . susah gila nak lentikkan even dah guna maskara n curl eyelashes. satu cara dengan guna fake eyelashes. tapi banyak risiko guna bulu mata palsu ni .


tips ni mudah dan takyah keluarkan duit. setiap kali sebelum tidur , korang letakkkan lidah buaya dekat bulu mata korang. kena amalkan selalu . insyaAllah berhasil. :)


wani dah cuba , berhasil . thats why wani kongsi. selamat mencuba.


p/s : lidah buaya dengan aloe vera sama kan ?







JOM TAMBAHKAN VOCABULARY GUNA MICROSOFT WORD !! ;)

Thursday, October 20, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


siapa kat sini minat English ? rasanya ramai yang minat tapi kita tak confident dengan English yang tak seberapa . wani minat English , tapi tak la hebat sangat . memandangkan English ni bahasa yang penting , nak tak nak , kita kena belajar juga ! --'


hari ni wani nak kongsi dengan korang macam mana nak belajar English guna Microsoft Word. 


1. buka korang punya Microsoft Word 
klik untuk lihat dengan lebih jelas



2. taip la apa2 ayat atau perkataan English
3. right click > synonyms @ thesaurus


klik untuk lihat dengan lebih jelas




hah , dari microsoft korang dah boleh tambah vocab baru , takyah susah nak beli kamus besta :P lagi satu , microsoft ni jugak boleh tolong korang buat essay . macam mana ? emm , kadang2 vocab English kita terhad , so , why not kita cuba cara wani untuk mengempakkan lagi essay anda . dalam bahasa English je la ye :P


p/s : ilmu itu perlu dikongsi supaya ia tak hilang ;)

TIPS : LUPAKAN BEKAS KEKASIH.

Tuesday, June 28, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum.

pernah dengar tak ayat ni ?

"kita memerlukan seminit untuk mengenali seseorang, sehari untuk jatuh cinta, tapi kita memerlukan bertahun-tahun untuk melupakan seseorang "

mesti korang pernah dengar kan . ayat ni lebih kepada orang yang putus cinta. mesti korang setuju dengan ayat kat atas tu. wani setuju kalau putus cinta dengan orang yang kita anggap 'cinta matii'. orang dah kahwin pun takde cinta mati ,kalau seorang mati , takkan nak ikut kann ? :D



kebanyakan perempuan sekarang ni senang je nak anggap seseorang lelaki tu cinta mati dorang . sebab apa ?

sebab dorang rasa bekas kekasih dorang tu la yang terbaik yang dorang pernah jumpa . gurls ! don't do that okayhh ?

memang la. masa bercinta semua manis . yang pahit pun kau kata manis jugak. sebab sayang punya pasal.

so , kat sini . wani nak kongsi tips sikit pasal nak lupakan bekas kekasih yang korang rasa cinta mati tu . apa yang wani nak kongsi ni , tips dari pengalaman wani sendiri okayyh ? jom tengok satu-satu.

1. menangis sepuas-puasnya.

ni memang perempuan selalu buat. sikit-sikit nangis .tengok hindustan nangis,baca novel nangis, tengok citer korea pun nangis. kira perempuan ni memang hebat kalau bab2 nangis. sebab senjata perempuan pun air mata.

lepas dah break up takyah la nak buat kerja bodoh terjun bangunan bagai. korang menangis la puas-puas. insyaAllah lega sikit.

oh ye , kalau nak menjerit pun boleh jugak . takpun beli punching bag . kau tumbuk la puas-puas. hikhik.

2. berkongsi dengan member

pastikan korang berkongsi dengan member rapat! sebab member ni lebih memahami kita. silap aribulan , dia pun nangis sebab nak berkongsi kesedihan. >.<

bila korang share dengan member luahkan segala kesakitan yang korang alami . memang sakit der bila putus dengan orang yang kita sayang , sakit2 !

tapi kalau kawan kau tu jenis nak blame kau je , kau cili kan je mulut dia . takpun kalau baik sikit , kau sepak je muka dia laju2 .

3. berfikir sepositif mungkin.

bila dah clash ni , mula la kau nak cari salah bekas kekasih kau . Don't gurl ! buang masa je nak cari kesalahan orang lain . mungkin ada jugak salah pada diri kita yang kita sendiri kita tak nampak .

orang tua-tua kata ape ,

"kuman seberang jalan kau nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak ."

sekurang-kurangnya clash masa bercinta , bukan masa dah kahwin . kalau masa tu , Mak Jemah tak dapat nak tolong nokss ~

4. ada hikmah disebaliknya

bersyukurlah . apa yang terjadi pada kita semua ada hikmah . mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita . ada lagi yang lagi baik , lagi kaya , lagi hensem dan semuannya lebih la dari bekas kekasih kita.

pengalaman mengajar kita untuk lebih matang kan ? nilai lah seseorang dengan berhati-hati.


5. Delete segala memori

yang ni susah sikit kot perempuan nak buat. tapi tak mustahil. cuma ambil masa. tapi gegurl sekalian , tolong jangan ingat segala memori2 yang manis lepas kau dah clash . jap lagi air mata berjurai.

kalau boleh , kau buang je la apa2 yang berkaitan dengan bekas kekasih tu . nanti asyik terkenang je , kan dah susah. come on gurl , make a move !

6. berkawan selagi boleh

bila dah single ni , lagi senang kau nak berkawan dengan sesiapa . takde nak fikir kena jaga hati orang ke . kena inform bf ke . dan masa ni lah korang nak mulakan buku baru .

mula-mula memang susah babe nak berkawan dengan lelaki. sebab rasa macam phobia , trauma bagai . tapi perlahan-perlahan lah . don't push yourself. tak semua lelaki tu jahat . masih ramai lagi yang baik . tapi kita kena bijak memilih .

7. Berdoa

ini jalan terakhir. korang berdoa je la .

"Allah mendengar doa setiap hambaNya."
berdoa supaya nikmat cinta tak ditarik oleh Allah dan berdoalah semoga Allah mengurniakan insan yang baik untuk kita. insan yang dapat mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah .

hah . ni lah yang wani buat lepas wani clash ! huhahah . bukan nak bangga weyh . tapi segala yang wani cerita ni . wani buat . time will cure your pain . tak perlu risau.

satu je pesan wani

"buktikan pada bekas kekasih yang sebenarnya dia rugi tak memiliki kita" .

chill ye sayang-sayang sekalian ;)

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Wednesday, April 13, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kali ni wani nak kongsi sikit tips. hari tu wani dah kongsi pasal kesihatan kan ? sebenarnya info-info yang wani dapat tu semua dari google. tapi wani olah la sikit.

bulan ni bulan yang paling sibuk untuk student yang belajar kat universiti terutamanya Universiti Teknologi Mara.

masing-masing ada cara masing-masing kan ? tapi wani nak kongsi jugak =P



1. bersiap sedia dari segi fizikal dan mental
- segala kelengkapan untuk peperiksaan dah sempurna. nanti tak la u'olls kelam kabut.

2.semak jadual peperiksaan.
- pastikan u'ollss tau bila dan dimana peperiksaan dijalankan.

3. jaga kesihatan diri
- elak dari sebarang bahaya dan jaga pemakanan.

4. tidur awal dan rehat secukupnya
- masa exam ni la kita nak tidur awal. untuk elakkan kita gemuruh.

5.ulangkaji nota ringkas
- janganlah masa esok nak exam , baru u'olls nak baca buku teks yang tebal. itu akan menyebabkan u'ollss lagi la takut nak jawab exam.

6. doa dan tawakal
- setelah belajar ataupun usaha , hendaklah kita bertawakal. doa dan restu dari keluarga sangat penting. apalah salahnya kalau telefon keluarga untuk minta restu dan minta family untuk doakan kita ;)

7. meminta maaf pada semua orang dan memaafkan semua orang, insyaAllah hati kita tenang.

*banyakkan selawat,solat sunat dan mengingati Allah. Allah takkan lupa pada hambaNya yang selalu ingat padaNya ;)

p/s : kalau ada siapa-siapa terasa dengan wani , wani minta maaf ye ? wani nak final dah ni. maafkan wani ye ? :)

GIRLS! PLEASE TAKE AN ACTION !

Monday, April 11, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

maaf ye wani dah lama tak post sebarang entri sebab wani malas dan tak tau entri apa nak tulis :)

okay . hari ni wani nak kongsi sikit pasal menstrual cramps. guys, u'ollss patut tahu menstrual cramps. sekurang-kurangnya boleh la u'ollss share ngan kakak , adik perempuan , kawan perempuan , dan sewaktu dengannya.

menstrual cramps/period pain / menstrual pain atau dalam bahasa malaysia; Senggugut.

senggugut disebabkan :

- prostaglandins; bahan kimia dalam badan seorang perempuan yang menyebabkan tidak selesa. tisu-tisu yang berada di uterus menyebabkan ia terjadi. semakin tinggi prostaglandins , semakin sakit yang akan dialami.

jenis-jenis senggugut :

#endometriosis - uterine tisu berada diluar uterus.
#fibroids atau adenomyosis - ketumbuhan didalam uterus
#infeksi di bahagian organ pembiakan.(reproductive)
#kandungan yang tidak normal berlaku di luar uterus.
#ketumbuhan di ovari (ovarian cyst)
# serviks yang sempit.

simptom-simptom senggugut :

-bahagian bawah pinggang akan mengalami kesakitan
-kesakitan pada bahagia kaki
-nausea (loya)
-muntah
- diarrhea
-sakit kepala
-mood berubah-ubah
-lemah badan
-pengsan (kes-kes yang berbahaya)

bila perlunya berjumpa pakar ?

-senggugut berlaku dalam tempoh yang terlalu lama
-sakit yang berlainan daripada biasa.
-pendarahan yang berlebihan
-tanda-tanda infeksi (demam,lemah badan)
-senggugut bermula pada mereka yang melebihi 25 tahun.

cara untuk mengatasinya ?

-ambil ubat anti-inflammatory ; ibuprofen,naproxen,ketoprofen . boleh diambil tanpa sebarang preskripsi.
ubat-ubat ni sebaik-baiknya ambil sebelum menstruasi. jika salah satu ubat ni tidak mengurangkan kesakitan , anda boleh mencuba ubat yang lain diantara 3.

*jika ada masalah dengan buah pinggang , rujuk pada doktor.
-menggunakan tuam untuk tuam dibahagian pelvic.
-urut dibahagian bawah dan belakang abdomen .
-bersenam.
-thiamine(vitamin B1) 100mg sehari.
-diet sayuran rendah lemak.
- kalsium 1200mg sehari.


tu je la wani nak kongsi. kongsi apa yang wani tau sebab wani mengalami senggugut ni. u'ollss yang pernah sakit macam wani , boleh la search kat google pasal mentrual ni.

amalkan kehidupan yang sihat okayy ? :)

p/s : mencegah lebih baik dari mengubati.


SAYANGI MATA ANDA !

Sunday, April 3, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

eh , final paper wani dah nak dekat . insyaAllah , 20hb ni wani dah start berperang dengan segala paper yang wani ambil untuk sem ni. kepada u'ollss yang akan ambil exam macam wani , goodluck la ye :)

okayy , hari ni wani nak cerita sikit pasal penjagaan mata.

sebenarnya mata adalah kawasan yang sangat sensitif dan perlukan perhatian lebih. takkan la muka je nak cantikkan ? kalau boleh biarlah kita menjaga apa yang Allah bagi pada kita dengan sebaik-baiknya.

jom wani kongsi tips penjagaan mata dengan u'ollss

1. elakkan minum air 2 jam sebelum tidur. sebabnya bila kita minum air 2 jam sebelum tidur ni , akan menyebabkan kulit bahagian bawah mata bengkak dan sembab.
2. pastikan u'ollss bersihkan solekan pada mata sebelum tidur. kalau tak dijaga dengan betul, akan mengakibatkan kehitaman dan dipenuhi bintik-bintik halus.
3. jangan gunakan pelembap(moisturiser) pada bahagian mata. ia akan mengakibatkan 'oil seed' pada bahagian bawah mata. seeloknya pakai gel mata yang dikhaskan
4. elakkan memakai kanta lekap selama 12 jam. sebab ia akan membuatkan mata menjadi letih
5. sesiapa yang selalu berhadapan dengan skrin komputer/laptop/tv digalakkan untuk melembapkan mata dengan menggunak eyemo atau sebarang ubat mata yang sewaktu dengan eyemo.

hah , tu la tips yang wani nak kongsi. kalau nak kasi mata lagi cantik , minum la inner shine =p
untuk elakkan rabun orang kata makan carrot banyak-banyak kan ? sebab carrot banyak vitamin A yang sangat sesuai dengan mata.

mata kita tak cantik macam mata awak ;)

tu jela yang wani nak kongsi , if korang ada apa-apa yang nak kongsi , jangan lupa bagi tau wani ye ! :)

p/s : tips no 5 tu , tips dari wani XD

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

Tuesday, February 8, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

hari ni wani nak kongsi penjagaan muka yang betul. aha,kulit muka wani pun tak la licin mana. biasa biasa je. tak cantik pun. ^.^

mungkin dah ramai tau tips penjagaan muka ni . apa yang wani nak cerita ni semua asas. tapi yang asas ni kalau u'ollss tak ikut, kulit muka akan ada masalah. even u'olls tak guna pencuci muka pun , akan ada masalah. terpulang pada u'ollss la nak ikut tips ni atau tak. ^.^

pertama sekali , pencuci muka. pencuci muka ni kena la sesuai dengan kulit u'ollss. kulit berminyak ke , kering ke atau normal. pencuci muka ni menghilangkan segala kotoran muka. guna sekurang-kurangnya 2 kali sehari ; pagi dan malam.

kedua ; skrub muka. skrub ni guna 2-3 kali je. skrub ni boleh membuang sel kulit mati dan kotoran serta boleh mencerahkan kulit u'olls.

ketiga ; penyegar. guna selepas u'olls cuci muka dengan pencuci muka atau skrub. penyegar ni mampu mengetatkan pori-pori kat muka kita.

keempat ; serum. serum ni boleh meresap jauh dalam kulit muka kita. serum ni boleh mencerahkan kulit dan menegangkan kulit. macam kedut-kedut kat sekitar mata.

kelima ; krim kontur mata. krim ni khas untuk bahagian mata sebab bahagian mata sangat sensitif. krim ni boleh mengurangkan lebam bawah mata .

keenam ; krim pelembap siang/malam. krim pelembap siang ni pastikan ada SPF 15. sebab krim ni ada pelindung UV dan boleh kurangkan kulit gelap.
krim pelembap malam pula untuk membantu baiki kerosakan pada kulit muka masa kita tidur.

lepas tu , u'ollss yang nak bermakeup, boleh la pakai foundation dan sewaktu dengannya.
tu je la yang dapat wani kongsi. follow the steps yeah dear kalau nak kulit kita sentiasa dilindungi :) ulang penggunaan setiap hari.

selamat mencuba ye .

luaran dah cantik , dalaman kena cantik juga tau ! ^,^

p/s : semangat bila dapat set penjagaan kulit Safi Perfect 10 .

SEMUA ORANG NAK CANTIK !

Tuesday, November 23, 2010

hey bloggie :) Assalamualaikum .
ingat tak entry pasal Garnier && Elianto ? hari ni wani nak kongsi dengan u'ollss macam mana Wani jaga muka Wani . yang lain lain tu , nanti wani bagi tau , step by step la ye ?

entri ni bukan la nak cakap Wani cantik , tapi tak salah kot nak kongsi ngan u'ollss semua . kira entri kali ni macam review produk yang Wani guna je :)

sebelum sebelum ni , Wani guna produk Safi n Syahirah . pakai Safi n Syahirah da okay , tapi Wani ni suka gatal gatal dan suka buat eksperimen kat muka sendiri :) n now Wani pakai Garnier Pure sebab kulit jenis berminyak . pakai Garnier memang best yaww :) dapat rasa perbezaan even baru dua minggu Wani minggu guna .


lepas guna pencuci muka Wani guna pelembap Safi Gamat. lupa pulak Wani ni suka pakai campur campur . certain orang tak bolehkan , tapi Alhamdulillah kulit Wani okay je. tapi pelembap ni ikut kerajinan Wani jugak nak pakai .

kalau nak keluar rumah Wani akan pakai Safi Pencerah . yang ni pulak function nya macam sunblock la. Safi Pencerah ni jugak boleh cerah kan kulit u'ollss . yang dah cerah tu , meyh tambah kecerahan u'ollss. barang yang Wani guna ni murah kot n sesuai dengan student .

bab makeup pulak sure la Wani pakai . tipu la Wani tak pakai . if tak pakai pucat pulak muka Wani . dah pakai semua krim tu , Wani akan pakai Silkygirl Compact Powder Pure Fresh sebab dia oil control & Magic Face Powder macam loose powder jugak . so , sesuai la ngan Wani . foundation semua belum try lagi :) nanti la kot kalau ada duet sendiri .

then blusher pulak , Wani pakai Blusher Pot dari Elianto . Wani suka warna Elianto . sesuai dengan kehendak Wani . Wani prefer colour Desert Rose sebab kulit Wani cerah kan . lagipun salesgirl tu suggest kan . if u'ollss nak beli makeup2 ni , better tanya pada pakar okay ?

mata mainkan peranan kan . so , eyeliner Wani guna Eyeliner Pencil dari Elianto . pakai memang best ! sebab mata pensil tu lembut . boleh la u'olss nak buat style Gyaru nanti . Wani tak reti nak pakai eyeliner liquid nanti comot . Mascara pulak Wani guna produk Elianto jugak . Fake Lash Mascara . eyeshadow lak Wani tibai mak punya je :P maka hasilnya

tang bibir pulak , Wani cuma guna Nivea Lipcare :) nak pakai gloss malas . sebab nanti asyik nak kena touch up je :P


kalau nak rajin lagi pakai mask tau ! :) heheh , wani suka pakai mask ni ! Natural Mud Facial Mask from blogshop kak Ain . best tau mask dia , segar je lepas pakai :) kalau berminat klik sini


yeah ! da jadi macam dayang senandung :P

u'ollss ada nak kongsi tak ? jom kongsi , then bagi tau Wani :)

p/s : kalau luaran je cantik tak bagus jugak , so dalaman kena baik jugak :)

RAMBUT SIHAT :)

Wednesday, May 19, 2010

hey ,, arini wani nak kongsi skit la, cmne wani jge rambut wani , rmi ckp rmbut wani cantik , cantikk ke ?? *perasan je la ko ni heheh , family & kwn2 la ckp kn , ye la kot , emm , even wani bertudung , wani tetap jge rmbut wani , wani takde rahsie ape pn cume :
  1. gne syampu yg sesuai ye , cm wani , wani gune HEAD & SHOULDER , maklum la , rmbut selalu bertutup ni senang ade kelemumur kn .
  2. then , better pki perapi la kn , sbb syampu yg kiter pakai tu ade la asid , untuk natural kn balek , kena la pki perapi , sbb perapi tu ade la alkali *igt lagi tu sbjek kimia :P
  3. ni lagi satu , pas mandi , jgn gosok rambut tu ngan tuale , sensitif , just lap je .
  4. kalo nak sikat , tggu da kering skit ye ,
  5. nxt , if nak pki minyak ke , ape ke , terpulang la , janji sesuai ngan rmbut :)
emm ,, wani citer melalui pngalamn wani , so just nk kongsi , btw , rmbut wani da mmg semulajadi lurus , senang la nk jge kan :) kepada gurl kat luar tu , jage ek , mahkota anda :)