Showing posts with label kumpulan darah A. Show all posts
Showing posts with label kumpulan darah A. Show all posts

KUMPULAN DARAH A DAN PERSONALITI

Monday, May 7, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

yeahh ! hari ni NS nak kongsi lagi perkara yang NS rasa dah ramai tau . kira ni common knowledge la. tapi apa yang NS nak kongsikan ni , jangan la korang terlalu percaya , mungkin ade yang betul mungkin jugak tak betul.anggaplah ape yang NS nak kongsi ni sebagai ilmu .

hah , siapa kat sini tau dia tergolong dalam darah apa ? ^_^ Kumpulan darah terbahagi kepada 4 kumpulan ; Darah A ,Darah B,Darah AB dan Darah O.

entri ni NS akan kongsikan tentang personaliti darah A. hopefully korang yang tergolong dalam darah ni boleh menilai diri korang.

Fakta :

Mereka yang berada didalam kumpulan darah A akan menghasilkan antigen 'A' didalam sel merah dan antibodi 'B' di dalam plasma.

Personaliti :

Jenis darah A selalu dikaitkan dengan personaliti berikut : sensitif terhadap keperluan orang lain (suka menolong),pendengar yang baik , sangat terperinci , analisis, kreatif, inventif (merekacipta). Mereka selalunya dilihat sebagai individu yang tenang di luar tetapi didalam penuh dengan kerisauan dan susah hati. 
Dianggap sempurna. seorang yang pemalu dan sensitif. Pendiam , stabil dan bertimbang rasa. Seorang pendengar yang baik dan sensitif terhadap warna dan persekitaran. Individu ini sangat suka berfesyen dan mengikut trend terkini , tetapi tidak menyerlah dan tidak menonjol . Sangat menyukai sesuatu yang romantik dan sering berkhayal dengan dunia imaginasi sendiri. 
Dalam perhubungan cinta , A serasi dengan individu kumpulan darah A dan AB [kalau jodoh , tak kira pun pasal darah ni]
Kerjaya pilihan : Akauntan,pakar ekonomi , pustakawan,penulis , computer programmer, kolumnis gossip.

Individu berdarah A juga cenderung sebagai seorang yang suka bekerjasama , sensitif , pintar , bersemangat,  dan bijak. Sering merasa bimbang apabila bersama-sama dengan orang lain. mampu menahan emosi. kebanyakan mereka tidak sabar , mudah marah dan tidak dapat tidur lena. Mampu untuk dilantik sebagai ketua , malangnya tidak digalakkan kerana , stress tidak elok untuk mereka yang berdarah A.

Individu berdarah A juga dikenali sebagai 'Perfectionist' .

hah, habis dah pasal anda anda yang berdarah A . next entri , NS akan update pasal anda yang berdarah B pulak :))

p/s : sakit hati dengan MF

sumber: link,link