hey bloggie :) Assalamualaikum .
tak tau la kenapa tadi Abah cakap pasal kahwin . hanya disebabkan saya bangun lewat je T__T
sebelum tu , mintak maaf kalau entri kali ni , berjiwang-jiwangan dan menggedik . keep on listening lagu ST12 . semua orang pun tau ST12 lagu lagunya menyentuh jiwa dan kalbu .
okay . Lately rasa sangat jeles bila tengok pasangan pasangan yang happy bersama. mungkin sebab saya pernah melalui episod cinta yang terlalu indah untuk saya lupakan . tapi Alhamdulillah berkat sokongan rakan rakan dan orang sekeliling saya mampu tersenyum lagi .

rasanya tak perlu untuk diungkit lagi segala cerita lama dan tak perlu untuk menangis semahunya . setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya . sesedih mana pun manusia itu , kecewa mana pun seseorang itu , masa tidak pernah berhenti untuk melakarkan sebuah kenangan indah setiap hari .

dan kerana itu , saya terlalu berhati hati memilih sahabat , rakan , dan juga teman untuk dibuat berbicara dan berkongsi masalah . tidak kira lelaki mahupun perempuan . bukanlah saya terlalu memilih tetapi setiap manusia mahukan yang terbaik dalam setiap kehidupannya . terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sentiasa menyokong dan sentiasa memahami saya .

maaf pada mereka yang cuba untuk mendampingi saya . bukan saya tak sudi tetapi saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang komitmen . mungkin juga belum bersedia untuk ada perasaan yang sama . mungkin juga saya menunggu seseorang yang mampu memahami saya secara keseluruhan .

sesungguhnya saya teringin untuk tinggalkan dunia 'single' sebab saya tau kegembiraan bersama orang tersayang . tapi saya tidak mahu terburu buru untuk memiliki seseorang saya tidak pasti adakah dia untuk saya . bukanlah saya serik untuk mencuba , tapi tak salah rasanya saya lebih berhati hati .
indahnya hidup ini apabila bersama orang yang kita sayang :)
p/s : I get the best feeling in the world when you say hi to me, or even smile, because I know even if just for a second, I crossed your mind.
thank you :)