Showing posts with label kdrama. Show all posts
Showing posts with label kdrama. Show all posts

REVIEW KDRAMA : FLOWER BOY RAMYUN SHOP ( 꽃미남 라면가게)

Saturday, December 15, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum

heww ~ dah lama rasenye NS tak berblog kan ? banyak benda nak blog, cuma tak berkesempatan nak hupdate ! 

hmm , hari ni NS baru je habis tengok satu KDrama ni. not so bad :D suka sangat jalan cerita + hero hero dia best sangat.

tergerak hati nak tengok cerita ni sebab ada Jung Il Woo :) NS tak familiar pun dengan lakonan dia. kira drama ni drama first lakonan dari Jung Il Woo yang NS tengok. 


Drama : Flower Boy Ramyun Shop /  꽃미남 라면가게 / Kkotminam Ramyeongage
Episode : 16 Ep
Genre : Romantic Comedy
Sinopsis : mengisahkan Yang Eun Bi (Lee Chung Ah) sebagai seorang mahasiswi di sebuah universiti dan bercita-cita menjadi guru sekolah menengah. cerita menjadi lebih menarik bila Yang Eun Bi accidentally terjumpa Cha Chi Soo (Jung Il Woo) anak orang kaya yang sangat berpengaruh dan mempunyai syarikat yang paling besar di Korea Selatan. Eun Bi ni ada ayah yang mengusahakan sebuah kedai ramen. hubungan Eun Bi dengan ayahnya tak berapa baik atau dingin la senang cerita. Eunbi diterima jadi guru praktikal dekat sekolah kepunyaan family Chi Soo. lepas diterima tu , banyak la insiden kelakar yang korang sendiri kena tengok. :P bila ayah Eunbi meninggal, Eunbi sedih sangat + menyesal sebab tak ambil berat pasal ayah dia. sebelum ayah dia meninggal , ayah dia ada sampaikan wasiat pada seorang lelaki - chef dari Jepun iaitu Kang Hyuk (Lee Ki Woo). dalam wasiat tu , dia nak Kang Hyuk berkahwin dengan Eunbi tanpa persetujuan Eunbi + usahakan kedai ramen tu.masa Eunbi sekolah menengah, dia boleh dikatakan kak long gangster la. dan dia mempunyai adik angkat (?) nama Kim Ba Wool (Park Min Woo).

lepas beberapa insiden berlaku pada Chi Soo + Eunbi , Chi Soo ni baru tau yang dia tertarik pada Eunbi . cuma dia blur pasal cinta. Chi Soo ni ada kawan yang dia sangat rapat iaitu Woo Hyun Woo (Jo Yoon Wo). lepas Eunbi kena buang dari jadi guru praktikal, dia decide nak usahakan kedai ramen tinggalan ayah dia bersama Kang Hyuk dalam keadaan paksa rela. lepas ade la scene2 yang kelakar + sangat geli hati . 4 hero ni sama-sama usahakan kedai ramen ^_^

lepas tengok episode 10 dan ke atas , baru dapat tau Chi Soo ni adik kepada Kang Hyuk. dorang ni lain ayah , sama emak. actually cerita ni ada part sedih , tapi Chi Soo suka spoilkan mood sedih tu. ~~ tapi ada la part part yang betul betul sedih. lagi lagi Kang Hyuk sacrifice cinta dia untuk adik dia + bila Kang Hyuk nak pergi dari kedai tu. T_T 

korang tengok sendiri & nilai okay :) 

fyi , if korang tengok cerita ni , korang boleh tahu perangai sebenar Jung Il Woo. NS ada terbaca satu artikel  yang mengatakan watak dalam drama ni adalah watak sebenar Jung Il Woo. but not 100% tau ;)

*watak Kang Hyuk sangat super cool

p/s : cerita ni ditayangkan masa tahun 2011 :) 

[KDRAMA] HEARTSRINGS DAEBAK !

Tuesday, December 20, 2011

hello bloggie :) Assalamualaikum.


lately,Segamat asyik hujan. hopefully nothing bad happened sebab paras air dah sampai tahap bahaya . doa2 sangat tak jadi pape , rindu kat family . sabtu ni dah cuti sampai awal januari. 


hari ni wani nak kongsi dengan korang KDrama yang wani baru habis tengok semalam. actually cerita ni dah ditayangkan masa bulan Jun dan tamat pertengahan bulan Ogos 2011. 


baru sekarang wani berkesempatan nak tengok cerita ni. maklumlah , banyak sangat KDrama yang beratur n PERLU ditonton :P 


cerita ni dari kesinambungan You're Beautiful. dalam cerita You're Beautiful ,Yong Hwa (Shin Woo) suka dengan Park Shin Hye (Go Mi Nam) tapi bertepuk sebelah tangan. kesian kan ? 


cerita Heartstrings ni lebih fokus pada Yong Hwa dan Park Shin Hye . lakonan mereka sangat mantap ! wani bagi 5 bintang . siapa yang tak tengok lagi , silalah tonton :) korang boleh tengok cerita ni secara online . banyak link2 yang provide cerita korea online :)


aha , OST dalam cerita ni sangat menyentuh perasaan tau ! lagi2 bila Yong Hwa nyanyi lagu berentak slow ! cair weyh ! 


lagu yang memang best dalam cerita ni :- (link korang cari sendiri ye , since wani pakai broadband)


1. Because I Miss You OST - Jung Yong Hwa
2. The day we fall in love OSt - Par Shin Hye
3. Thought we're only friends - Oh Won Bin 
4. Star -Kang Min Hyuk
5. Even if its necessary - FT Island

selamat menonton :)



p/s : since tengok Heartstring , makin suka tengok lakonan Park Shin Hye. + suka dengan suara Yong Hwa.