Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

AKU FIKIR AKU PEREMPUAN JE !~

Monday, March 12, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

hoyeahh ! tinggal lagi dua paper je untuk last semester ni. doakan NS boleh buat yang terbaik tauu ! ~ ^_^ 

NS baru je siapkan satu header .  maklumlah free kan , ramai pulak nak minta tolong buat kan . xD tapi maaf eh ? NS buat simple gila . kalau tak cantik , korang jangan marah NS.

actually NS nak kongsi satu benda. tadi lepas lunch , nak on the way balik ke kolej . ada la satu kereta ni lalu . dalam tu semua lelaki . *asal ingat je , rasa nak pijak perut dorang !~ 

Mamat bengong : awak awak ! kolej SMK kat mana?
NS : (dengan muka blur) kat depan tu , blok warna kuning.
Mamat bengong : yang mana ?
NS : yang sebelah kanan tu .
Mamat bengong : tau dah , saje nak tanya . HAHAH

nampak tak situasi kat sini boleh buat orang bengang ? masa tu nak mencarut . tapi fikir macam tak sopan je . tapi kalau NS jumpa mamat tu , memang NS pijak perut dia . tak kisah la dia besar mana pun . faham tak geramm ? grrr ~

kepada lelaki yang diluar sana , tolong jangan buat ye . perempuan ni sensitif. dibuatnya melalak tengah tengah jalan camno ? pandai2 la nak jawab ehh ? :D NS tak camtu , kalau korang buat , free je kena maki/kena pijak perut . 

even nak menyakat , sila menyakat dengan cara yang bertatasusila.

p/s : kalau aku jahat , aku calar kan kereta kauu !~ HHAHAHA *gelak evil

2 KALI AKU CONFESS , TAPI DITOLAK !~

Friday, February 24, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .

Salam Jumaat !~ semoga hari ni lebih baik dari semalam . && semoga Allah sentiasa berkati hidup kita.

gurl/boy ! korang pernah confess pada orang yang korang suka tak ? kalau orang yang tu pun suka korang , seronok la . tapi macam mana pulak kalau korang confess , dia tak terima atau bahasa kasar tak respond ? malu kan ? so do I . tapi NS ni confess kat orang , tak pernah dapat . --'

first confession masa tingkatan 4 ;) bila ingat balik macam tah pape . mula mula tengok dari jauh . luckily la kitorang sebaya . then NS minta tolong sorang senior ni untuk sampaikan segala surat dan coklat. masa tu kat asrama , tak main la mesej2 ni. hikhik.

selama NS hantar  surat , dia tak pernah balas . sedih tak ? then NS assume dia tak suka o dia tak nak ada relationship dengan sape2. okayh , at least NS tak la rasa beban bila simpan perasaan sorang2. kira lega la lepas dah confess even dia tak terima ;)

second confession masa NS umur 19 =] masa umur 19 tahun ni maju sikit la . sebab texting /call je . yang second ni memang sempoi gila . hahha . NS just text that guy , bagi tau dia , yg NS suka dia , tapi dia tak respond jugak . tapi both of us still berkawan .

bagi NS , asal NS tak rasa beban dengan perasaan tu , cukuplah. terima atau tak , cerita nombor dua . bab perasaan ni sangat sakit kalau korang simpan sendiri. kalau tak berani , cerita la pada kawan kawan yang sudi dengar . kalau NS , NS lagi suka confess . even it risky,tapi NS jujur :P

p/s : hidup kita penuh dengan risiko , risiko yang kita tak tau akibat akan datang adalah cabaran untuk kita :)

KESUNYIAN

Thursday, March 17, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

kepenatan lepas tengok cerita Ratu The Movie . cerita dia sangat best ! dan takkan terbayang movie macam tu . enjoy ! dan student UiTM Segamat orang pertama yang dapat tengok cerita tu , heee XD bangga tau !

okay , balik je , wani terus tidur . wani kepenatan sangat , rasa macam dah takde tenaga. -___-. masa tu , otak melayang fikir sesuatu. SUNYI ! ye , sunyi . sunyi bila kita jauh dari keluarga walaupun kawan-kawan dekat sekeliling. kekasih apatah lagi , jauh menyimpang.

rasanya banyak entri wani yang seolah-olah wani merungut dengan status wani sekarang. tak patut pun sebenarnya , tapi hanya Allah yang tahu perasaan tu bila selama ni ada orang yang sayangkan kita pergi tinggalkan kita.

wani cuba menjadi seorang yang optimistik . mungkin bukan sekarang. mungkin pada masa akan datang. kita tak tau . sekurang-kurangnya wani pernah diberi peluang untuk merasa perasaan yang cukup indah. terima kasih.

melihat kebahagiaan orang lain buat kita cemburu dengan kehidupan orang lain , tapi kita tak pernah sedar , Allah memberi peluang untuk kita terus mencari keserasian diantara satu sama lain. Allah tak pernah berlaku kejam pada hambaNya.

Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya sendiri . walaupun hampir setahun perkara itu berlalu , wani cukup kuat untuk menuju hidup yang akan datang. sekarang wani hanya mampu tersenyum dengan kehidupan wani. terima kasih memberi wani seulas senyuman dikala suka dan duka .