Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

SOLAT SUNAT PENGUBAT RINDU

Saturday, June 22, 2013

hello bloggie :) Assalamualaikum

cakk ! heww ~ dah lama NS tinggalkan blog ni. well well well, lumrah orang tengah belajar kan , memang la sibuk memanjang. 

ouh hah , start 26 Jun ni NS ada paper final. huu ~ cuak ni. sebab rasa cam tak cukup masa nak belajar , nak revise , nak buat past sem dan macam-macam lagi la. masa tu suntuk sangat rasanya. btw, doakan NS boleh jawab dalam final exam nanti tau !

okayy ! masa tengah stress ni la NS rasa rindu kat orang. biasalah kan , masa tengah tension ni kita perlukan orang bagi semangat. tak ke mengada namanya? heheh. never mind. then mencari la how to mengubat rindu kat google. jumpa la satu blog cerita pasal 'solat sunat pengubat rindu'. mesti korang pelik kan nak kena solat sunat bagai, kenapa tak cakap je kat orang tu kita rindu dia. kan kan ?

meyh sini NS bagi tau. bila kita rindu kat ibu bapa , adik beradik , kawan-kawan rapat kita boleh telefon , whatsapp , viber, wechat , text dan sebagainya. but kat sini NS nak fokus rindu pada orang yang tak halal untuk kita. maksudnya, pada berlainan jantina yang takde ikatan yang sah. faham kan ? ;)

melalui pembacaan NS , bila kita rindukan si dia, hendaklah berwuduk lalu menunaikan solat. contohnya , antara isyak dan solat subuh . let say korang rindu kan seseorang masa tengah malam (waktu ni selalunye terlebih feeling). tapi korang dah solat isyak, nak tunggu solat yang wajib tu lama lagi kan ? hehe so , solat sunat adalah terbaik. tak kisah la solat sunat apa , asal sesuai dengan waktunya. :) 

perasaan rindu itu datang dari Allah. sebaik-baiknya kita menjadikan Allah sebagai perantara kita dengan dia. InsyaAllah diberkati :)

kat sini NS sertakan sekali doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha
Ya Allah , sampaikan salam rinduku kepada......(nama penuh orang tersebut),sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin
NS sertakan sekali doa pendekat jodoh :)


p/s : Perasaan itu datang dari Allah. Berdoalah selagi mampu :)

Semoga perasaan rindu ini mendekatkan kita dengan Allah. 

BOYFRIEND LAGI PENTING DARI BFF/BFL?

Wednesday, August 8, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

gambar ihsan:google

rindu sungguh nak berblogging ^_^ tapi tak berkesempatan nak ketuk keyboard untuk update anything news ! pheww ~ Alhamdulillah hari ni NS luangkan masa untuk menaip entry baru.

actually terfikir perkara ni dah lama , tapi tak nak la update sebab nak cari jawapan sendiri . and lastly memang tak jumpa jawapan dia.

NS pernah lalui perkara ni masa cinta monyet dulu. maklumlah remaja yang meningkat naik ni semua benda kau nak try kan ? btw , entri ni khas untuk #perempuan. cik abang pun boleh baca ;)

i'm just wondering ; macam mana kita perempuan ni mudah percaya pada lelaki yang digelar boipreng dari kawan sendiri . faham tak ? i guess my sentences quite confusing.

cenggini ye ; korang ada BFF/BFL (Bespreng porever/bespreng for life) yang memang kita dah lama kenal masa sekolah. lama pastu korang ada boipreng >.< 

korang perasan tak masa tu perhatian korang teralih sedikit pada boipreng yang korang baru je kenal ? maksudnya , everything yang dulu korang dok share dengan BFF/BFL tu korang dah tak share dekat BFF/BFL tapi kat boipreng. faham kan ayat NS ? emm , kenapa boleh jadi macam tu ? 

nak kata sebab cinta, mungkin jugak. sebab perempuan ni kalau bercinta memang setia . tapi yang BFF/BFL tu nak dikategorikan macam mana ? sayang ? cinta yang suam suam kuku je ke ? atau tempat persinggahan sebab takde orang nak kongsi ? 

NS sendiri tak dapat nak jawab . sebab NS pun pernah buat. hikhik

p/s:Jangan lupa niat puasa ^_^

JANGAN IZINKAN AKU JATUH CINTA ANDAI BELUM MASANYA.

Sunday, May 20, 2012


hello bloggie :) Assalamualaikum.
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
 Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..