Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

MEMANG LAH SEDAP , TAPI BERSIH KE ??

Sunday, May 8, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum.

cakk ! maaf ye dah lama tak update blog ni . sibuk dengan blogshop wani :)

alhamdulillah sekarang follower dah bertambah. terima kasih ye sudi follow blog wani yang tak seberapa ni . hopefully u'ollss akan terus menyokong blog wani.

hah , u'ollss pernah dengar pasal Twist Potato tak ? betul kan namanya ? ala , yang orang jual kat pasar malam . macam-macam jenis . besar , paling besar , kecil , dan paling kecil.


mesti u'olls pernah makan kan ? tapi sebelum u'olls makan , pernah tak terfikir macam mana ia dibuat ? mesti takkan . nampak sedap je beli .


okayh , sepanjang yang wani perhatikan dekat pasar malam , peniaga menggunakan kentang dan 'twist' pada machine yang disediakan.

peniaga 'twist' kentang tu dengan kulit-kulit sekali. the point now is , kentang tu dibasuh ataupun tak sebelum dimasak ? dapat peniaga yang bersih , untunglah .

kalau dapat peniaga yang tak basuh kentang tu macam mana ? kentang kan dari dalam tanah . dan tak mustahil kuman-kuman masih melekat pada kentang tu .

wani bukan nak merosakkan penjualan peniaga , tapi u'ollss fikir la ye . :)

p/s : pastikan kebersihan makanan yang kita makan tu terjamin.


7 KEAJAIBAN DUNIA PURBA

Wednesday, June 16, 2010

hey hey bloggers ! arini tbe2 wani mau citer psl tajuk wani ni ! hee :D u'olss sume tau takk , skrg ni ade 7 keajaiban dunia yg baru , tapi belum disahkan lg , sbb sume nye dalam proses , siap ade vote vote lagi ! :) btw , negara tumpah darahku , tak tersenarai plak ! adoyai ! oke oke , wani nk kasi info kt korg psl 7 keajaiban dunia b4 ade 7 keajaiban dunia yg baru oke ! :)


hohoh , pena tgk tak bnde ni ! ni name nye TAMAN TERGANTUNG BABYLON , anda anda sume pena g sini tak ?? if pena tahniah la ye :) emm , name laen bagi taman tergantung ni , TAMAN TERGANTUNG SEMIRAMIS *pelik sungguh name !* tujuan dibina taman ni adlh taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
RUMAH API ISKANDARIAH - Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) Ptolemy I, seorang panglima Iskandar Agung. Selepas Iskandar meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanya, Ptolemy II Philadelphus.



PATUNG RAKSASA RHODES merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak diRhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.


PIRAMID AGUNG GIZA merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripadaWangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun

MAKAM MAUSSOLLOS (bahasa Greek: Μαυσωλεῖον Ἁλικαρνασσεύς, Μαυσωλεῖον τοῦ Ἁλικαρνασσοῦ) di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.

Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.



KUIL ARTEMIS (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin: Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.
BERHALA ZEUS DI OLYMPIA diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani . Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Pheidias. .
oke , ni la yg wani nk kongsi ! heheh *wani copy paste dri tenet je ni :P*