Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

BOYFRIEND LAGI PENTING DARI BFF/BFL?

Wednesday, August 8, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum.

gambar ihsan:google

rindu sungguh nak berblogging ^_^ tapi tak berkesempatan nak ketuk keyboard untuk update anything news ! pheww ~ Alhamdulillah hari ni NS luangkan masa untuk menaip entry baru.

actually terfikir perkara ni dah lama , tapi tak nak la update sebab nak cari jawapan sendiri . and lastly memang tak jumpa jawapan dia.

NS pernah lalui perkara ni masa cinta monyet dulu. maklumlah remaja yang meningkat naik ni semua benda kau nak try kan ? btw , entri ni khas untuk #perempuan. cik abang pun boleh baca ;)

i'm just wondering ; macam mana kita perempuan ni mudah percaya pada lelaki yang digelar boipreng dari kawan sendiri . faham tak ? i guess my sentences quite confusing.

cenggini ye ; korang ada BFF/BFL (Bespreng porever/bespreng for life) yang memang kita dah lama kenal masa sekolah. lama pastu korang ada boipreng >.< 

korang perasan tak masa tu perhatian korang teralih sedikit pada boipreng yang korang baru je kenal ? maksudnya , everything yang dulu korang dok share dengan BFF/BFL tu korang dah tak share dekat BFF/BFL tapi kat boipreng. faham kan ayat NS ? emm , kenapa boleh jadi macam tu ? 

nak kata sebab cinta, mungkin jugak. sebab perempuan ni kalau bercinta memang setia . tapi yang BFF/BFL tu nak dikategorikan macam mana ? sayang ? cinta yang suam suam kuku je ke ? atau tempat persinggahan sebab takde orang nak kongsi ? 

NS sendiri tak dapat nak jawab . sebab NS pun pernah buat. hikhik

p/s:Jangan lupa niat puasa ^_^

SUKA-SUKA ATAU BETUL-BETUL ??

Sunday, January 8, 2012

hello bloggie :) Assalamualaikum .


cikgu : hari ni saya nak lantik ketua kelas , ade calon ?
a : saya cadangkan Abu cikgu !
b : saya setuju !
c : saya cadangkan Ali !


korang pernah lalu situasi ni kan ? hah , wani nampak korang angguk ! rasa nye setiap tahun perkara ni berlaku , tak kisah la masa sekolah rendah , menengah mahupun kolej/universiti .


so ,if korang mencadangkan seseorang tu , ape kriteria yang korang tengok ? sebab dia kaya ? sebab dia hensem/cun ? atau dia memang layak untuk jadi pemimpin ? wani sendiri tertanya2 benda ni . 


untuk permulaan , kita tak kenal pun sesiapa , then masa tu kita akan cari seseorang yang kita yakin dia mampu untuk memimpin .


masuk tahun seterusnya , kita dah kenal ramai orang dan kita dah form group sendiri atau lebih dikenali sebagai MEMBER. then masa tu bile kita nak cari seorang 'leader' kita akan pastikan orang tu adalah dalam kalangan member kita jugak , betul tak ?


masa tu kita tak fikir pun pasal dia mampu ke tak jadi pemimpin . tujuan asal kita samada nak kenakan orang atau nak gunakan jawatan yg member kita ada untuk kepentingan member. 


wani tak guna term layak tau , sebab bagi wani , semua layak jadi pemimpin , cuma mampu ke tak , kita tak pasti.


apa yang wani post kan hari ni , bukan la nak protes ke ape , tapi kalau dari mula kita dah pilih bulu , no wonder kalau pilihanraya nanti kita buat perkara yang sama.


p/s : sila jadi bijak bila anda memilih pemimpin . **takde kene mengena dengan pilihanraya akan datang .



KADANG-KADANG MANUSIA TAK ADIL

Thursday, October 6, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum .


sekarang ni wani dah mula cuti . bila dah cuti ni , nak update blog pun rasa macam nak tak nak je . nak tau sebab ape ? sebab wani ni mudah leka dengan blog . nanti semua kerja tergendala.


okay, wani terus pada tajuk entri kali ni. pernah tak korang rasa , pada certain2 masa , manusia tak adil pada diri sendiri dan orang lain. 


1. Tak adil pada diri sendiri


manusia tu tidak ada yang sempurna , mereka akan terus melakukan kesalahan kalau tak ditegur atau dinasihat. 
tapi kadang-kadang kita lebih suka membiarkan setiap kesalahan tu tanpa diperbetulkan. tu bermakna kita tak adil pada diri sendiri atau bahasa kasar , kita kejam terhadap diri sendiri. haiya ! jangan buat macam tu okayhh ? kita manusia memang tak sempurna , tapi apalah salahnya kalau kita bagi peluang pada diri sendiri untuk jadi manusia yang lebih baik ;) kadang-kadang kita tak sedar kan ? :P
source : google.com




2. Tak adil pada orang lain


berapa ramai daripada kita yang boleh terima kesalahan orang lain dan memaafkan ? wani rasa tak ramai . contohnya : kalau ada pencuri . dan pencuri tu dah bertaubat . kira dia menyesal la dengan apa yang dia buat. berapa ramai yang boleh jadi kawan kepada si pencuri ni ? boleh dikira. sebab apa ? sebab kita tak yakin si pencuri boleh berubah dari tabiat buruk. 


so ,how come this person boleh berubah kalau masyarakat sekeliling tak boleh nak bagi support pada mereka ? satu je cara wani , why not kita bayangkan kalau kita ditempat mereka. 


p.s : maaf , wani kekeringan idea :P