TERBAIK DARI JUSTIN BIEBER

Wednesday, July 13, 2011


hey bloggie :) Assalamualaikum .

minta maaf ye wani tak sempat nak post untuk segmen blogger fefular. maaf sangat ! wani sibuk dengan aktiviti fakulti . kepada blogger yang wani dah interview , maaf ye . wani akan update entry anda jumaat ni. insyaAllah .

hari ni wani nak buat tajuk yang sama macam sebelum ni . tapi tengah mengumpul material .

hari ni wani nak share satu video dari JB yang pernah popular dengan lagu baby . rasanya semua dah dengar lagu baru JB ni . tajuk ; That Should Be Me.

apa yang wani boleh ekspress kat sini . awesome songs because day by day he have superb voice ! i love it !

lagu sebelum ni pun sedap . tapi lagu JB kali ni sangat menusuk kalbu. mungkin disebabkan suara JB yang serak-serak basah .

wani tak jemu dengar lagu ni ulang-ulang . bukan disebabkan lagu dia jiwang ke apa , tapi suara JB yang sangat best . suara JB makin hari makin matang .

if nak tengok official video lagu baru ni , boleh klik sini.



lirik :

everybodys laughin in my mind
rumors spreadin about this other guy
do you do what you did when you did with me
does he love you the way i can
did you forget all the plans that you made with me
cuz baby i didnt
that should be me,
holdin your hand
that should be me,
makin you laugh
that should be me,
this is so sad
that should be me,
that should be me
that should be me
feelin' your kiss
that should be me,
buyin you gifts this is so wrong,
i cant go on
do you believe that
that should be me
that should be me
yeah said you needed a little time from my mistakes
its funny how you used that time to have me replaced
did you think that
i wouldnt see you out at the movies
what cha doin' to me?
your taking him where we used to go
now if your trying to break my heart?
its workin, cuz you know
that should be me,
holdin your hand
that should be me,
makin you laugh
that should be me,
this is so sad
that should be me,
that should be me
that should be me
feelin' your kiss
that should be me,
buyin you gifts this is so wrong,
i cant go on do you believe that
that should be me
i need to know
should i fight for love or disarm
its getting harder to shield
this pain is my heart that should be me,
holdin' your hand
that should be me,
makin' you laugh
that should be me,
this is so sad
that should be me,
that should be me
that should be me
feelin' your kiss
that should be me,
buyin' you gifts this is so wrong,
i can't go on
do you believe that
that should be me
that should be me (X4)




BILA PEREMPUAN DAH TERLALU OBSES,

Thursday, July 7, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

tau tak maksud obses ? wani search kat google tak jumpa pulak . kalau ada sesiapa yang tau bagi tau saya ye.

yang wani faham maksud obses menyukai sesuatu melampaui batas. betul ke ? kalau ikut pemahaman wani tu la yang wani faham.

ada sesetengah perempuan akan obses pada sesuatu perkara. contohnya ; obses terhadap kekasih hati. hikhik. kesian orang yang obses kat kekasih hati ni, sebab kekasih hati awak tu belum tentu sehidup semati dengan awak tau . sayang biasa-biasa dah la ye.

wani nak sum up segala ke'obses' an perempuan sekarang ni. agak-agak korang ni obses kat apa ehh ?


1.Warna Pink(Pinkaholic)

sabar la ye . wani tau tak semua perempuan suka warna pink ni . sebab konon-konon nampak gurlish sangat . eceyhh , tak gurlish konon , yang awak pakai wedges/heel pergi jalan-jalan tu tak gurlish ke ?



kebanyakan perempuan cenderung untuk suka warna pink. sebab warna pink ni simbol kepada kelembutan seorang perempuan yang berhati tisu. hikhik.

tapi kalau dah gila sangat dengan warna pink ni pun susah jugak. dari atas sampai bawah awak nak warna pink . handphone pink , baju pink dan segala-gala warna pink . tak pasal-pasal awak dilabelkan perempuan gedik. ehh tak . bukan gedik tapi manja .

kepada awak-awak yang obses kat warna pink ni , tahniah la ye . sebab berani jadi diri sendiri. :)

2. Artis

obses terhadap artis . tak kisah la artis Malaysia atau International. tipu kalau awak tak obses pada artis . takkan awak tak suka tengok Farid Kamil berlakon cerita Lagenda Budak Setan?
takkan awak tak suka tengok Aaron Aziz berlakon dalam dram Nora Elena ? hah . awak tipu. dosa tau tak?

Hyun Seung tu saya punya !

eh japp ! kalau suka takpe la kann ? its a normal things kalau suka kat artis. tapi kalau obses macam mana pulak ? obses kat artis ni memang awak nak jadi macam artis. dari cara pakaian hinggalah cara pertuturan. sanggup berhabis duit semata-mata untuk jadi sejibik macam retiss tu. hikhik.


macam wani la . tengok video B2ST pun nak nangis sebab tak dapat pergi fan meeting . T__T dunia dunia.

3. Shopping

semua perempuan suka shopping . pantang ada sale , tau je kat mana shopping mall buat sale. -.- betapa hebatnya deria perempuan sampai tau kat mana dan segala barang yang tengah sale.



if awak semua nak tau , shopping ni boleh release tension + merabakkan poket awak sekali. perempuan yang kaki shopping ni selagi tak habis pusing shopping mall takkan berhenti .

kepada abang-abang yang ada kekasih hati kaki shopping , bersabar la ye . semoga awak mampu menghadapi karenah kekasih hati awak.

by the way , shopping ni satu kepuasan tau ! kepuasan menghabiskan duit family + kepuasan berjalan sambil membeli-belah .

then banyak lagi la perkara yang boleh buat seseorang obses. tapi nak obses beragak la , sila berpijak di bumi yang nyata.

p/s : dulu suka berangan nak couple dengan korean. :P

ISHKK ! SUSAHNYA NAK MINTA MAAF.

Sunday, July 3, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.


"MAAF ! " atau "SORRY" ? mana satu yang korang guna ehh ?? wani rasa mostly akan guna perkataan "SORRY" tu. okay la sekurang-kurangnya ada la perkataan maaf tu . yang tak reti-reti nak minta maaf tu camne ?

benda ni jadi kat semua orang kot . ada orang jenis tak kisah , tapi wani kisahhhh ! huh. aku paling pantang kalau orang tak reti nak sebut perkataan maaf . der , bukan kena pergi kedai Pak Abu untuk bayar perkataan maaf tu . free je kot . hidup tak perlu berlagak ehh ? tak ke mana pun .

kalau pergi pasar malam la paling wani hanginn. ade yang jenis jalan bergroup. kalau tak ganggu orang takpe la , ni mengganggu orang lain . pasar malam tu bukan untuk awak seorang je la . tu satu hal .

ni jalan bergroup , jalan sambil bercakap . mata tu letak kat kepala lutut awak kan ? sebab tu tak nampak orang lain dan menyebabkan perlanggaran. *skema pulak ayat. dah la awak-awak ni tak minta maaf , terus blah je . nasib baik la aku ni bukan jenis nak malukan orang . kalau tak time tu jugak aku dah cari gaduh . even badan aku saiz S , jangan fikir aku takut dengan kau saiz L.

ade lagi yang dah langgar . tak cakap minta maaf . tapi kau pandang tak puas hati. perghh ! sah-sah la kau ni jenis ego tak boleh nak tunduk pada kesalahan sendiri. takyah bajet sangat la mata kau tu cantik . setakat pakai contact lens semua orang boleh .

wani kalau tak puas hati, wani akan terus membebel sampai wani puas hati . nasib baiklah wani ni jenis boleh tolak ansur . sabau je la .

kepada awak-awak sekalian , tak payah la nak perangai gitu . tak dapat apa pun . ape lah salahnya minta maaf . sejuk sikit hati orang yang kena langgar tu kann ? cakap perkataan maaf tu pun bukan boleh buat awak mati . so , fikir-fikir la ehh ?

p/s : time tulis ni tengah emosi . maaf ye awak2 semua.

REVIEW BLOGGER FEFULAR 3 : SAYA SUKA MENAIP

Friday, July 1, 2011

hey bloggie :) Assalamualaikum.

bertemu dalam segmen yang sama setiap hari jumaat ! hikhik.

hari ni wani nak kenalkan seorang lagi blogger yang top + femes . rasanya kalau wani tulis tagline dia , mesti korang kenal kann ? ala , dia yang suka menaip tu . kenal kann ?

pffft ~ wani penat cari fesbokk dia. at last , jumpa jugak ! >.<

kat bawah ni soalan-soalan yang telah dijawab oleh Cik Nisa Comel nih.

*semua soal jawab diantara owner dan blogger tidak diedit sama sekali. :)

SAYA SUKA MENAIP


1 . sejak bila minat untuk berblogging ?
saya minat blogging sejak abg saya, Meuz Angelo yang kenal kan apa itu blog. saya tengok pun macam best je blogging ni. hehe...

2. apa yang anda cuba ketengahkan didalam blog ?
saya cuma ketengahkan cerita dan perkongsian pengalaman dalam blog saya. blog saya boleh dikategorikan sebagai blog personal. saya senang berkongsi kisah seharian, pengalaman, aktiviti dan random information dalam blog saya.

3. siapa yang mendorong anda untuk berblogging ?
siapa yang mendorong? pertama sekali mesti lah abang saya, sebab dia lah punca saya mula blogging. hehee.... yang kedua, para readers yang sentiasa bagi semangat kat saya. mereka buat saya lebih bersemangat nak update blog.

4. pesanan untuk blogger lain .
pesanan... hurmm.. kepada blogger yang baru, jangan lah menolak pesanan atau tips dari blogger yang dah lama.. sesungguhnye mereka dah ada pengalaman dalam dunia blogging ni. dan blogging bukan semudah disangka, tu semua bergantung kepada rezeki dan nasib masing-masing.. so.. good luck kepada semua :) kekalkanlah hobi blogging anda, jangan hangat-hangat tahi ayam je ye. hekhekhek~

so , jom la kita berjemaah serang blog Cik Nisa ni . ajak kak Limah skali !


TIPS : LUPAKAN BEKAS KEKASIH.

Tuesday, June 28, 2011

hey bloggie ;) Assalamualaikum.

pernah dengar tak ayat ni ?

"kita memerlukan seminit untuk mengenali seseorang, sehari untuk jatuh cinta, tapi kita memerlukan bertahun-tahun untuk melupakan seseorang "

mesti korang pernah dengar kan . ayat ni lebih kepada orang yang putus cinta. mesti korang setuju dengan ayat kat atas tu. wani setuju kalau putus cinta dengan orang yang kita anggap 'cinta matii'. orang dah kahwin pun takde cinta mati ,kalau seorang mati , takkan nak ikut kann ? :D



kebanyakan perempuan sekarang ni senang je nak anggap seseorang lelaki tu cinta mati dorang . sebab apa ?

sebab dorang rasa bekas kekasih dorang tu la yang terbaik yang dorang pernah jumpa . gurls ! don't do that okayhh ?

memang la. masa bercinta semua manis . yang pahit pun kau kata manis jugak. sebab sayang punya pasal.

so , kat sini . wani nak kongsi tips sikit pasal nak lupakan bekas kekasih yang korang rasa cinta mati tu . apa yang wani nak kongsi ni , tips dari pengalaman wani sendiri okayyh ? jom tengok satu-satu.

1. menangis sepuas-puasnya.

ni memang perempuan selalu buat. sikit-sikit nangis .tengok hindustan nangis,baca novel nangis, tengok citer korea pun nangis. kira perempuan ni memang hebat kalau bab2 nangis. sebab senjata perempuan pun air mata.

lepas dah break up takyah la nak buat kerja bodoh terjun bangunan bagai. korang menangis la puas-puas. insyaAllah lega sikit.

oh ye , kalau nak menjerit pun boleh jugak . takpun beli punching bag . kau tumbuk la puas-puas. hikhik.

2. berkongsi dengan member

pastikan korang berkongsi dengan member rapat! sebab member ni lebih memahami kita. silap aribulan , dia pun nangis sebab nak berkongsi kesedihan. >.<

bila korang share dengan member luahkan segala kesakitan yang korang alami . memang sakit der bila putus dengan orang yang kita sayang , sakit2 !

tapi kalau kawan kau tu jenis nak blame kau je , kau cili kan je mulut dia . takpun kalau baik sikit , kau sepak je muka dia laju2 .

3. berfikir sepositif mungkin.

bila dah clash ni , mula la kau nak cari salah bekas kekasih kau . Don't gurl ! buang masa je nak cari kesalahan orang lain . mungkin ada jugak salah pada diri kita yang kita sendiri kita tak nampak .

orang tua-tua kata ape ,

"kuman seberang jalan kau nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak ."

sekurang-kurangnya clash masa bercinta , bukan masa dah kahwin . kalau masa tu , Mak Jemah tak dapat nak tolong nokss ~

4. ada hikmah disebaliknya

bersyukurlah . apa yang terjadi pada kita semua ada hikmah . mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita . ada lagi yang lagi baik , lagi kaya , lagi hensem dan semuannya lebih la dari bekas kekasih kita.

pengalaman mengajar kita untuk lebih matang kan ? nilai lah seseorang dengan berhati-hati.


5. Delete segala memori

yang ni susah sikit kot perempuan nak buat. tapi tak mustahil. cuma ambil masa. tapi gegurl sekalian , tolong jangan ingat segala memori2 yang manis lepas kau dah clash . jap lagi air mata berjurai.

kalau boleh , kau buang je la apa2 yang berkaitan dengan bekas kekasih tu . nanti asyik terkenang je , kan dah susah. come on gurl , make a move !

6. berkawan selagi boleh

bila dah single ni , lagi senang kau nak berkawan dengan sesiapa . takde nak fikir kena jaga hati orang ke . kena inform bf ke . dan masa ni lah korang nak mulakan buku baru .

mula-mula memang susah babe nak berkawan dengan lelaki. sebab rasa macam phobia , trauma bagai . tapi perlahan-perlahan lah . don't push yourself. tak semua lelaki tu jahat . masih ramai lagi yang baik . tapi kita kena bijak memilih .

7. Berdoa

ini jalan terakhir. korang berdoa je la .

"Allah mendengar doa setiap hambaNya."
berdoa supaya nikmat cinta tak ditarik oleh Allah dan berdoalah semoga Allah mengurniakan insan yang baik untuk kita. insan yang dapat mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah .

hah . ni lah yang wani buat lepas wani clash ! huhahah . bukan nak bangga weyh . tapi segala yang wani cerita ni . wani buat . time will cure your pain . tak perlu risau.

satu je pesan wani

"buktikan pada bekas kekasih yang sebenarnya dia rugi tak memiliki kita" .

chill ye sayang-sayang sekalian ;)