PERKARA ASAS UNTUK CANTIK & HENSEM

Wednesday, April 24, 2013

hello bloggies :) Assalamualaikum

hoyeahh ! ada masa nak update blog :D sebelum ni bukan takde masa , tapi tak ade sambungan internet ye adik adik . so , sekarang ni NS nak kongsi perkara-perkara yang sangat asas untuk cantik dan hensem . hah , ada macam ciri-ciri consultant untuk kecantikan tak ? hhihi. NS akan cerita berdasarkan apa yang NS tahu la ye :) 


mungkin akan ada sesetengah pembaca yang datang singgah dah tau perkara asas ni, tapi masih ramai lagi yang tak tau. kat sini NS nak tekankan betapa pentingnya menjaga kulit wajah.


1. CUCI MUKA


ye ! cuci muka anda dengan air dan pencuci yang bersesuaian dengan jenis kulit. samada berminyak , kering , sensitif , normal dan kombinasi kulit. jangan main hentam je ye. sebab muka kita akan bertindak balas dengan kandungan di dalam pencuci. dan kulit muka adalah kawasan yang sangat sensitif dengan sebarang bahan kimia . fungsi dia untuk membersihkan wajah dari segala kotoran dan pencemaran yang ada kat muka kita. :)


2. PENYEGAR
toning ! tau kan ? atau biasa kita guna TONER. pernah kan ? function toner ni untuk mengembalikan pH pada muka dan mengurangkan minyak serta mencegah pertumbuhan jerawat. TAPI if jerawat timbul jugak ia berkaitan dengan faktor lain. samada pemakanan atau hormon anda. so , jangan nak salahkan toner okay ? selain itu , toner atau penyegar ni juga mampu untuk mengecilkan pori-pori.


3. PELEMBAP


in english we called it Moisturizer. lepas dah pakai toner/penyegar. haruslah diikuti dengan pelembap. tujuan pelembap ni mengelakkan kulit kita dari kering. selain itu , pelembap juga mampu melindungi kulit dari sinaran UV. ada lagi beberapa function pelembap ni based on kandungan dalam pelembap.


4. PENGELUPASAN

step yang keempat ni jarang orang buat. sebab tak didedahkan atau kita amik mudah. if korang nak tau , skrub adalah salah satu kaedah pengelupasan. fungsi pengelupasan atau skrub ni adalah untuk membuang segala sel-sel mati di wajah anda. kandungan skrub/pengelupasan yang elok adalah yang mempunya AHA & BHA. kandungan ini mampu membersih secara mendalam dan menghapuskan blackhead.

if korang ikut semua step ni , insyaAllah kulit korang akan flawless. NS tak jamin boleh licin macam artis korea. tapi at least nampak la kulit kita bersih ^_^. sebenarnya banyak lagi option-option yang korang boleh buat. macam masker muka ke , steam muka dan pelbagai. 

tapi untuk mereka yang kurang rajin macam NS , 4 step kat atas tu dah cukup memadai. selamat mencuba kawan-kawan :)

p/s : benda ni bukan untuk kaum perempuan je. tapi untuk kaum lelaki juga :D

No comments:

Post a Comment

comment as you pleased. thank you ;)